::Ku Percaya Ada Cinta by Rudy Hirdy::

salam u olsssss
salam MALAM isnin~....hah wat pe tue??...adyva tgh GEGEH menghabiskan pembacaan nie..
Novel karya HASRUDY JAWAWI atau nama pena beliau RUDY HIRDY...
kelas x??nama ala2 malatop g2...hehehe
Novel nie Adyva Pinjam dr ZAKI,
nak beli asik lupa jer....tapi xper adyva dah ada 1 koleksi Novel Rudy~...

kali nie ada NOSTALGIA ckit tau~...
last year atai DATE paling tepat 25 MAY 2010,
adyva, ZAKI dan KZ telah sama2 PLANNING nak jumpa
HASRUDY JAWAWI di Batu Pahat~..
gegeh x?? selama nie just jumpa dalm FB dan YM jerks...
so kali nie kita sama2 bertemu 8 mata u ols...
xpercaya?? meh la tgh pic2 kat bawah nie~.....

hah nie la BUKTI Novel yg ZAKI beli dan bawa ke BP
semata2 nak DAPATKAN SIGNATURE dr penulis NOVEL Ku Percaya Ada Cinta.....
waaa...so sesampai je we ols ke BP, terus kita pick up Rudy Di Parit Sulung~......ayuh merambu!

Adyva dan Penulis Novel, Hasrudy Jawawi....
abaikan patong Mr bean tu ya!...hahahah...(tu zaki punya!)
saja masukkan nak interframe gak!...heheheh

THANKS Rudy belanja PIZZA HUT~....
masa nie kat mana ek?? BP MALL eh?? lupa la~>..haha
yang penting GELAK tawa semua memenuhi ruang restoren k~>..hehehe
JOM hang out lagi!...

dah puas makan2 kita TENGOK WAYANG plak
lau x silap Adyva kita tgk cite HALIZA MISBUN, Andartu kot tajoknya...
hahaha......tgk la pic tue..mcm kat Grammy Awards~....tetap POSING SAKAN!
heheh~....

so u ols......yg x baca lagi g cari kat book store!..
jalan cite yg suspen!, best, menarik dan paling adyva suka adalah penggunaan gaya bahasa yang sangat KEKITAAN tau~..
rasa dekat ngan jiwa je kala membaca NOVEL nie...
watak2 PLU, lelaki lembut ala2 menjadiu TRADEMARK penulis dalam menghasilkan karya!..
waaaaa...SYABAS Rudy!
kalau ada rezeki lebey sure ley jadi FILEM atau drama Bersiri!...
wah!...aminnnnnnn

JOM baca SINOPSIS novel "Ku Percaya Ada Cinta"

Kupercaya Ada Cinta menyingkap kisah Hazz yang agak terkebelakang dalam berfesyen serta digelar sebagai ‘wanita sihir’ oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.
Perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan Fakhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja. Mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan Hazz sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau menyaman Fakhri. Fakhri yang tidak mahu naik turun di mahkamah rela dijadikan sebagai ‘hamba tebusan’ dengan syarat dia harus menukar imej Hazz dalam tempoh enam bulan.
Dalam masa yang sama, papa Hazz dan mama Razznal ingin menyatukan mereka berdua. Tetapi Hazz tidak mahukan sebuah perkahwinan tanpa sebarang cinta. Razznal pula telah pun mempunyai ‘kekasih gelapnya’ – Gabriel. Kepada Witch (rakan chatting di alam maya) Razznal meluahkan permasalahannya kerana hanya Witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya. Kepada Fakhri Hazz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya.
Bagaimanakah kesudahan kisah Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib… pujaan hati Hazz secara senyap-senyap itu?
Hmmm… bagaimana pula dengan Razznal? Adakah cinta songsangnya utuh bersama Gabriel? Siapakah identiti sebenar teman chatting Razznal di alam maya itu? Siapakah Witch yang sebenarnya?


HARGA:

SEMENANJUNG: RM20
SABAH & SARAWAK: RM 23

sekian u ols,...
salam sayang~....adiosssssssss

Ulasan

Catatan Popular