Anak Ikan Ku si Ikan Puyu =)

Ikan puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah.

Ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu juga dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian.

Ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin. Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.

Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu. Begitupun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyantau orang lain.

Walaubagaimanapun, Ikan Puyu tidak boleh dianggap sebagai pelindung mutlak kepada semua perkara ini kerana ia hanya asbab kepada ketentuan Allah. Hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mungkin benar boleh menjadi pendinding dan sesungguhnya ia adalah dari Allah jua.

Jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga, biarlah dia membela beratus ribu ekor ikan puyu sekalipun, dia tidak mungkin dapat mengelak. Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui.

Sebaik-baik pendinding adalah ayat-ayat Allah, dan jika jiwa kita tenang, Allah pasti melindungi kita dari musibah ilmu hitam dan gangguan syaitan. Janganlah kita mensyirikkan Allah dengan melebihkan ikan Puyu daripada memuji keagungan Allah yang mencipta ikan puyu itu.

Anda ada kisah ikan puyu?


Ulasan

Catatan Popular