Khasiat Habbatusauda
KHASIAT HABBATUSSAUDA
Sebelum kita mengetahui akan khasiat habbatussauda, adalah baiknya untuk kita mengenali serba sedikit latar belakang dan asal usulnya.
Habbatus Sauda atau Habbatussauda’ – Black Seed / Black Cumin, nama melayunya Jintan Hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan herba yang terkenal mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran khasiat minyak habbatussauda kepada kesihatan manusia.
Khasiat dan manfaatnya juga telah terbukti pada kajian sains moden. Justeru itu, tidak hairan ianya sering digunakan untuk tujuan perubatan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Hal ini diperkuatkan lagi dengan adanya hadis yang menyebutkan tentang kelebihan Habbatussauda’ itu sendiri di sisi Rasulullah (SAW) sejak hampir 1500 tahun dahulu lagi.
HURAIAN DALIL KHASIAT DAN MANFAATNYA PADA PERSPEKTIF ISLAM DAN MODEN
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda:
“في الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا السّامّ”
“Pada Habbatas Sauda’ itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
[HR Bukhari – Kitab Al-Thibb No. 5687 & HR Muslim No. 2215]
“ما من داء إلا في الحبّة السّوداء منه شفاء إلا السّامّ”
“Tiada satu pun penyakit melainkan pada Habbatus Sauda’ itu ada penyembuhnya kecuali as-Sam (mati).”
[HR Muslim]
إنّ هذه الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا من السّامّ. قلت : وما السّامّ؟ قال : الموت
“Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah kesembuhan (ubat) dari setiap penyakit kecuali as-Sam.” Aku (Aisyah) bertanya: Apa itu as-Sam? Rasulullah menJawab: “Kematian.”
[HR Bukhari]
Sabda Nabi (SAW):
“عليكم بهذه الحبّة السّوداء فإن فيها شفاء لكلّ داء إلا السّامّ”
“Hendaklah kamu (sentiasa) mengamalkan Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
KHASIAT DAN MANFAAT HABBATUSSAUDA’
“Canon Of Medicine” by Abecene – (قانون في الطّبّ)
Antara kajian dan penelitian terawal tentang manfaat Habbatussauda’ ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut : “Habbatussauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya.”
Habbatussauda’ kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan Karbohidrat sebanyak 38%, Protein (21%) dan Asid Lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem imun badan.”
Hospital King Fadh University Al-Khobar, Arab Saudi.
Kajian dari hospital yang menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ekstrak Habbatussauda’ yang bertindak sebagai perencat aktiviti Helicobacterpylori, sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut. Kelebihan Habbatussauda’ dalam melawan serangan virus atau bakteria apabila ia mampu memusnahkan struktur membran sel pembunuh dan melumpuhkan aktiviti sel tersebut.
Jangkitan selalu dialami seperti batuk2, selsema, sakit kerongkong, & demam berpanjangan.
Amalkan Habbatussauda Magicblue gred A yang diimport dari Mesir. Khasiatnya untuk meningkatkan imunisasi badan dan anti bakteria (virus)
Sekarang semua orang boleh sihat dengan hanya bermodalkan rm25 sebotol Habbatussauda gred A.
Habbatussauda
➡️60 capsul
➡️ Lulus KKM
➡️ Freepostage
.
wasap saya sekarang untuk free pos Dan COD
Wasap.my/60137382737/HabbatussaudaPromo
COD sekitar JB
#habbatussauda #magicblue
Ulasan
Catat Ulasan