Selamat Hari Raya 1436H

Assalamualaikum~
Selamat Pagi 1 Syawal 1436 H

Alhamdulilah, dengan berkat dan rahmatNYA
maka dapatlah kita meraikan PAGI SYAWAL dengan indah dan bahagia~
semoga kedatangan syawal kali ini memberikan seribu rahmat buat kita semua!

dengan ini Adyva menyusun 10 jari penuh ke khilafan sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata, tersengaja atau tidak sengaja mohon kemaafan kpd kalian semua!

raya nnt jemput dtg kerumah!

sekali lagi SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN


IKHLAS DI HARI RAYA

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua


Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…


Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran


Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina


Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!


Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd

Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa

Ulasan

Catatan Popular