::ADYVA SUKA LANDSKAP BULUH::

helloooo.......
NEW ENTRY Adyva kali nie nak cite pasal LANDSKAP plak...
hahahahXD..jgn pelik or terkejot plak ye....
adyva kan UNIVERSAL u ols....hahaha
ok.....19/12/2010 ari tue..
adyva sempat pergi melawat teman Adyva, Adli Erma di Goldcoast, Sepang....
seyes best tempat tue.....then malam tue plak die bawak adyva dan zaki jalan2 melawat kawasan!
dan salah satu tempat yang adyva suka adalah ini....
kawasan yg rimbun dan penuh dengan pohon2 BULUH yg menghijau!!~
sejuk mata memandang!!~...
seyes adyva SUKA giler!~

JOM kita baca ARTIKEL tentang LANDSKAP BULUH nie~...

POKOK BULUH ini MUDAH ditanam dan sesuai dengan cuaca negara ini, buluh kini menjadi antara tumbuhan yang semakin digemari untuk menghiasi laman.

Buluh tergulung dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh adalah sub-keluarga Bambusoideae yang mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.

Dikenali sebagai antara tumbuhan yang pantas berkembang dengan purata meninggi hingga 60 sm atau lebih setiap hari, bagaimanapun ia masih bergantung kepada kesuburan tanah dan suhu sekeliling.

Di Asia Timur dan Asia Tenggara, buluh menjadi simbol ekonomi dan budaya. Ia biasa digunakan dalam pembinaan, sebagai makanan (rebung) dan juga hasil kraftangan.

Walaupun ciri asalnya tumbuh meliar di hutan-hutan, kini pokok buluh mula menjadi perhatian menghiasi laman rumah kerana keunikan dan kesan yang mendamaikan. Terutama buat mereka yang memilih konsep Zen, buluh antara ciri yang tidak boleh diabaikan. Sama ada dipilih untuk menjadi pagar atau dibiar hidup merumpun, ia mencipta satu suasana yang indah tanpa memerlukan kos dan penyelenggaraan yang tinggi. Cuma mungkin untuk membersihkan sahaja memerlukan sedikit masa kerana daun buluh mudah gugur.

Bagi kediaman kecil seperti apartmen, buluh masih tidak menjadi masalah kerana ia juga hidup subur walau dalam pasu.

Terdapat beberapa jenis buluh yang biasa ditanam sebagai landskap taman mahu pun kediaman. Antaranya:

1. Buluh gading - nama saintifik Bambusa Vulgaris C.V Vittata. Ciri batang berwarna kuning dengan jaluran hijau. Ruas sederhana panjang. Lebih sesuai untuk taman yang besar.

2. Buluh galah - nama saintifik Bambusa Heterostachya. Ciri batang berwarna hijau lumut. Tumbuh meninggi. Biasa dijadikan galah kerana cirinya yang panjang. Sesuai untuk taman.

3. Buluh pagar - nama saintifik Bambusa Multiplex. Ciri batang sederhana kecil. Batang dan daun berwarna hijau segar. Sesuai untuk taman dan laman kediaman yang luas.

4. Buluh kuning - nama saintifik Schizostachchyum Brachycladum. Batang berwarna kuning. Digemari kerana gabungan warna yang menyerlah antara hijau dan kuning. Sesuai untuk laman yang luas.

5. Buluh hitam - nama saintifik Phyllostachys Nigra. Mempunyai batang berwarna hitam.

6. Buluh Siam - nama saintifik Thyrsostachys Siamensis. Paling digemari untuk landskap kerana ciri renek. Mudah dibentuk dan dahan perlu dicantas untuk menghasilkan rimbunan. Mencapai tinggi maksimum sehingga enam meter.

7. Buluh Buddha - Nama saintifik Bambusa Tuldoides 'Ventricosa", Bambusa vulgaris c.v. wamin. Ada juga yang memanggil sebagai buluh botol kerana keadaan ruasnya yang unik. Sangat digemari untuk landskap kerana mudah dibentuk. Ranting perlu dicantas untuk menghasilkan rimbunan. Mencapai ketinggian hanya empat meter.

8. Buluh putih - nama saintifik Bambusa Heterostachya Varigata. Juga digemari kerana ciri tumbuhan renek dan mudah dibentuk. Boleh mencapai ketinggian empat meter.

9. Buluh renek - nama saintifik Pleiobastus Fortunei. Sesuai sebagai tanaman tutup bumi. Hanya mencapai ketinggian sehingga empat meter.



NOTADIVA::artikel di peroleh dari UTUSAN MALAYSIA 26/12/2010

Ulasan

Catatan Popular