Adyva & Teks EMCEE Akad Nikah =)
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERNIKAHAN SHAIFUL AZMAN ISMAIL & NOR HIDAYATEE Bt KATEMEN @ AZMAN
DI DEWAN CEMPAKA 1, SURIA CITY HOTEL JOHOR BAHRU.
21 Januari 2012
PENGERUSI MAJLIS :MOHD ADI BIN IDRIS
Assalamualaikum w.b.t
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.
Dari Perak pergike Johor
Singgahduluke Kuala Perlis
Harapsemuaberikanperhatian
Mohonsayamulakanmajlis
Melayangserindit di ataspermatang
Merbahberkicau di hujungmuara
Pemanis kata selamatdatang
AwalBismilLahpembukabicara
BismilLahirRahmanir Rahim…………
Allah swtberfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya
Dan di antaramembuktikankekuasaannyadanrahmatNya, bahawaDiamenciptakanuntukkamu (wahaikaumlelaki), isteri-isteridarijeniskamusendiri, supayakamubersenanghatidanhidupmesradengannyadandijadikanNya di antarakamu (suamiisteri) perasaankasihsayangdanbelaskasihan. Sesungguhnya yang demikianitumengandungiketerangan - keterangan (yang menimbulkankesedaran) bagitanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati ENCIK MOHAMAD BIN CHE MD AKHIR & PUAN SALOMA BINTI KASDU selaku tuan rumah kepada Majlis Pernikahan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai NOR HIDAYATEE BINTI KATEMEN @ AZMAN & SHAIFUL AZMAN BIN ISMAIL yang dihormati ahli keluarga PIHAK LELAKI, Bapa Pengantin Lelaki ENCIK ISMAIL BIN MUSLAN dan IBU PENGANTIN LELAKI PUAN TOMIAH BINTI YAHYA, saudara-mara kedua dua belah pihak, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Saya, Mohd Adi Idris, pengerusimajlispadahari yang berbahagiaini, mengucapkanSelamatdatangke :
MajlisPernikahan NOR HIDAYATEE BINTI KATEMEN @ AZMAN & SHAIFUL AZMAN ISMAIL.
Tanpamembuangmasa, di jemput Tuan Kadi kita USTAZ AZMAN ke pentas utama.
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di TanjungSelasih
Pengantin lelaki segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih………………………….di persilakanPengantinLelakikePentasutama…
Dengan ini saya menyerahkan majlis kepada TUAN USTAZ AZMAN selaku JURU NIKAH padamajlisiniuntukmemulakanupacaraakadnikah…..di PERSILAKAN.
ALHAMDULILAH dengan SEKALI LAFAZ…temetrailah ikatan dua hati di antara SHAIFUL AZMAN ISMAIL & NOR HIDAYATEE
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua (nada rendahketinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Orang jauhdikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tep ititi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
Sesungguh nya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buatsemua, atas kesudian hadir dan memeriah kan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi kedusun memetik kelapa
Kelapa muda sikelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
waaw..amat bagus sekali skrip anda yer.. mohon utk rujukan..teruskan kerjaya sbg emcee.. all the bezz
BalasPadamTQ =)
BalasPadammohon untuk dijadikan rujukan ye
BalasPadamSaya mohon izin untuk menggunakan format ini , berdasarkankesesuaian majlis saya nanti.
BalasPadamBahasa yang tersusun lagi cantik..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamassalam tuan. mohon menggunakan idea teks tuan untuk pngacaraan saya akan dtg. moga Allah Taala memberkati Tuan sekeluarga
BalasPadamassalam tuan. mohon menggunakan idea daripada teks tuan untuk pngacaraan majlis pernikahan adik saya pada 24 sept ini. semoga tuan beroleh keberkatan dalam kehidupan
BalasPadamSangat bagus isi kandungannya.. Mohon izin untuk sy merujuk karya tuan.
BalasPadamAlhamdulillah... cantik teks ni. Mohon digunakan
BalasPadamMohon gunakan teks ini ya, terima kasih :)
BalasPadamsalam tuan, mohon izin menggunakan sebahagian skrip mc ni utk kerja2 sy ye...tq..semoga allah murahkan rezeki tuan..
BalasPadamSalam tuan,minta izin untuk saya menggunakan teks tuan sbg rujukan majlis pernikahan sepupu saya nanti.Terima kasih
BalasPadamSalam Tuan, mohon jadi bahan rujukan untuk majlis akan dtg. Terima kasih
BalasPadamSalam ....mohon izin utk menggunakan teks ini. Tq...
BalasPadamSalam, minta izin untuk buat rujugan ye. Terima kasih
BalasPadamSALAM, MINTAK KEIZINAN UNTUK RUJUKAN TEKS MC MAJLIS AKAD YER
BalasPadamTERIMAKASIH
salam minta izin untuk guna. semoga murah rezeki
BalasPadamMohon izin utk majlis pernikahan sahabat sy,tuan. Terima kasih.
BalasPadamSalam..mohon izin guna teks tuan..tkasih
BalasPadam