::Khutbah ADYVA::

salam JUMAAT u olsss.....
mcm GEMPAK jer tajuk entry kali nie....bukan apa u ols..
saja wat AMAL kan hari jumaat mcm nie~....

ok kali nie adyva nak cite pasal AURAT LELAKI dalam solat
mahupuh dalam keadan harian~

so dalam keadaan nak solat u ols MUST BE tutup aurat ok~>..
LIHAT gambaran di atas~...

so Adyva nak Komen ckit....kalau nak beribadah tue kalau boley pakai baju yg SOPAN, xde apa2 cartun ker, tulisan ker...kan nak NGADAP ALLAH s.w.t....

BATASAN AURAT LELAKI

Antara pusat hingga lutut : Bersama mahram, lelaki lain, dan wanita ajnabi. Melainkan dalam keadaan darurat.

Baiklah. Perkara di atas berlaku kepada orang yang sememangnya sedar dia membuka aurat. Kali ni pula saya nak bawa satu situasi di mana kita tak sedar sebenarnya kita,orang laki terbuka aurat yang mana perkara ni berlaku ketika kita solat. Sering kali saya melihat perkara ni bila nak berenti solat di surau R&R. Pasal memang orang pakai baju biasa-biasa. Kalau kat masjid tu lainlah, orang memang pakai baju nak sembahyang, cuma kadang-kadang ada la orang luar mai smayang.

Bagaimana terjadi?

Pekara ni berlaku ketika sujud. Kenapa? Pasal pakaian. Ya. Traveller yang selalu singgah sembahyang pakai baju t-shirt yang singkat. Bila sujud, baju dia mesti la terangkat ke atas dan hasilnya. Ternampaklah bahagian pinggang belakang orang tu. Pastinya terbuka aurat. pasal nampak boxer-boxer sekali. Perkara ni memang sering terjadi la..Di mana-manapun sama. Kita solat sebab nak ikut perintah Allah, alih-alih terbuka aurat. Maacam mana tu, Wallahu 'alam

Jadi saya cadangkan di sini, kepada traveller-traveller, sapa-sapa yang nak berjalan jauh tu, pakai la baju t-shirt yang labuh sikit. Bukannya suruh pakai baju muslimah yang labuh tu. Bukan apa, pasai singkat sangat la baju yang dipakai tu. Tak pun bawak kain pelikat. Lagi satu, bila nak semayang, bagi la seluar yang kita pakai tu lepas pada pusat. Insya-Allah semua boleh buat. Mau dengan tak mau ja. Akhir sekali.ingatlah, kita adalah hamba. Kepada siapa?

ALLAH s.w.t

Sama laa macam solat pakai baju ada jenama arak... dari segi hukum syarat sah solat memang tak salah tapi tak elok... samalah jugak dengan kes bila sujud nampak boxer... selagi ianya menutup aurat maka sahlah solatnya... cuma bila pikir2 balik... ada tak kita jumpa bos kita berpakaian menampakkan boxer... dengan bos tak buat apatah lagi ngan Allah... Senang citer kalau nak solat tuu biarlah lebih elok dan segak dari menghadap manusia... Itu apa yang saya tahu laa... kalau ada silap mana mintak maaf lah yee... Wallahuallam...


TERDAPAT TEGAHAN DARI RASULLULLAH S.A.W TENTANG
LELAKI MENDIRIKAN SOLAT TANPA MEMAKAI BAJU
.
لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء
.
"Janganlah sesiapa dari kamu mengerjakan solat dengan satu pakaian sahaja di mana tidak ada di atas bahunya satu pakaian pun"
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
.
Menurut mazhab Hanbali dan Hanafi; tegahan hadis di atas menunjukkan kepada pengharaman. Jadi menurut pandangan ini; wajib ketika mengerjakan solat kita menutup atas badan kita dengan sebarang kain sekalipun nipis sekadar tidak menampakkan warna kulit.
.
Namun mazhab Syafi’ie dan Malik berpandangan; larangan dalam hadis di atas hanyalah larangan makruh sahaja, tidak haram. Jadi, mengikut pandangan ini; kita disunatkan memakai baju atau menutup bahagian atas badan kita ketika solat dan jika kita tidak melakukannya tidaklah sampai berdosa atau sampai membatalkan solat asalkan kita telah menutup aurat yang wajib (iaitu dari pusat ke lutut).

BATASAN AURAT LELAKI DI DALAM SOLAT
.
Batasan aurat lelaki di dalam solat sama seperti di luar solat iaitu antara pusat dan lutut mengikut pandangan jumhur ulamak. Menutup aurat di dalam solat adalah wajib dengan ijmak ulamak. Tidak harus seseorang mengerjakan solat dalam keadaan telanjang sedangkan ia mempunyai pakaian untuk menutup aurat dan solatnya adalah batal.

sekian saja KHUTBAH Adyva buat kali ini~....jumpa lagi di masa akan dtg!...
salam~

Ulasan

  1. TQ info dan sesama mengingatkan -admin page PBJ

    BalasPadam
  2. Aqish~....yeah o ok jer...cume lately BZ lor....kamoo ok!
    makon HOTs blog anda!,....i like it~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular