View Of Sireh Park Iskandar Puteri =)


SEBUT sahaja Sireh Park, di Johor pastinya lokasi ini tidak asing buat penggemar aktiviti pendakian atau 'kaki hiking'.

Lokasi Sireh Park ini berhampiran Horizon Hill dan Taman Nusa Idaman, Bukit Indah adalah sebuah taman awam kategori taman wilayah yang memiliki keluasan 138 hektar.

Dibangunkan sebagai sebuah taman warisan semula jadi, ia menjadi kawasannya padat dengan koleksi flora dan fauna serta warisan biodiversiti tempatan.

Dibuka kepada umum, pada November 2017 sempena Hari Landskap Negeri Johor, ia juga sebagai pemangkin kepada pembangunan lestari di Iskandar Puteri.



Sireh Park, Iskandar Puteri
**Setiap daerah mempunyai landskap masing masing dan ada juga disediakan basikal
📍Laman Taman Sireh Park, Iskandar Puteri
🚩Berdekatan dengan Horizon Hills, Nusa Idaman & Taman Bukit Indah



Tidak seperti mendaki gunung, bukit di Sireh Park ini. Laluan trek ini lebih sesuai mereka yang masih baru berjinak dengan aktiviti mendaki.

Laluan ke puncak pertama bukit lebih landai, namun apabila meneruskan laluan menuju ke puncak kedua cabaran berbeza kerana laluan semakin tinggi namun tidak curam dan tidak membahayakan.

Ketua Pengurusannya, Faisal Mohd Nor suasana perjalanan pendakian pengunjung turut disajikan dengan pemandangan indah dengan lebih 1,300 pokok di sekitar Sireh Park.

Katanya dengan ketinggian pada 87 meter dari paras laut, pastinya membolehkan pengunjung melihat kepesatan Kota Iskandar di puncak bukit ketiga.

"Sireh Park ini mempunyai kelainan dan kita kekalkan rupa asal bentuk bumi di kawasan ini dan boleh menghirup udara segar serta semula jadi.

"Kita juga sentiasa mencipta semula dan meningkatkan biodiversiti dengan menanam lebih banyak pokok hutan di kawasan ini.

"Pengunjung di sini yang datang dari pelbagai sukan berbeza, ada yang menjadikan laluan trek di sini sebagai riadah berjalan kaki, berjoging, berlari, mendaki malah ada berbasikal," katanya juga terdapat landskap menarik dibina semasa Hari Landskap Johor 2017.





Diuruskan oleh 'The Nusajaya Natural Heritage Trust' iaitu sebuah badan tidak berkeuntungan, nama Sireh yang dipilih atas keunikan tumbuhan di juga membawa singkatan kepada Sustainable, Initiatives, Recreational dan Educational Haven.

Mempunyai tiga puncak bukit dengan ketinggian berbeza. Pastinya laluan trek mencabar menanti pengunjung mengikut ketinggian puncak.

Puncak pertama kebiasaannya mampu didaki oleh semua peringkat usia, dengan laluan trek mudah ia ternyata memberi pengalaman menarik kepada pengunjung yang baru kali pertama menjejak kaki ke sini.

Pemandangan indah di puncak bukit




Pengangkutan awam di Johor Baharu ke Sireh Park, Iskandar Puteri

Pernahkah anda tertanya-tanya macam mana nak pergi ke Sireh Park, Iskandar Puteri di Johor Baharu, Malaysia? Moovit membantu anda dapatkan cara terunggul untuk ke Sireh Park, Iskandar Puteri dengan panduan langkah demi langkah dari stesen dan hentian pengangkutan awam terdekat.

Moovit menyediakan peta percuma dan navigasi nyata di bandar anda. Semak jadual waktu, laluan, dan dapat tahu mana diambil untuk pergi ke Sireh Park, Iskandar Puteri.

Sedang cari stesen atau hentian terdekat untuk ke Sireh Park, Iskandar Puteri? Lihatlah senarai hentian-hentian terdekat dengan destinasi anda: Shophouses @ Jalan Indah 25/16 (0004290).

Anda boleh pergi ke Sireh Park, Iskandar Puteri dengan menggunakan Bas. Itu adalah laluan-laluan yang menpunyai hentian-hentian yang berdekatan.Bas: 111CW3CW3ECW3LCW3SP212

Ingin tahu jika terdapat laluan yang berlainan yang membolehkan anda untuk sampai ke destinasi lebih awal? Moovit membantu anda mencari laluan atau masa alternatif. Dapatkan halatuju dari dan ke Sireh Park, Iskandar Puteri dengan lebih senang daripada aplikasi atau laman sesawang Moovit.

Kita memastikan perjalanan lebih senang ke Sireh Park, Iskandar Puteri, inilah sebab kenapa melebihi 930 juta pengguna termasuklah pengguna-pengguna di Johor Baharu, mempecayai Moovit sebagai aplikasi pengangkutan awam terunggul. Anda tidak perlu muat-turun aplikasi-aplikasi berbeza untuk rel dan bas. Moovit adalah aplikasi integrasi pengangkutan awam yang membantu anda mencari masa bas dan rel yang terunggul.


Ulasan

Catatan Popular