Malaysia Tempat ke-2 : Pekerja Paling Tidak Bahagia di ASIA!!!
Malaysia Menduduki Tempat Ke 2 Dalam Senarai Pekerja ‘Paling Tidak Bahagia’ Di Asia
Ternyata duit bukanlah segala-galanya. Tawaran gaji yang tinggi belum pasti menjamin kebahagian pekerja. Sebab itulah selain dari menawarkan gaji yang tinggi, banyak majikan yang turut menawarkan pelbagai kelebihan lain kepada pekerjanya.
Sudah pastinya demi kepentinggan perusahaan itu sendiri. Berada di dalam kelompok negara Asia, negara Asia yang manakah mempunyai pekerja yang paling bahagia?
Berdasarkan kaji selidik yang telah dibuat oleh JobStreet, nampaknya pekerja dari Malaysia dan Singapura lah yang paling tidak bahagia di Asia. Kajian ini dilakukan meliputi 7 negara Asia dengan penerimaan respon seramai 67,000 orang.
Singapura berada di tangga yang pertama dengan jumlah point 5.09 diikuti Malaysia dengan kutipan mata sebanyak 5.22. Ini menjadikan Malaysia menduduki tangga ke 2 dalam carta pekerja paling tidak bahagia di Asia.
Filipina menduduki tempat yang baik sekaligus merupakan negara Asia yang mencatatkan rekod pekerja paling bahagia di Asia. Di bawah ini senarai kedudukan hasil dari kaji selidik yang telah dilakukan.
1. Filipina: 6,25
2. Indonesia: 6,16
3. Thailand: 5,74
4. Hong Kong: 5,56
5. Vietnam: 5,48
6. Malaysia: 5,22
7. Singapura: 5,09
Hal ini meliputi kajian atas ketidakpuashatian berdasarkan faktor seperti kepimpinan yang teruk, reputasi sesebuah syarikat, latihan tidak profesional, keselesaan di tempat kerja dan juga hubungan di antara rakan sekerja. Hal ini biasanya terjadi di Malaysia, Singapura dan Hong Kong.
Tepuk dada tanya selera, adakah anda ketika ini sudah cukup bahagia dengan pekerjaan anda sekarang? Hanya anda yang tahu jawapannya.
Duit tidak mampu membeli kebahagian, setuju?
2. Indonesia: 6,16
3. Thailand: 5,74
4. Hong Kong: 5,56
5. Vietnam: 5,48
6. Malaysia: 5,22
7. Singapura: 5,09
Ulasan
Catat Ulasan