Jumaat, 20 April 2018

Adyva Cooking :: Spicy Tuna Penne Pasta


:: SPICY TUNA PENNE PASTA ::
.
PREPARATION
.
Chop onion. 
Mince garlic and Cili Padi.
Add penne to boiling water. Sautee oninon 1 minute. 
Add garlic and Cili Padi. 
Sautee until onion is clear, before garlic begins to brown. 
Add tuna. Sautee one minute. 
Add tomatoes. 
Sautee until sauce has thickened. 
Add salt to taste. 
Drain pasta. 
Toss with sauce and serve.
.
Walllaaaaa!!!!
.
Tekak terasa nak makan so kita masak je laaa....campak2 je dah siap!!! Apa yg ada kat dapur tu kita letak je 😂😂😂
.
P/S : Konon2 la nk share resepi! Mana tau kot2 ada yg berkenan 😜😜😜

Rabu, 18 April 2018

Sayangnya Malaysia kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza

BETAPA bergembiranya seisi Malaysia apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan puteri sulungnya pagi semalam. Pada usia 39 tahun, Siti akhirnya merasai nikmat bergelar ibu. Pada usia perkahwinannya memasuki 12 tahun, Siti diberikan anugerah terindah dalam hidupnya.
Ratusan trofi dan anugerah sepanjang bergelar anak seni, tiada tandingnya dengan ‘Si Pipi Merah’. Baru sahaja dilahirkan, bayi perempuan Siti dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sudah menjadi buah hati Malaysia.
Tidak putus ucapan tahniah dikirimkan kepada pasangan tersebut. Media sosial dibanjiri dengan berita Siti bersalin. Bagaikan satu sejarah, seluruh Malaysia memanjatkan rasa syukur. Pemimpin negara, ahli politik, bintang sukan, ulamak tersohor, usahawan prolifik dan rakan artis turut sama berkongsi kegembiraan Siti.
Mengapa begitu besar cerita Siti dapat anak? Berbanding artis atau orang kenamaan tanah air lain, Siti punya keistimewaan. Harum namanya dijaga sejak kita mengenali beliau ketika umurnya 16 tahun. Selepas 28 tahun, pesona Siti terus memancar.
Siti satu-satunya figura tanah air yang boleh lari daripada kecaman netizen. Komen-komen negatif boleh dibilang, tidak begitu ketara.

Misalnya, semalam selepas heboh gambar anak penyanyi nombor satu negara itu tular, para pengguna media sosial secara sepakat mengecam tindakan si penyebar. Jika hal itu terjadi kepada artis lain, barangkali masyarakat tidak akan menyebelahi artis tersebut.
Begitu juga berita tentang nilai pakej berpantang Siti yang mencecah ribuan ringgit. Tidak pula netizen menjadikan ia isu yang menjurus terhadap kecaman negatif. Sebaliknya majoriti memuji layanan lima bintang Datuk K kepada isterinya.
Adakah kita berat sebelah dan tidak adil? Sejujurnya Siti layak untuk menerima apa yang dinikmati sekarang. Ketika berborak dengan seorang rakan malam tadi, dia mengimbau cerita seorang sahabat baiknya yang pernah memberikan kek pisang kepada Siti pada satu majlis.
Betapa Siti menghargai pemberian tersebut, dititipkan ucapan terima kasih kepada pemberi dalam ucapan pendeknya. Begitu juga sesiapa sahaja yang pernah mengirimkan barangan berupa hadiah, makanan, pakaian atau produk kepada Siti.
Beliau pasti akan mengucapkan terima kasih dengan memuat naik di laman sosial instagram. Dengan 4.8 juta pengikut (follower) di instagram, Siti tidak lokek untuk membantu mempromosikan apa sahaja barangan yang diberikan kepadanya secara percuma.
Ya percuma, tanpa mengenakan bayaran review seperti artis atau instafamous lain. Sepanjang kerjayanya juga, Siti jarang dilanda gosip liar. Adapun musibah yang menimpa, segera diselesaikan dengan cara paling baik, tanpa perlu memanjangkan sengketa.
Bukan bermaksud Siti sempurna. Ada ketika dan situasi terlihat kelemahan beliau. Namun, sekecil manapun kesilapan, tidak lekang dari bibirnya menutur maaf.
Demikianlah Siti, dengan sikap pemurah dan lemah lembutnya. Allah kurniakan bakat yang hebat, tetapi diuji dengan nikmat cahaya mata.
Begitupun, berkat kesabaran, usaha dan doa, Allah makbulkan keinginan terbesar Siti. Lahirnya zuriat Siti adalah bukti kebesaran Allah. Siti sendiri masih terasa seperti bermimpi. Apatah lagi kita, yang tidak keterlaluan untuk menggelarnya satu keajaiban.
Berbahagialah Siti. Nikmatilah kemanisan waktu ini sehabisnya. Curahkanlah kasih sayang sepenuhnya. Teruskan menjadi Siti yang akan kekal dikenangi Malaysia sebagai jantung hati negara.

Ahad, 15 April 2018

::KAWANKAH::



Kawankah ?


1) kawan tu BKN mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar... dah dapat sepak...

2) kawan tu BKN mcm main SKATE .
Mula-mula gosok.. . lepas tu pijak...

3) kawan tu BKN mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. . dah dapat tendang.. .

4) kawan tu BKN mcm PAMPERS .
dah pakai,buang.. .

5) kawan tu BKN mcm BARANG KEMAS .
Waktu baru beli pakai. .. Dah sengkek gadai. ..

6) kawan tu BKN mcm PELANGI .
Hari cerah takde.. . hujan gerimis baru muncul...

7) kawan tu BKN mcm KERETA .
Rosak skit,jual. .. ambik kereta baru.. .

8) kawan tu BKN mcm CHIPSMORE .
kejap ade kejap takde.. .

9) kawan tu BKN mcm BANK .
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. ...

10)lagi...kawan tu mcm ape ye????


Walau ape pun tanggapan org tentang kawan...
bagi saya,kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih,berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan
berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting,seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd
kawan-kawannya.. .

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita,
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan
kerana dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang
sedih dan kecewa
dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan
jadilah kita sebagai kawannya,
kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluah kan
kita tidak tahu........
tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu....

Sabtu, 14 April 2018

Adyva Cooking : Spicy Bowtie Pasta with Vegetables


So yummy!!! Lama betol x masak sendiri...ada sapa2 nak rasa x???? Hehe... 😉😉😉

Ramadan Buffet @ Savanna Hill Resort!!!



Salam Sejahtera!

hi u olsss....Jom tahun ni support Adyva untuk berbuka puasa!
Dengan ditemani kehijauan alam semula jadi & suasana perkampungan ala Europe (gitu) semestinya menjanjikan kelainan buat anda semua!

Ramadhan tahun ini bakal jatuh pada pertengan bulan Mei 2018. Kebanyakkan restoran, kedai mahupun hotel-hotel sudah mula memperkenalkan Buffet Ramadhan mereka untuk kesenangan para pelanggan membuat pilihan dan menentukan di mana tempat dan lokasi terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan juga kenalan.
Sepanjang bulan Ramadan ini, Savanna Hill Resort buat julung-julung kalinya mengadakan Buffet Ramadhan yang menawarkan pelbagai juadah hidangan tradisional bertema ‘Masakan Ala Kampung’ secara buffet yang menyelerakan sesuai dengan tema
 “Berbuka Puasa di Perkampungan Tradisional Melayu”!
Savanna Hill Resort merupakan pilihan terbaik untuk anda berbuka puasa kerana tempatnya yang lain daripada yang lain

Lepas seharian berpuasa anda dapat menikmati hidangan berbuka dengan suasana yang tenang serta aneka jenis makanan yang sedap-sedap hamper 100 jenis hidangan selari dengan citarasa anda. Harga yang kami tawarkan juga amat berpatutan dengan beraneka jenis hidangan yang disediakan secara buffet.


Buffet Ramadhan 2018 Savanna Hill Resort  memulakan operasinya  dari 18 Mei – 10 Jun 2018 sekitar pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam, yang terletak di Dewan Oxford. Dengan kadar berpatutan RM69.00nett seorang, ianya mampu meninggalkan kenangan terindah buat anda seisi keluarga.


Masakan kampung antara hidangan istimewa kami.  Menu istimewa seperti Kambing Golek, Durian Goreng & Ayam Percik serta pelbagai hidangan masakan kampung klasik seperti Ayam Rendang, Tenggiri Asam Pedas, Daging Masak Lada Hitam, Udang Masak Lemak Nenas, Lala Berlada, Sambal Petai Ikan Bilis, Kacang Panjang Goreng Jawa dan semua menu yang disediakan sama ada hidangan utama, minuman dan pencuci mulut akan membuat pengunjung terkenang kembali saat manis menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung. Savanna Hill Resort menjanjikan suatu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.


Untuk malumat lanjut boleh terus menghubungi saya di talian :
013 - 7382737
013 - 7382737
013 - 7382737

SAVANNA HILL RESORT
No 1516, Jalan Nasiman, Sungai Tiram,
81800 Ulu Tiram, Johor Darul Ta’zim
Website : www.savannahill.com.my
Email : shsavannahill@gmail.com
Facebook & Instagram : Savanna Hill Resort



Jumaat, 13 April 2018

Menu Ramadan Buffet @ Savanna Hill Resort


Salam Sejahtera!
hi uols...

Di sini saya SHARE menu yang Savanna Hill Resort sediakan sepanjang ramadan tahun ni...

Masakan kampung antara hidangan istimewa kami.  Menu istimewa seperti Kambing Golek, Durian Goreng & Ayam Percik serta pelbagai hidangan masakan kampung klasik seperti Ayam Rendang, Tenggiri Asam Pedas, Daging Masak Lada Hitam, Udang Masak Lemak Nenas, Lala Berlada, Sambal Petai Ikan Bilis, Kacang Panjang Goreng Jawa dan semua menu yang disediakan sama ada hidangan utama, minuman dan pencuci mulut akan membuat pengunjung terkenang kembali saat manis menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung. Savanna Hill Resort menjanjikan suatu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.


DAILY MENU
PEMBUKA SELERA
ULAM SELOM, ULAM RAJA, KACANG BOTOL, JANTUNG PISANG, PEGAGA, TIMUN, TOMATO, BENDIR, TERONG
ASMA ROJAK
JEROK MANGGA, JEROK BETIK, JEROK ANGGUR, JEROK KEDONDONG, JEROK SENGKUANG
IKAN MASIN, TELUR ASIN
KEROPOK, IKAN, KEROPOK UDANG, KEROPOK PEDAS, KEROPOK MALINJA
SAMBAL BELACAN, SAMBAL KETOK, SAMBAL KICAP, CENCALOK,

DAILY SUP
AYAM, DAGING, BABAT, PARU

MENU DAY 1
SANTAPAN UTAMA
NASI PUTIH
AYAM RENDANG
TENGGIRI ASAM PEDAS
DAGING LADA HITAM
UDANG LEMAK NENAS
LALA BERLADA
TAHU GORENG KICAP
SAMBAL PETAI IKAN BILIS
KACANG PANJANG GORENG JAWA
BUBUR KACANG HIJAU


SANTAPAN UTAMA
NASI PUTIH
AYAM MASAK MERAH
IKAN BAWAL MASAK ASAM
DAGING SALAI KUAH LEMAK CHILI PADI
SOTONG SAMBAL KACANG
KUPANG SAMBAL IKAN BILIS
TELUR DADAR
SAMBAL PETAI IKAN BILIS
LEMAK NANGKA DAUN SALAM DENGAN TETEL
BUBUR JAGUNG

MENU DAY 3
SANTAPAN UTAMA
NASI PUTIH
AYAM KICAP LADA HITAM
IKAN KUAH PERCIK
DAGING KARI DENGAN KENTANG
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
LALA GORENG BAWANG PUTIH
KENTANG GORENG DENGAN BAWANG MERAH
SAMBAL PETAI IKAN BILIS
SAYUR LEMAK PUTIH
BUBUR PULUT HITAM

PENCUCI MULUT
BUAH BUAHAN TEMPATAN
BUAH KURMA
PUDING, JELLY
AGAR- AGAR
6 JENIS KUIH MELAYU

GERAI MENU 1
NASI HUJAN PANAS (day 1) NASI JAGUNG (day 2) NASI BERIYANI (Day3
KAMBING GOLEK

GERAI 2
FRIED KWAY TEAW & MEE GORENG
CODIMENT :- FISH CAKE ,FISH BALL, CHICKEN MEAT
BEAN SPROUT, MUSTARD LEAF, CHIVES,TOMATO
CHILI SAUCE ,TOMATO SAUCE,OYSTER SAUCE,CHILI PASTE
AND SEASONING

GERAI 3
STEAM BOAT
FISH BALL,FISH CAKES,PRAWN BALL,BROWN SQUID,CRAB MEAT STIC,MEAT BALL
LOCAL WATER CRESS, YOUNG CORN,OYSTER MUSHROOM,TOMATO,ONION,BROCOOLI & CAULI FLOWER
PEANUT SAUCE
TOM YAM SOUP

GERAI 4
DURIAN GORENG, CENDAWAN GORENG, KEROPOK LEKOR, CUCUR SAYUR, TAHU GORENG, TEMPE GORENG

GERAI
 AYAM PERCIK, DAGING BAKAR, IKAN BAKAR NYONYA, CENCARU BAKAR
AIR ASAM, SAMBAL KICAP, SAMBAL CILI, SOS LADA HITAM, SOS PUDINA
CILI SOS & TOMATO SOS
GERAI 6
  ROTI JALA
KARI AYAM

GERAI 7
6 JENIS MINUMAN
TEA TARIK DHAKA

GERAI 8
AIS KACANG
KACANG TANAH, KACANG MERAH,
JAGUNG MANIS, BUAH KABONG, HALWA KUNDUR, HALWA PALA. BIJI SELASIH
AGAR-AGAR MERAH, KUNING, HIJAU, ORENGE, ,SAGU BESAR MERAH ORANGE HIJAU KUNING
DRY FRUITS ( RAISIN,SULTANAS,FIGS,STRAWBERRY,APRICOT,KIWI,PAPAYA,PINE APPLE, GUAVA,PLUM
RAINBOW CHOCOLATE, RICE, CHOCOLATE, RICE, CHOCOLATE CHIP,
SYRUP MERAH, HIJAU, KUNING, ORANGE,
SUSU CAIR ,SUSUPEKAT ,CHOCOLATE SAUCE




Untuk malumat lanjut boleh terus menghubungi saya di talian :
013-7382737
013-7382737
013-7382737

SAVANNA HILL RESORT
No 1516, Jalan Nasiman, Sungai Tiram,
81800 Ulu Tiram, Johor Darul Ta’zim
Website : www.savannahill.com.my
Email : shsavannahill@gmail.com
Facebook & Instagram : Savanna Hill Resort

Khamis, 12 April 2018

The Best Picture @ Savanna Hill Resort!


Hi gaisss....

Hari ni x tau nak update apa, saja Adyva nak share pasal Gambar Terbaik yang terdapat di Savanna Hill Resort~

Bungalow Dutch

 English & Swiss Bungalow
Surau