::SUARA HATI by Anis Ayuni::
Salam u ols......hari nie sekali lagi adyva nak update tentang pembacaan VOVEL
secara berualang adyva!
kali nie adyva pilih Karya Sulung penulis Anis Ayuni.....berjudul SUARA HATI~...
novel nie adyva beli pada 23 Jan 2003
lama x dalam simpanan adyva!....
seriously cerita nie membuatakan adyva OVER FEELING u ols....
air mata akan mengalir setitik 2 titik
kadang2 bergenang!....sure mlm nnt sebelom tdo adyva akan TAMATkan pembacaan adyva!..yeahhhhh.....
"Akan kurahsiakan rasa cintaku padamu
jauh di lubuk hati ..."
Sinopsis:
Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti, sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri. Hari berganti, bulan berlalu. Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selama-lamanya. Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu, sedangkan luka di hati masih terasa. Dan ... andai cinta pertama telah dikecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua? "Maafkan I. I tak pasti apakah akan ada lagi pertemuan selepas ini. Mungkin jugak inilah pertemuan kita yang terakhir. I harap you faham." Itu saja kata-kata yang terucap. Tapi sebenarnya bolehkah aku melupakannya? Aku sendiri tidak pasti.
"I tau you akan jadi isteri yang baik .. yang taat dan setia pada suami. I doakan semoga you bahagia."
Aku semakin sayu mendengarnya.
"I terima hakikat the best man wins ... dan I terima takdir Tuhan yang sedang menguji I ni. Tapi kalau I masih boleh pilih ... I akan pilih untuk menanti sehingga you kembali pada I semula." Haris menyusun kata-katanya dengan perlahan.
Aku terdiam. Begitu lirih suaranyanya ketika menuturkan kata-kata itu. Terasa hampir menitis air mataku. Namun aku kuatkan semangat. Aku tidak akan menangis di hadapannya. Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku ini.
'Haris, antara kita tiada jodoh .. yang ada hanyalah pertemuan. Itupun cuma sekejap. Maafkanlah aku.' "Jangan Haris ... jangan sia-siakan hidup you. I akan tetap mendoakan kebahagiaan you dan I harap you akan dapat pengganti yang lebih baik dari I." Aku bersuara seakan merayu.
"Tak semudah itu Hani. Memang benar, yang patah kan tumbuh lagi, yang hilang pasti berganti. Tapi yang mengganti, takkan sama dengan yang telah hilang. You boleh lupakan I, tapi you tak boleh paksa I lupakan you. Dan naluri hati I berkata, bahawa you akan tetap jadi milik I." (m/s 127)
ok u ols.....nak masuk tdo dan sambung smpai hbs~>..
sikit jer lagi~....ok SALAM sayang dr Adyva!
Ulasan
Catat Ulasan