::KHURAFAT @ PERLING MALL::

hye2 u ols.....
PETANG tadi 7.30 malam ( 23/1/2011)
adyva bersama MYSARA, ZAKI, KZ & Jack Masdari telah berpakat untuk menonton WAYANG
FILEM KHURAFAT di panggung wayang di PERLING MALL~...
semua ON TIME sampai!..syabas u ols~...

nie la die TIKET~...
kitaorg dok tengah2......pastue beli la POP CORN ngan air~...
kelaparan semua!..kan~

adyva sempat la CANDID gambar kat dalam panggung tadi~...
walaupon GELAP u ols....janji ada BUKTI adyva g tonton tau!
hahahahahahXD

nie la AKSI MYSARA & ZAKI~
penakot tengok cite seram!..hantu2 bagai kannnnnnnn~/...
hahaha..siap tutup muka lagi~>.adeh~...

hah u olssss....nie la gaya seorang ADYVA~..
maintan VOGUE jerks dengan aksi TERPERANJAT lalu MENJERIT sekuat hati!!!
adeh...bley gugur jantung!!!...aksi2 mendebarkan!
tup...tup....MUNCUL...apa lagi u olsssssss..
jerittttttttttt la~...hahahahahhahahaXD


Seperti biasa, ADYVA akan buat sedikit review untuk mereka yang masih belum menonton filem Khurafat ini. Atau mungkin yang sedang berkira-kira mahu pergi menonton atau tidak. Ialah, semua pun tahu bagaimana ragam cerita Melayu ni. Ada yang berkualiti, dan ada yang benar-benar tangkap muat. Jadi Adyva akan memberi sedikit review yang ringkas dan padat kepada anda.....JOM~

Tajuk Filem:
Khurafat

Pengarah:
Syamsul Yusof

Penerbit:
Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd

Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba

SINOPSIS::
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

esimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

Kekuatan filem ini di mata Adyva:

1. Jika korang menyukai filem yang berunsur seram, maka filem ini memang untuk korang tonton. Satu panggung terkejut dengan babak-babak menarik yang ada. Masa kami menonton baru-baru ini, memang kecoh satu panggung wayang lagi-lagi kaum wanita yang terjerit-jerit ketakutan. Ada yang menutup muka dengan handbag dan sebagainya. Haha.
2. Kesan bunyi yang boleh dipuji. Sentiasa memeberikan debaran di jiwa penonton.
3. Percubaan pertama pengarah muda, Syamsul Yusof untuk filem berunsur seram selepas 3 filem’nya sebelum ini yang lebih kepada action movie.
4. Perkara utama yang ingin disampaikan filem ini, kali pertama wujud filem sepertinya di Malaysia.
5. Ending yang menarik dan diluar jangkaan penonton.

Kekurangan cerita ini di mata Adyva:
1. Plot cerita kurang tersusun. Apapun masih dapat difahami penonton dengan baik.
2. Tempoh cerita dalam 1 jam 20 minit agak pendek. Tapi normal untuk cerita melayu.
3. Satu lagi...kekurangan yang agak PELIK adalah HOSPITAL yang gelap & xramai STAFF kerja!....mcm x LOGIK~...
4. Itu sahaja. Sukar mencari kelamahan cerita ini.

Apapun seperti yang tertulis di poster filem Khurafat ini, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai sakit jantung, dilarang untuk menonton. Hurm, ada betulnya kerana kami yang tak ada sakit jantung ni pun, silap-silap boleh kena sakit jantung lepas menonton. Haha. Gurau je tapi memang betul cerita ni akan membuatkan korang terkejut dengan kerap. Itu pun kalau berjaya menghayati cerita. Ini kalau nengok wayang sambil buat wayang kat belakang, jangan komplen la yang cerita ni tak sedap.
Sekian sahaja respon Khurafat daripada kami. Kami berikan 7/10 bintang untuk filem ini. Tak rugi RM12 anda untuk pergi menonton filem yang sarat dengan pengajaran yang mampu menginsafkan mereka yang berkenaan.

SEMESTINYA FILEM INI JAUH LEBIH BAIK DARI FILEM 2 ALAM YANG INDAH KHABAR DARIPADA RUPA. TIDAK PERLU BERSIKAP BONGKAK, TAPI MAJU DI DALAM INDUSTRI PERFILEMAN NEGARA. TAHNIAH SYAMSUL!

Ulasan

Catatan Popular