::AL-Fatihah to Mohd Azli Bin Idris::
KITA mulakan Blog kita hari nie dengan bacaan surah AL-FATIHAH.......
Salam semua...
Hari nie dah masuk 20 SEPTEMBER 2010..
satu hari yang akan sentiasa Adyva ingat dan kenang sepanjang hayat ini..
kerana bagi Adyva...hari ini adalah ULANG TAHUN KELAHIRAN buat arwah "adik" Adyva yang ke 20 tahun....
Adyva Berkongsi BINTANG yang sama dengan arwah adik, VIRGO...kami sama dilahirkan pada bulan SEPTEMBER...
tapi ALLAH s.w.t lebih menyayangi dia dan adik telah kembali ke rahmatullah pada 4 Julai 2000...arwah adik telah selamat disemadikan di Tanah perkuburan felda tenggaroh 3 pada petang 4 Julai 2010...
KALAUlah adik masih Hidup masa kini....
mungkin kami akan kelihatan sebaya antara satu sama lain
dan adyva ada 4 adek lelaki dan seorang adik perempuan
sekrang nie..Adyva ada 3 adek lelaki sahaja
CUBA lihat gambar nie....
gambar adyva dan adik2 yang lain....JIKA arwah Azli maseh ada lagi....PASTI kami semua akan kelihatan sama tinggi untuk raya kali ini 2010...
tapi....apakan daya...DIA pergi buat selamanya disaat kami semua sedang membesar.
yang ada kini hanyalah PUSARA yang SEPI buat tinggalan kami semua..
JIKA ada kelapangan Adyva akan kesini, bercakap dengan PUSARA umpama ADIK ada disepan mata, kadang2 menangis, walaupon sudah 10 tahun berlalu, hanya PUSARA inilah yg tinggal buat KAMI semua, taburan kelopak bunga pada pagi aidilfitri lalu memenuhi pusaraNYA....
Adyva selalu guna perkataan ..."Dik..abang datang..kami semua datang, mak ngan bapak pon ada nie.."...kebiasaanya setiap SYawal kami akan membaca YASSIN di pusara adik...dan pastinya AIR MATA KErinduaan itu akan mengalir tatkala membaca surah Yassin~....
DAMAILAH engkau disana
MOHD AZLI BIN IDRIS
semoga rohmu dicucuri rahmat dan menjadi penunggu setia KAMI sekeluarga di
semoga rohmu dicucuri rahmat dan menjadi penunggu setia KAMI sekeluarga di
PINTU SYURGA!~..
AL-Fatihah~
AL-Fatihah~
Ulasan
Catat Ulasan