Resepi Kek Oren Sanquick Adyva Version
Kek Oren Sunquick
Kek oren sunquick sebenarnya sudah dibuat oleh kebanyakan mak-mak kita lama dahulu. Kek ini menggamit memori sebilangan kita mengimbau zaman kecil kita. Kali ini kita buat sendiri pula. Selain bau kek yang wangi , teksturnya juga gebu dan terasa gigitan parutan kulit oren sesekali. Sesuai dimakan bersama orang tersayang. Jom cuba!
Bahan-bahan :
1 cawan marjerin
1/2 cawan gula halus (boleh ditambah)
4 biji telur B
2 sudu besar pati oren sunquick
1 sudu besar parutan kulit buah oren
1 biji perahan jus Oren
2 cawan tepung naik sendiri
Hirisan Oren sebagai hiasan
Cara - caranya :
1. Pukul marjerin dan gula di dalam sebuah bekas sehingga kembang .
2. Kemudian masukan telur, perahan jus oren, parutan kulit oren dan Pukul sehingga semuanya sebati.
3.Kemudian masukan tepung dan pukul lagi sehingga semua bahan sekata.
4. Sapukan sedikit marjerin pada loyang kek. Kemudian tuangkan adunan kek ke dalam loyang.
5. Panaskan oven seperti biasa. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45-50 minit. Atau sehingga kek masak.
6. Hasilnya , kek bewarna oren kekuningan yang harum, gebu dan sedap sangat. Hidangkan bersama secawan teh.
Cubalah!
Ulasan
Catat Ulasan