::PRIMADONA PERAHU MIMPI::
hellooooooo FOLLOWER's~
Tepat jam 9 malam adyva & mysara sampai di DEWAN SULTAN ISKANDAR UTM Skudai!..
dalam hujan lebat yang melanda Johor Bahru tetap x mematahkan semangat penggemar teater seperti adyva ini untuk sama2 menyaksikan dan memeriahkan malam terakhir teater tari puisi
"PRIMADONA PERAHU MIMPI"
Pementasan teater amal Primadona Perahu Mimpi adalah anjuran Unit Kebudayaan Dan Kesenian, UTM & Pusat Pemulihan Dakam Komuniti (PDK) Dun Nusajaya , Grup Inspirasi Unik juga kerjasama antara Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Johor dan juga Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Selatan. ia bersemperna dengan program amal Cahaya Kasih ( untuk kanak2 OKU / kurang upaya~..menonton berhibur sambil beramal kekdahnya gitoooo u ols~....
Bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru. teater ini mula berlangsung pada 28,29 & 30 Jan 2011 jam 8.45 malam. Adyva telah menonton pada malam terakhir bersama MYSARA~....pada mulanya bersama ZAKi tapi di atas kesulitan yang dialami adyva mengajak MYSARA untuk turut serta~..yeahhhhh THANKS....
TIKET FREE yang diberikan oleh ZAKI kepada adyva digunakan sebaiknya!
thanks to ZAKI & kakaknya Amoi~(artis budaya JKKN)
Teater ini berfungsikan "Teater Puisi Tari" dan bersendikan tradisi. antara barisan pelakon yang dikenali ialah Bell dan Anne Ngasri. pelakon yang lama dalam industri lakonan.
::INFODIVA::MATLAMAT TEATER AMAL ini~
Matlamat pementasan itu ialah memartabatkan bidang teater di Johor selain tujuan amal yang sebahagian kutipan akan disalurkan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nusajaya. Teater ini adalah bersempena Program Amal Cahaya Kasih bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan diarahkan Zamri Bangat dengan
skrip yang ditulis oleh Rahimah Muda.
nie la PENTAS TEATER pada babak pertama~....gelap dan penuh puitis puisi
watak DONA dan anak mereka BAYU ketika muda~..
permainan sarat EMOSI menyentuh adyva u olsssss.....
TAHNIAH para pelakon!
::SINOPSIS::
Cerita dia fokus kepada seorang perempuan Timur yang bernama Dona aka Primadona. Beliau seorang perempuan yang berjuang untuk menegakkan perempuan Timur yang lain. Dalam erti kata lain, beliau memperjuangkan maruah dan harga diri mereka. Dalam pada masa yang sama, beliau telah membuka pusat hiburan tetapi tiada maksiat, dadah, dan segala perkara yang tidak bagus. Perjuangan beliau dicemburui oleh beberapa orang tempatan yang tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Manusia yang sanggup menindas orang lain untuk kepentingan sendiri. Inilah yang kita panggil binatang yang bertopengkan manusia. Sikap tamak yang mengatasi segala nilai murni dalam diri akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri. Pastinya kebenaran akan mengatasi kebatilan. Dona akhirnya berjaya menentang manusia2 yang tidak berhati perut itu.
SEDIKIT SEDUTAN TEATER PRIMADONA PERAHU MIMPI buat kalian yg tidak berkesempatan menonton~
babak antara DONA, BAYU dan WALID ( lakonan Bell Ngasri (baju merah)
watak Anne ngasri sebagai DIAN (belah kiri duduk depan sekali bertudung hitam)
masa nie BABAK penceritaan tentang ANJING~..semua kusyuk mendengar kesah HANJENG & manusia HANJENG~..
part nie lawak giler!..hahahaha
manusia bertopengkan hanjeng keanjingan sangat terserlah!
DOUBLE MEANING u ols...
kalau x paham pergi la tanya yg paham bahasa2 SASTERA nie~..
naseb adyva peminat sastera!
so x de la sulit utk memahaminya!
babak DATIN SHIMA a.k.a BONDA sedang menyanyi memujuk DIAN (anne Ngasri)
tarian liuk lintuk penari2 JKKN Johor amatlah membuai2 u ols..
asyik sekali rasanya!...
lagi2 dengan 2 org kat SKRIN yg ala2 wayang kulit tue!
hehehe..menjadi!
KLIMAXs jalan cerita PRIMADONA PERAHU MIMPI ini...
bila Tuan Goldsmith dtg membuat ONAR dan mereka semua menentangnya!
kekdahnya OMPUTEH tue x dpt apa yg die nak u ols.....
so die berpakat dengan TUAN RIZAL untuk menghapuskan rumah hiburan melayu yang didirikan oleh DONA~..
tetapi mereka salah faham so tercetusnya konflik masa nie~...
TUAN RIZAL yang menjadi TALAM 2 MUKA
dia sendiri yang main kotor!..ada perempuan simpanan lagi!
padahal DONA mendirikan rumah pelindungan ini adalah untuk membela nasib2 perempuan2 yang malang utk mereka bekerja menghiburkan pelanggan dan berniaga!
akhir pementasan
inilah gambarab semua KREW, artis, PENARI yang terlibat!...
puas sgt~..jam pun sudah menunjukkan 11.30 mlm
dan menginjak ke 12 tengah malam u ols....adeh~
tapi PUAS dan adyva bagi 10 bintang!..
wow~..next time nak tgk lagi la....
inilah die barisan KOIR yang terdiri daripada pelajar2 UTM yang mengalunkan pelabagai jenis lagu yang merdu!..
tapi TETAP x ley lawan suara DATIN SHIMA yang sedap lemak merdu!
die cakap pon sedap!!!!
apatah lagi menyanyi!....fuhh
teringat2 beb~...owh datin shima!
gitooooooooooooooooooooooooo!
hahahahhahaXD
ORKESTRA pon best!...masyukkkkkkk jer mendengarnya!
TAHNIAH diucapkan keatas semua tenaga PRODUKSI yang menjayakan TEATER PUISI TARi
"PRIMADONA PERAHU MIMPI"
Teringin nak tengok teater tapi tak berkesempatan je..
BalasPadamHaish!
Latest entry : Siapa Fynn Jamal?
xper...next time kalau ada terus cepat2 SET DATE & jgn berlengah!
BalasPadamtq for yr komen~......
hehe.
BalasPadamrajin ye tgk teater?
XB
yeap....mmg SUKA tapi kat JB nie terbatas pergerakkan teater!
BalasPadamx mcm kat KL~..every month ada jer~...
p/s:dh follow my blog eh....tQ