::UNPLUGGED by Dato' Siti Nurhaliza::


Salam u ols~...
Adyva telah pon mendapatkan Album Terbaru Dato' Siti Nurhaliza tau!
tq so much KZ @ Teknosual yg sudi membelikan album ni dari KL
sebab kalau nak tggu album ni sampai JB mmg la lambat! hehe..
tQ Kz kerana buat kali ke tiga membelikan Album2 DCT~
tq SO MUCH!!!
Memetik coretan ringkas pengurus Dato’ Siti Nurhaliza, Kak Rozi beliau bersyukur kerana segala urusan dan penerbitan album ini:
“Album Dato’Siti Nurhaliza Unplugged sudah berada di itunes bermula malam tadi. Saya sudah membeli album ini di itunes dan terdapat bonus kpd bonus track iaitu lagu Menatap Dalam Mimpi dan Engkau terdapat dalam versi akustik. Syukur dimudahkan segala urusan dan dilancarkan penerbitan dan edaran album ini. CD, VCd dan DVD juga akan berada di outlet2 sekitar KL pada hari ini (kemungkinan sebelah petang) dan ke seluruh Msia dalam seminggu dua ini. Album dalam bentuk piring hitam saja akan dipasarkan pada bulan hadapan.
Album ini dipasarkan. Selepas setahun album Fragmen dikeluarkan. Sebuah album live yang dirakamkan sewaktu konsert berlangsung pada 7.4.2015 yang lalu. InshaAllah tiada yg mustahil, tidak ada hal besar yang bisa diperkecil, tidak ada hal perlu yang harus dipencil, hanya dengan rasa percaya, semua akan jadi kenyataan. Rasa percaya selalu menjadi magis kepada asahan usaha, kudrat, semangat dan hasilnya bakal terlihat. Syukur. Album ini mengingatkan kita dari zaman awal @ctdk hingga ke hari ini. Carilah rencahnya, semua ada di dalamnya, hadamkanlah. Di zaman lagu apapun beliau wakili, anda akan menandai di mana anda ketika itu-dan nostalgia terbina. Keluar hari ini, dari stor ke kenderaan ke pusat pengedaran dan agihan, ke outlet2 dan sampai kpd anda. Terima kasih. Selamat mendengar utk itunes dan CD dan selamat menonton utk VCD dan DVD. Piring hitam menyusul nanti.” – Rozi Sangdewi 


Penyanyi tersohor Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza kini muncul dengan album terbaru yang berjudul Unplugged. Sudah mula dipasarkan, album ini merupakan rakaman Konsert Unplugged Dato' Siti Nurhaliza yang berlangsung pada 7 April lalu di Istana Budaya. Konsert tersebut merupakan sebuah konsert istimewa yang meraikan 20 tahun pembabitan Siti dalam industri muzik tanah air.

Selain lagu-lagu yang terkandung dalam konsert tersebut, Siti turut memuatkan tiga lagu baru dalam album Unplugged. Lagu tersebut ialah Mikraj Cinta, Menatap Dalam Mimpi dan Engkau.

"Lagu-lagu dalam album Unplugged merupakan lagu dari album pertama saya sehinggalah album Fragmen yang dilancarkan pada tahun lalu.Jadi saya ambil peluang untuk menyelitkan tiga buah lagu baru di dalam album ini sebagai bonus untuk peminat saya," ujar Siti kepada Portal Murai.

Jika diimbas sebelum ini, Siti melancarkan album Fragmen pada tahun lalu, juga di bulan Ramadan. Mengapa Siti memilih bulan Ramadan untuk melancarkan album terbarunya?

"Semenjak dahulu lagi saya memilih tarikh istimewa untuk melancarkan album saya. Mengimbas kembali ketika saya merakamkan album pertama saya, saya masuk studio pada bulan puasa dan melancarkan album tersebut ada tarikh ulang tahun kelahiran saya. Bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa bagi saya, jadi saya memilih untuk melancarkan album saya di bulan Ramadan," kata Siti lagi.

Jangan lupa untuk mendapatkan album Unplugged melalui muat turun di iTunes dan semua platform digital lain seperti Spotify, Deezer dan KKBox!

Ulasan

Catatan Popular