::HARI AIDS SEDUNIA 2010::
HYE u olsss.....
JUMPA lagi kali nie...2 December 2010...
ENTRY kali nie adyva nak UPDATE mengenai HARI AIDS SEDUNIA 2010
adyva nak berkongsi INFO mengenai AIDS nie...
jom semua~...kita sama2 membaca dan memahami tentang AIDS...
Tema Hari AIDS Sedunia 1988 - sekarang
1988 : Komunikasi
1989 : Pemuda
1990 : Wanita dan AIDS
1991 : Berbagi Tantangan
1992 : Komitmen Masyarakat
1993 : Saatnya Beraksi
1994 : AIDS dan Keluarga
1995 : Hak Bersama, Tanggung jawab Bersama
1996 : Satu Dunia. Satu Harapan
1997 : Anak-anak yang Hidup dalam Dunia dengan AIDS
1998 : Kekuatan Menuju Perubahan: Kampanye AIDS Sedunia Bersama Orang Muda
1999:Dengarkan, Pelajari, Hidupi: Kampanye AIDS Sedunia dengan Anak-anak dan Orang Muda
2000 : AIDS: Laki-laki Menciptakan Perbedaan
2001 : Aku Peduli. Bagaimana dengan Anda?
2002 : Stigma dan Diskriminasi
2003 : Stigma dan Diskriminasi
2004 : Perempuan, Gadis, HIV dan AIDS
2005 : Hentikan AIDS. Jaga Janjinya
2006 : Hentikan AIDS. Jaga Janjinya - Akuntabilitas
2007 Hentikan AIDS. Jaga Janjinya - Kepemimpinan
2008 : Hentikan AIDS. Jaga Janjinya - Pimpin - Berdayakan - Berikan
2009 : Hentikan AIDS. Jaga Janjinya - Akses Universal dan Hak Asasi Manusia
Hari AIDS Sedunia yang jatuh pada tanggal 1 Desember diperingati untuk menumbuhkan kesadaran terhadap wabah AIDS di seluruh dunia yang disebabkan oleh penyebaran virus HIV.Konsep ini digagas pada Pertemuan Menteri Kesehatan Sedunia mengenai Program-program untuk Pencegahan AIDS pada tahun 1988. Sejak saat itu, ia mulai diperingati oleh pihak pemerintah, organisasi internasional dan yayasan amal di seluruh dunia.
~SAJAK~
ada yang menangis bergelapan
sendiri, kesedihan dan kesakitan
dan niat bunuh diri berlintasan!
di depan kaca, berkaca, mengaca
bayang-bayang, menepuk-nepuk pipi
gugur rambut
mengelupas
kulit
memunguti lagi
memori ketika diri
terhina tercaci
hidup pada waktu dipinjamkan
tersuruk di balik kutuk penyakit
bila sahabat dekat menjauh jarak
saat itu kau temukan alasan
kenapa hidup mesti dipertahankan
Hari AIDS Sedunia pertama kali dicetuskan pada Agustus 1987 oleh James W. Bunn dan Thomas Netter, dua pejabat informasi masyarakat untuk Program AIDS Global di Organisasi Kesehatan Sedunia di Geneva, Swiss. Bunn dan Netter menyampaikan ide mereka kepada Dr. Jonathan Mann, Direktur Pgoram AIDS Global (kini dikenal sebagai UNAIDS). Dr. Mann menyukai konsepnya, menyetujuinya, dan sepakat dengan rekomendasi bahwa peringatan pertama Hari AIDS Sedunia akan diselenggarakan pada 1 Desember 1988.
Bunn menyarankan tanggal 1 Desember untuk memastikan liputan oleh media berita barat, sesuatu yang diyakininya sangat penting untuk keberhasilan Hari AIDS Sedunia. Ia merasa bahwa karena 1988 adalah tahun pemilihan umum di AS, penerbitan media akan kelelahan dengan liputan pasca-pemilu mereka dan bersemangat untuk mencari cerita baru untuk mereka liput. Bunn dan Netter merasa bahwa 1 Desember cukup lama setelah pemilu dan cukup dekat dengan libur Natal sehingga, pada dasarnya, tanggal itu adalah tanggal mati dalam kalender berita dan dengan demikian waktu yang tepat untuk Hari AIDS Sedunia.
Bunn, yang sebelumnya bekerja sebagai reporter yang meliput epidemi ini untuk PIX-TV di San Francisco, bersama-sama dengan produsennya, Nansy Saslow, juga memikirkan dan memulai "AIDS Lifeline" ("Tali Nyawa AIDS") - sebuah kampanye penyadaran masyarakat dan pendidikan kesehatan yang disindikasikan ke berbagai stasiun TV di AS. "AIDS Lifeline" memperoleh Penghargaan Peabody, sebuah Emmy lokal, dan Emmy Nasional pertama yang pernah diberikan kepada sebuah stasiun lokal di AS.
MAKNA AIDS
AIDS bermaksud "Acquired Immuno-deficiency Syndrome'. AIDS merupakan peringkat terakhir daripada spektrum jangkitan HIV di mana sistem daya ketahanan badan melawan kuman-kuman jangkitan telah dilumpuhkan oleh virus HIV. AIDS adalah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome iaitu
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit.
‘Acquired' - bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada lain individu dan bukan diperolehi dari keturunan
‘Immunodeficiency' - Menerangkan keadaan di mana keupayaan semula jadi badan melindungi dirinya dari penyakit-penyakit dan jangkitan telah sangat lemah dan tidak lagi boleh melindungi dirinya dari jangkitan dan berbagai jenis barah.
‘Syndrome' - Membayangkan gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala berpunca dari sebab/keadaan atau gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala dalam satu kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal satu-satu penyakit.
AIDS disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai

HIV (Human Immunodeficiency Virus). HIV menyerang dan melemahkan sistem pertahanan badan manusia iaitu pertahanan semula jadi badan terhadap semua jenis jangkitan. Ia lambat-laun akan memusnahkan keupayaan semula jadi badan untuk melawan jangkitan dan sesetengah jenis kanser. AIDS merupakan penyakit yang paling serius terjadi akibat jangkitan HIV. Bagi mereka yang menghidap AIDS, jangkitan dan penyakit yang biasanya tidak merbahaya boleh mengancam nyawa seperti jangkitan opportunistic berpunca dari mikrob yang lazimnya tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat.
Kriteria yang digunakan untuk mentakrifkan AIDS adalah merangkumi semua orang yang dijangkiti HIV yang mempunyai bilangan sel CD4 +T kurang daripada 200. Sel ini juga dikenali sebagai sel T4. Sel T4 ialah 'pejuang' utama dalam sistem pertahanan badan yang melawan penyakit. Orang dewasa yang sihat selalunya mempunyai 1000 atau lebih sel T4.
Sindrom AIDS
Istilah AIDS adalah merujuk kepada peringkat jangkitan HIV yang paling lanjut. Gejala-gejala yang lebih teruk mungkin tidak akan muncul dalam tempoh satu dekad atau lebih selepas HIV mula-mula menjangkiti badan mangsa. Penyakit HIV akan bertukar menjadi AIDS apabila sistem pertahanan badan terjejas teruk dan pelbagai komplikasi mula timbul. Kebanyakan keadaaan yang membentuk AIDS adalah akibat jangkitan yang bersifat opportunistic (iaitu merujuk kepada jangkitan mikroorganisma yang biasanya tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat) seperti:
Mereka yang menghidap AIDS amat cenderung mendapat pelbagai jenis kanser seperti Sarkoma Kaposi, sejenis kanser kulit yang dicirikan oleh bintil atau tompok-tompok ungu/merah jambu yang timbul pada kulit; atau kanser sistem pertahanan badan yang dikenali sebagai limfoma.
Komplikasi. Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun, mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sihat. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:
Adakah terdapat penawar untuk AIDS?
Sehingga kini belum ditemui sebarang vaksin untuk melawan HIV atau sebarang ubat yang boleh menyembuhkan AIDS. Bagaimanapun, terdapat ubat yang boleh memperlahankan perebakan HIV di dalam badan dan kerosakan sistem pertahanan badan.
Terdapat jenis ubat-ubatan lain yang boleh mencegah atau merawat sesetengah jenis jangkitan opportunistic. Risiko penularan HIV daripada wanita hamil kepada janinnya dapat dikurangkan dengan banyak sekiranya ubat tertentu diberi kepada ibu semasa hamil, semasa pelahiran dan bersalin dan juga diberi kepada bayi semasa 6 minggu pertama hayatnya. Sarkoma Kaposi atau kanser yang lain pula boleh dirawat dengan radiasi dan kemoterapi.
Transmisi/Jangkitan Virus Aids
Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di dalam cecair seminal, rembesan faraj dan darah. Virus ini boleh merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut:
• Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan ( cth:memakai kondom ) bersama-sama individu yang telah dijangkiti
• Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain.
• Dari ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung
• Dari organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ)
AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:
• Berpegangan tangan
• Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak
• Berjabat tangan
• Bekerja bersama
• Bermain
• Ciuman ringan
Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :
1. berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk
2. menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.
3. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.
4. menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.
Kefahaman yang mendalam mengenai HIV/AIDS samada dari segi CARA TRANSMISI, CARA PENCEGAHAN, PENCEGAHAN SEJAGAT dan PENGURUSAN JENAZAH adalah amat penting dalam usaha untuk mencegah wabak penyakit ini dari terus merebak. Memandangkan sehingga ini masih tiada lagi rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS maka angkah-langkah pencegahan adalah strategi yang terbaik dan perlu diberi keutamaan
CARA PENCEGAHAN
Memandangkan TIADA ubat atau rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/ AIDS setakat ini, maka langkah-langkah pencegahan adalah satu cara yang terbaik bagi mengawal jangkitan HIV/AIDS ini. Mengambil langkah-langkah pencegahan awal adalah langkah bijak dalam usaha mencegah HIV/AIDS.
• Menghindari seks di luar perkahwinan.
• Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.
• Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
• Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.
• Jangan melakukan hubungan seks sejenis.
• Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah
• Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.
• Jangan menagih dadah.
• Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.
• Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.
• Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.
• Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.
Jika anda didapati HIV Positif

- Jangkitan paru-paru yang dicirikan oleh batuk, sesak nafas dan sakit dada (contohnya, pneumonia dan tuberkulosis pulmonari atau miliari akut).
- Cirit-birit yang teruk dan berterusan.
- Jangkitan pada otak atau kanser yang dicirikan oleh kekeliruan, demam, sawan, kehilangan penglihatan, sakit kepala yang teruk dan loya.
- Berat badan menyusut dengan teruk.
- CMV (sitomegalovirus), sejenis jangkitan yang biasanya menyerang mata.
- Kandida-sejenis jangkitan fungus yang menyebabkan seriawan (lapisan keputihan nipis dalam mulut) atau jangkitan dalam tekak atau faraj.
Mereka yang menghidap AIDS amat cenderung mendapat pelbagai jenis kanser seperti Sarkoma Kaposi, sejenis kanser kulit yang dicirikan oleh bintil atau tompok-tompok ungu/merah jambu yang timbul pada kulit; atau kanser sistem pertahanan badan yang dikenali sebagai limfoma.
Komplikasi. Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun, mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sihat. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:
- Pneumocystis carinii pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS
- Cytomegalovirus retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta.
- Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.
- AIDS wasting syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari
Adakah terdapat penawar untuk AIDS?
Sehingga kini belum ditemui sebarang vaksin untuk melawan HIV atau sebarang ubat yang boleh menyembuhkan AIDS. Bagaimanapun, terdapat ubat yang boleh memperlahankan perebakan HIV di dalam badan dan kerosakan sistem pertahanan badan.
Terdapat jenis ubat-ubatan lain yang boleh mencegah atau merawat sesetengah jenis jangkitan opportunistic. Risiko penularan HIV daripada wanita hamil kepada janinnya dapat dikurangkan dengan banyak sekiranya ubat tertentu diberi kepada ibu semasa hamil, semasa pelahiran dan bersalin dan juga diberi kepada bayi semasa 6 minggu pertama hayatnya. Sarkoma Kaposi atau kanser yang lain pula boleh dirawat dengan radiasi dan kemoterapi.
Transmisi/Jangkitan Virus Aids
Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di dalam cecair seminal, rembesan faraj dan darah. Virus ini boleh merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut:
• Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan ( cth:memakai kondom ) bersama-sama individu yang telah dijangkiti
• Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain.
• Dari ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung
• Dari organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ)
AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:
• Berpegangan tangan
• Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak
• Berjabat tangan
• Bekerja bersama
• Bermain
• Ciuman ringan
Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :
1. berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk
2. menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.
3. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.
4. menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.
Kefahaman yang mendalam mengenai HIV/AIDS samada dari segi CARA TRANSMISI, CARA PENCEGAHAN, PENCEGAHAN SEJAGAT dan PENGURUSAN JENAZAH adalah amat penting dalam usaha untuk mencegah wabak penyakit ini dari terus merebak. Memandangkan sehingga ini masih tiada lagi rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS maka angkah-langkah pencegahan adalah strategi yang terbaik dan perlu diberi keutamaan
CARA PENCEGAHAN
Memandangkan TIADA ubat atau rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/ AIDS setakat ini, maka langkah-langkah pencegahan adalah satu cara yang terbaik bagi mengawal jangkitan HIV/AIDS ini. Mengambil langkah-langkah pencegahan awal adalah langkah bijak dalam usaha mencegah HIV/AIDS.
• Menghindari seks di luar perkahwinan.
• Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.
• Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
• Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.
• Jangan melakukan hubungan seks sejenis.
• Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah
• Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.
• Jangan menagih dadah.
• Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.
• Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.
• Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.
• Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.
Jika anda didapati HIV Positif
Anda akan diberikan rawatan yang perlu beserta kaunseling perubatan mengenai AIDS dan cara-cara untuk menjaga kesihatan dan bagaimana untuk mencegah penyebaran penyakit ini kepada orang lain.
Langkah keselamatan untuk pesakit AIDS:,
• Simpan nombor-nombor telefon yang penting
• Pastikan rumah anda adalah selamat
• Pastikan peralatan peribadi yang penting boleh didapati dengan mudah seperti sarung tangan pakai-buang, tuala wanita dan lampin
• Anda tidak boleh menderma darah
• Amalkan pemakanan yang sihat
• Lindungi diri anda dari sebarang penyakit, contohnya elakkan dari berada berdekatan dengan orang yang sakit, pakai perlindungan muka (topeng) sewaktu melawat orang sakit, elakkan dari mendapat luka.
• Anda mesti menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk melindungi pasangan anda daripada dijangkiti AIDS
• Jika anda adalah penagih dadah, hentikan tabiat ini. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain.
• Wanita yang dijangkiti AIDS perlu mengelakkan diri daripada hamil kerana mereka boleh memindahkan virus ini kepada bayi-bayi yang dikandung

SEKIAN saja INFO dr Adyva buat kalian semua kali ini~
jumpa di ENTRY akan datang~..daaaa....
Ulasan
Catat Ulasan