PEMIKIRAN MEMPENGARUHI TINDAKAN & HARGA DIRI INDIVIDU

salam u ols....
Hari selasa nie jom kita membaca tentang satu ARTIKEL nie....
just share ngan u ols......
PEMIKIRAN MEMPENGARUHI TINDAKAN DAN HARGA DIRI INDIVIDU


PEMIKIRAN MEMPENGARUHI TINDAKAN DAN HARGA DIRI INDIVIDU

KUNCI ke arah kejayaan adalah bergantung kepada cara pemikiran seseorang individu!. Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh Walter Doyle Staples, 1991 dalam bukunya berjodol "Think Like A Winner!". Pemikiran dapat menentu dan mencorak destinasi kehidupan seseorang individu. Kata-kata?"engkaulah apa yang engkau fikirkan, terkandung dalam pemikiran?" menunjukkan bahawa diri kita ini ditentukan oleh keputusan yang dibuat berdasarkan proses penjanaan minda yang berlaku dalam otak kita.


Setiap orang inginkan kejayaan. Dalam erti kata yang lain setiap orang inginkan "kemenangan" dalam kehidupan masing-masing. Tetapi tahukah anda bahawa tindakan kita setiap hari telah membawa diri kita ke arah yang berlawanan iaitu ke arah ?kekalahan"?


Setiap orang inginkan ianya dihormati, dipuji dan disanjung tinggi. Tetapi tahukah anda bahawa setiap hari diri kita ini dikeji dan dihina oleh kita sendiri! Bagaimanakah situasi ini berlaku?


Dalam sebarang tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian sama ada sebagai seorang pelajar, pekerja, peniaga dan sebagainya, sering kali kita berhadapan dengan situasi berikut yang merupakan punca ke arah "penghinaan" dan "kekalahan" diri.


*



Mengelak atau menolak tugas. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu cuba mengelak atau menolak sesuatu tugas yang diberikan dengan alasan "tidak tahu" "tidak mahir" atau "tidak boleh". Perkataan "tidak" pada situasi di atas adalah merupakan perkataan yang membawa implikasi yang statik, bercorak negatif, serta tidak akan membawa apa-apa perubahan dan perkembangan yang positif.


Perkataan-perkataan di atas yang dilahirkan oleh seseorang individu itu sebenarnya dengan secara tidak langsung cuba "membuka pekong di dada" masing-masing atau dengan lain perkataan cuma menghina di atas kejahilan yang ada pada dirinya sendiri. Perkataan "tidak" seharusnya ditukar kepada perkataan "ingin" yang lebih dinamik serta lebih menuju ke arah pemantapan dan pengukuhan diri dari aspek kepercayaan, keyakinan dan harapan terhadap potensi dan prestasi diri sendiri selagi tugasan yang diberikan itu tidak bercanggah dengan suruhan agama, etika kerja dan etika sosial .


*



Mengagongkan kebolehan orang lain. Menghargai kebolehan orang lain adalah sesuatu yang baik tetapi ada batasannya. Kadangkala akan terjadi di mana kerana terlalu mengagongkan kebolehan orang lain seseorang individu itu akan menyerah bulat-bulat sesuatu tugasan itu kepadanya dengan alasan?"dia lebih best!?.dia boleh!??..dia pasti berjaya!." Maka oleh kerana kita mengatakan dia lebih best, dia boleh dan dia pasti berjaya maka kata-kata itu menjadikan dia lebih bersemangat dan akhirnya berjayalah dia dalam tugasan tersebut.


Apakah yang terjadi pada kita? Tahukah anda setiap kali kita mengatakan .".dia lebih best?.dia boleh?..dia pasti berjaya?." dengan secara tidak langsung kita mengatakan pada diri kita "?.saya tak best??.saya tak boleh?.saya gagal". Maka kita tidak akan bergerak untuk melakukan sebarang tindakan dan pasti segalanya akan menemui jalan buntu yang berakhir dengan kegagalan dalam kehidupan. Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan pada diri kita sendiri! Alangkah rugi dan teraniaya diri kita mangsa dari pemikiran kita sendiri.

Oleh itu sesuatu perubahan perlu dilakukan terhadap pemikiran kita.
Mengikut Walter Doyle Staples:

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA?

Anda mengubah kepercayaan anda,

Apabila anda mengubah kepercayaan anda?.

Anda mengubah harapan anda,

Apabila anda mengubah harapan anda?.

Anda mengubah sikap anda,

Apabila anda mengubah sikap anda?.

Anda mengubah tindakan anda,

Apabila anda mengubah tindakan anda?.

Anda mengubah prestasi anda,

Apabila anda mengubah prestasi anda?..

ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !

Cuba kita renungi kata-kata di atas dan membuat refleksi terhadap setiap tindakan yang telah berlaku pada diri kita dan juga pada setiap tindakan yang akan dilakukan berdasarkan apa yang sedang difikirkan dalam minda kita sekarang. Apakah anda perlu mengubah pemikiran anda?

Jawapannya terdapat di dalam fikiran anda!

Ulasan

Catatan Popular