IFTAR @ BENAFE VILLAGE with SCHJB member's

inilah die LOKASI seterusnya utk berbuka puasa!
waaaaaaaaaa...thanks tu EN Sanusi Shahdan kerana mengaturkan sebuah majlis ringkas ini!

nie la gambaran yg sempat di candid!
lihat tue keBUSYan cik Sanusi aka YUN~
heheh~

kak anom memangku baby Lydia!~
so cute!
ada bakat~ tapi ngeluh TANGAN KEBAS~
adesssssssssssss.....(mak xde jawapan nok!)
hehehe~

zaidi, Yana & Syu~
makan2 lagi~

kak Faezah punya turn plak!
kata WORK OUT kak~ lekas2 ye lekat!
heheheXD

SEDIKIT CORETAN tentang BENAFE VILLAGE ini~

'Makan bintang lima, harga kaki lima,' itulah moto yang diguna di Banafee Village Restaurant, lokasi baru untuk menjamu selera di bandar raya ini.

Pemiliknya, Shakib Abu Bakar, 32, berkata, moto tersebut diguna untuk menunjukkan bahawa makanan dan minuman yang disajikan kepada pelanggan mencapai piawaian seperti hidangan di hotel bertaraf lima bintang.

Bagaimanapun katanya, pelanggan tidak perlu mengeluarkan kos tinggi seperti di hotel kerana harga di Banafee Village adalah berpatutan dan sama seperti di restoran biasa.

"Makanan yang disajikan kepada pelanggan di sini setaraf di hotel, malah cara penyediaannya juga sama. Maksudnya, kami membawa konsep hotel di Banafee Village.

"Kami tidak hanya menitik berat soal makanan, malah suasana persekitaran juga diutamakan untuk keselesaan pelanggan," katanya yang ditemui di Banafee Village, Jalan Datuk Abdullah Tahir di sini baru-baru ini.

Demi keselesaan pelanggan, Shakib bersama rakan kongsinya Munshi Mohamed, 37, sanggup mengeluarkan belanja besar menghias persekitaran Banafee Village seluas 53,000 kaki persegi itu dengan konsep tropika.

Katanya, konsep tropika yang dipilih adalah gabungan hiasan tempatan, Bali dan Arab yang ditonjolkan pada perabot, susun atur, hiasan dalaman dan luaran.

"Kami mahu sebaik pelanggan melangkah masuk ke kawasan Banafee Village, mereka akan rasa nyaman dengan suasana dan makanan yang disaji. Bagi kami keselesaan pelanggan diutamakan kerana tonggak utama bagi perniagaan makanan adalah pengunjung.

"Jika kita menyediakan makanan yang menepati cita rasa, pelanggan akan datang lagi dan mereka juga akan mempromosikan kepada orang lain dari mulut ke mulut," katanya.

Di Banafee Village pelanggan berpeluang menikmati lebih 200 jenis makanan masakan ala Arab, Cina, Jepun, Barat, Indonesia, Thailand dan tempatan yang disajikan oleh chef berpengalaman.

Menurut Shakib, Banafee Village adalah kesinambungan daripada Banafe Cafe yang sudah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

"Kalau di Banafe Cafe, suasananya terbuka tapi di Banafee Village suasananya lebih eksklusif dan santai dengan pelbagai kemudahan yang disediakan," katanya.

Antara kemudahan yang terdapat di situ adalah kiosk pandu terus kaunter pertukaran wang asing, pasar mini dan perkhidmatan cuci kereta.

Katanya, Banafee Village akan memulakan operasi Jumaat hari ini mulai pukul 3 petang hingga 6 pagi sepanjang bulan Ramadan dan dibuka 24 jam pada bulan seterusnya.

Restoran dua tingkat yang boleh memuatkan kira-kira 400 orang pada satu majlis itu turut menyediakan perkhidmatan katering menerusi talian 07-3333377.

gambaran dalam restaurant!

Ulasan

Catatan Popular