::TIRAI 2011::
Salam kepada semua....
SELAMAT TAHUN BARU
HAPPY NEW YEAR
1.Tahun 2010 kini telah meniggalkan kita dan kekal sebagai sejarah dalam memori ingatan kita.Segala Peristiwa,tidak kira pahit atau manis,suka atau duka,Gelak dan Tawa akan terus menjadi memori terindah sepanjang perjalanan hidup kita pada Tahun 2010...
2.ADYVA pasti ramai dikalangan kita memasang azam baru untuk Tahun 2011 ini dengan pelbagai harapan dan impian mengikut keinginan tersendiri. Tidak akan ada sesiapa yang bisa boleh menghalang kita untuk memasang Azam pada Tahun 2011 ini.Namun,Sedar atau tidak adakah kita sudah melaksanakan dan memenuhi Tuntutan Azam kita pada Tahun 2010 yang lalu?Atau kita sekadar meneruskan Azam yang masih belum kita capai dan gapai itu.Azam Tahun 2011 sudah tentu tidak akan dipenuhi jika Azam lama kita belum dipenuhi.Tapi,bagi Adyva, pasanglah sebanyak mana pun Azam dalam diri kita saban tahun,Tapi jika semua Azam itu kita tidak penuhi dan turuti jangan pernah untuk kita berputus asa.Kalau kita berputus asa kerana Azam kita tidak tercapai maka kita akan terus terbuai dengan perasaan putus asa itu.
3.Memori lama jangan dikenang kembali,yang berlalu biarkan ia terus berlalu tetapi jangan sampai kita lupa kepada sejarah lalu kerana sejarah itu sebagai bekalan kita pada masa hadapan.Setiap detik kegembiraan yang hadir dalam diri kita,setiap saat kebahagiaan yang membelai hidup kita pastikan akan terus kekal menemani kita sebagai peneman untuk Tahun 2011.Perasaan kecewa dan sedih,Perasaan dendam dan benci buanglah sejauh-jauhnya agar ia tidak terus menjadi peneman kita untuk tahun 2011 ini.Maafkanlah segala kesalahan yang telah dilakukan oleh keluarga kita,kawan-kawan dan sahabat handal kita,jiran-jiran kita dan semua orang yang telah menyakitkan atau menjadi musuh kepada kita.Sama-samalah kita berlapang dada untuk memohon kemaafan daripada semua orang yang pernah kita lukai atau sakiti kerana kemaafan itu bisa menjadikan hati kita tenang dan gembira.
4.Jangan kita berduka dan kecewa jika diri ini masih belum menjadi yang terbaik tetapi kita haruslah sentiasa positif kepada diri kita dan tanamkan impian dan harapan kita bahawa Tahun 2011 ini menjadi detik dan saat permulaan untuk diri kita melangkah kehadapan dan mencapai kejayaan sama seperti insan dan manusia lain yang telah berjaya memiliki kejayaan itu.Azam Tahun 2011 ini akan menjadi kenyataan jika anda semua sentiasa Positif dengan diri anda dan Ingatlah bahawa kita diciptakan di dunia ini sebagai insan terbaik daripada berjuta-juta Sperma ,tetapi kita adalah satu-satunya yang telah terpilih untuk disenyawakan dan kita dilahirkan ke atas dunia ini .
5.Memang banyak cabaran yang semakin menghampiri kita apabila kita semakin dewasa dan dalam peringkat mencapai kematangan.Permulaan Tahun 2011 juga akan semakin sukar dilalui dengan pelbagai rintangan yang akan menjemput diri kita.Tetapi kita jangan letakkan diri kita sebagai insan yang lemah.Kuatkan semangat kita untuk terus mengharungi ombak dan liku-liku hidup ini yang mendatang.Setiap orang pasti merasa kesedihan dan kekecewaan,tetapi orang yang berjaya adalah orang yang menggunakan sepenuhnya segala kesedihan dan kekecewaan untuk membuktikan bahawa dirinya tidak akan terus menerus berada dalam kondisi kesedihan dan kedukaan.Tahun 2011 ini harus menjadi tahun untuk kita sama-sama memperbaiki segala kelemahan dan kekhilafan yang ada pada diri kita.
6.Bagi semua rakyat Malaysia, Adyva mengharapkan supaya rakyat Malaysia akan terus berjaya dan menjadi rakyat yang terbaik dan harmoni.Pelbagai isu dan kronolgi yang berlaku sebelum ini jadikan sebagai pengajaran yang bermakna buat diri kita yang kerdil ini.Kita sebagai Rakyat sudah tentu mahukan keamanan dan keselesaan kehidupan di Tanah bertuah bumi Malaysia ini akan berkekalan.Segala isu perkauman sempit harus ditinggalkan dengan bersatu hati menuju masyarakat yang berbudi pekerti mulia dan melahirkan Modal Insan kelas pertama yang bisa mengegarkan dunia.Tahun 2010 dan sebelum ini menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia setanding dengan rakyat di negara-negara maju yang lain dengan kejayaan-kejayaan manis yang dilakar oleh rakyat kita tidak kira dalam bidang sukan,akademik,pembangunan,ekonomi dan sebagainya.
7.Bagi seluruh rakan-rakan Mahasiswa dan Anak-anak muda serta Remaja Malaysia.Ayuhlah sama-sama kita membantu dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan di negara kita akan terus terjaga dan terbela.Sebagai generasi muda dan remaja sudah tentu kita tidak mahu negara ini diperintah oleh mereka yang menipu,perasuah,Zalim,Kejam dan tidak prihatin kepada masalah rakyat dan tidak menjaga kebajikan rakyat.Gnerasi muda juga mahukan supaya Hak-hak mereka di dengar dan di rasai oleh pimpinan Negara.Generasi Muda mahu menjadi salah seorang yang membantu memastikan negara ini akan terus kekal berdaya maju dan berdaya saing dengan negara-negara membangun yang lain.Oleh sebab itu,Anak-anak muda mahukan supaya Pada Tahun 2011 ini menjadi Tahun segala impian dan harapan Anak-anak muda dipenuhi.Segala ruang dan perbincangan mengenai negara haruslah turut mendengar segala pandangan,idea dan cadangan orang-orang muda yang mahu memastikan bahawa orang muda turut terlibat sama dalam membina negara ini.
8.Bagi kerajaan Malaysia dan seluruh Pimpinan Politik tidak kira kerajaan atau Pembangkang,Pimpinlah negara ini dengan penuh keadilan dan kesaksamaan.Jangan mengejar kekuasaan,harta dan pangkat sehingga rakyat menjadi mangsa.Jadilah Pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam mengangkat martabat rakyat dan memberikan khidmat bakti kepada rakyat.Pemimpin perlulah memastikan keamana yang dirasai oleh seluruh rakyat ini akan dikekalkan dan terus dipertahnkan.Jangan mempolitikkan isu yang boleh mencetus permusuhan antara rakyat.Bersatulah demi memastikan Negara ini akan terus maju dan menjadi tempat perlindungan untuk seluruh rakyat.Bersama-samalah menuju Politik baru yang boleh merubah landskap politik negara yang lebih matang dan adil.Pemimpin harus berjiwa rakyat dan melaksanakan segala janji yang telah dikeluarkan terutama Manifesto pada setiap kali Pilihan Raya.Semoga pemimpin politik di Malaysia akan di segani di seluruh Dunia jika mereka benar-benar menjadi pemimpin yang berkaliber dan berkarisma tinggi.
9.Tahun 2011 ini adalah peluang untuk kita bersama-sama menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian buat seluruh masyarakat di Malaysia.Tidak kira siapa pun diri kita,Kaya atau Miskin,Tua atau Muda,Pemimpin atau Pekerja kita semua bertanggungjawab dalam memastikan keamana dan kesejahteraan Negara ini akan terus terpelihara dan semoga Hasrat dan Impian Negara untuk menuju Negara Berpendapatan Tinggi dan Wawasan 2020 akan terlaksana.
10.tahun 2011 ini juga akan mengubah presepsi kita semua mengenai sesuatu perkara, berfikir sebelum bertindak dan IKOT KATA hati diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu tugas ataupun pilihan~..pastinya SIRNA 2011 akan pasti menceriakan perjalanan kita semua dan AZAM yang di lakarkan pasti menjadi tunjang utama dalam merealisasikan impian dan CITA-cita kita semua!~...ameen
WARKAH TIRAI 2011
Ulasan
Catat Ulasan