Jalan2 ke Janda Baik!



holaaaaaaaaaaa....arini balik keja terussssssss ke Janda Baik!
sebab next week dh puasa!
sebenanrnya melayan 2 org chef tu nak riki riki tempat mancing!
hahaha....tp akhirnya dieorg terpaksa melayan kita OOTD gais!
biasalah~ Adyva kan!

p/s: baju JUBLI SITI 25tahun~ 1st time rasmikan kat Pahang gais!

moh la layan pic kita ~ mls nak taip~






sejukkkkkkkkkk sangat air ni~


Jom kita baca sikit INFO JANDA BAIK :

SUDAH banyak diperkatakan mengenai Janda Baik, sebuah perkampungan yang terletak di pinggir Banjaran Titiwangsa dalam negeri Pahang.

Penulis sendiri tidak ketinggalan untuk mengembara dan mahu melihat sendiri apa yang ada serta menarik di Janda Baik.

Menghabiskan masa hampir sehari berlegar-legar di sebahagian penempatan Janda Baik, penulis membuat kesimpulan memang suasananya cukup mendamaikan.

Jauh dari hiruk pikuk kota, dikelilingi hutan hijau dengan udara menyegarkan adalah jawapan kepada persoalan kenapa ramai yang bercuti, malahan kepada yang berkemampuan sanggup melabur membeli tanah dan membuat rumah di Janda Baik.

Janda Baik, sebuah kampung rizab Melayu yang terletak berhampiran Lebuh raya Karak dalam daerah Bentong, Pahang.

Kedudukan kampung tradisional Melayu di lereng Banjaran Titiwangsa, adalah kira-kira 600 meter di atas paras laut, kira-kira 36 kilometer (km) dari Kuala Lumpur.

Perjalanan memandu kereta ke lokasi itu dari ibu negara dengan melalui Lebuh raya Karak-Kuantan, kira-kira 45 minit.

Macam-macam cerita, kononnya dikatakan ada kaitan dengan sejarah pembukaan kampung terbabit. Ada yang mendakwa nama unik Janda Baik itu timbul ekoran satu ketika dulu ramai wanita yang bergelar janda tinggal di situ, selepas suami mereka maut dalam perang saudara yang berlaku di Selangor.

Kebanyakan janda terbabit, bukan sahaja mempunyai potongan tubuh badan dan wajah yang cantik juga keperibadian yang baik serta sanggup membantu orang lain yang dalam kesusahan yang memerlukan bantuan.

Kawasan baharu selepas banjir

Ketua Kampung Janda Baik, Zahari Ayop, 68, atau lebih dikenali sebagai Tok Empat, berkata, pada asalnya lokasi terbabit adalah kawasan terpencil yang didiami Orang Asli.

Peneroka mula datang ke kawasan ini pada tahun 1930 untuk mencari kawasan baharu selepas berlaku banjir besar pada tahun 1926 yang menenggelamkan banyak kawasan Semenanjung.

"Hampir semua penduduk awal yang berpindah ke lokasi itu, berasal dari Bentong. Kampung yang terletak di kawasan tanah datar dipenuhi hutan dikelilingi gunung-ganang ini dibuka oleh tiga sahabat yang dikenali sebagai Haji Deris, Haji Kadir dan Haji Yasir.

"Untuk mengenal pasti sama ada lokasi itu sesuai dijadikan perkampungan atau tidak, mereka berpakat membina pondok dan duduk hampir seminggu di sana. Bermula dari detik itulah kampung ini dibuka dan saudara mara mereka di Bentong berpindah ke sini," katanya.

Janda Orang Asli balik ke pangkuan suami

Zahari berkata, sebagai menghargai usaha tiga sahabat terbabit yang meneroka kawasan itu maka kampung itu dikenali sebagai Kampung Tiga Haji.

Jumlah penduduk di kampung terus bertambah membuat Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam, berkenaan membuat kunjungan kali pertama ke Kampung Tiga Haji pada tahun 1932 dan baginda dikatakan tidak berkenan dengan nama kampung terbabit.

Ketika baginda bersembang dengan penduduk kampung, ada antara mereka bercerita kawasan itu didiami Orang Asli yang hidup bercucuk tanam seperti padi serta buah-buahan.

Satu ketika berlaku pertengkaran antara Tok Batin Orang Asli kampung terbabit dengan isterinya, Siah, hingga menyebabkan mereka berpisah.

Namun tidak sampai sebulan berjauhan, Siah pulang semula ke rumah Batin Wok, dan kepulangannya diterima dengan baik.

Sawah padi yang diusahakan sebelum berpisah semakin subur dan matang serta masak, menjadi hidup mereka semakin bahagian.

Berdasarkan kisah itu, Orang Asli di sana menggelar tanah berkenaan sebagai Janda Balik merujuk kepada Siah yang balik semula ke pangkuan Batin Wok.

Baginda Sultan Abu Bakar yang tertarik dengan kisah yang disampaikan itu kemudian menukar nama kepada Janda Baik, sekali gus kekal sehingga kini.

Kisah wanita baik hati

Satu lagi cerita yang boleh diterima mengenai bagaimana kampung itu mendapat nama Janda Baik berikutan wujudnya seorang janda yang membantu merawat penduduk Pahang yang cedera setelah menyertai peperangan saudara di Selangor pada tahun 1918.

Zahari berkata, banyak rakyat Pahang tercedera dan ada antara mereka terpaksa berpatah balik ke Temerloh.

"Dalam perjalanan pulang ke Temerloh, dengan melalui satu kawasan hutan dikelilingi bukit bukau, iaitu Pulau Santap lokasi asal kampung berkenaan, mereka bertemu seorang janda yang menawarkan khidmat untuk merawat mereka yang tercedera serta membenarkan mereka berlindung sementara di rumahnya sehingga sembuh.

"Sekembali di Temerloh mereka bercerita mengenai kebaikan seorang janda itu kepada penduduk dan sejak itu lokasi terbabit dikenali sebagai Kampung Janda Baik," katanya.

INFO Janda Baik, Pahang

  • Dibuka secara rasmi pada 1932
  • Mempunyai 2,800 penduduk (sehingga tahun 2015)
  • Terdapat 720 rumah
  • Terletak kira-kira 36 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Bentong, Pahang
  • Kedudukan kawasan di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 600 hingga 800 meter dari paras laut
  • Suhu mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam)
  • Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun
  • Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai
  • Menjadi tempat pertemuan empat aliran sungai utama iaitu Sungai Benus, Sungai Cheringin, Sungai Sum Sum dan Sungai Chemparoh
***Info copy paste dari BERITA HARIAN 6 Feb 2016



lps dh penat jalan2, kita nampak org jual durian!!!
ya ampun, terus mengidam!!
hahah~





Sekian sahaja coretan kali ni~

Ulasan

Catatan Popular