PRN Johor - Keputusan Rasmi

Sumber asal diambil Dari  : [ Sinergi Sharing : Empire's Strike Back ]

1. Keputusan rasmi PRN Johor diketahui rasmi lewat juga malam tadi walaupun keputusan tidak rasmi telah dijangka di mana. 

2. BN memenangi 40 kerusi didominasi UMNO, dan PH memenangi 12 kerusi, 10 daripadanya didominasi DAP.

Teras pertembungan politik negara ini sebenarnya adalah UMNO berideologikan konservatif, moderate vs DAP berideologikan liberal, centrist, sosialis sejak awal kemerdekaan lagi.

Dan akan terus sebegini.

Parti-parti lain dalam koalisi hanyalah melengkapkan segmen tertentu sahaja.

 3. Turn out voters adalah 1.42 juta orang, atau 54.92% keluar mengundi. Walaupun peratusan nampak menurun dan dicanang oleh pihak yang kalah antara punca kekalahan, ianya disebab kan oleh peningkatan undi 18 yang auto masuk dalam senarai pengundi.

Beratus ribu kewujudan pengundi baru disini, sama ada golongan ini tidak cakna atau memang tidak ambil kisah.

4. Jangkaan aku semalam BN menang 35-45 kerusi, dan angka itu sangat menarik sebab angka sebenar berada ditengah-tengah iaitu 40 kerusi. 

5. PN dilihat sangat agresif menyerang BN terutamanya Bersatu, malah lebih agresif dari PH. Pembunuhan karekter dalam BN pada setiap engagement mereka sangat konsisten.

Ini adalah satu kesilapan yang besar setelah bertahun-tahun pasca PRU 14 2018. Yang pelik diulang lagi terutama Ketua Armada WAF 

Bersatu diposisikan sebagai pengganti UMNO bagi segmen parti kebangsaan melayu yang konservatif. Tetapi hasil PRN semalam, penjenamaan dan positioning Bersatu dilihat gagal mendapat impak yang sepatutnya.

Ketiadan akar umbi, political driven engagement, dan hidup hanya berdasarkan jentera serta undi penyokong PAS.  Malah Bersatu dilihat sebagai oppurtunist identiti politik, 2017 sebahagian PH, 2020 menyokong pakatan bersama UMNO dan PAS, 2022 mengajak pula rakyat menentang UMNO dan PH pada masa yang sama. 

6. Adakah BN kuat secara signifikan? tidak, mereka hanya secure 40% pengundi tetap, ditambah 5-10% swing, tetapi perpecahan pembangkang menyebabkan banyak DUN yang telah PH pegang 2 penggal ditawan BN semula.

Apa yang patut dipelajari dari BN oleh PN dan PH ?

Gerak kerja BN dari segi offline dan online ( digital )

Jentera hari mengundi lincah, lancar, smooth. Paling pelik parti PH bising kat socmed peratusan mengundi kurang rtapi bising kat socmed je,  tetapi BN tak cakap banyak bersepah kenderaan jentera mereka keluar masuk taman tanya, ambil , bawa pengundi ke pusat mengundi.

Kempen kerja keras. Gerak kerja clean berpusat. Komunikasi tip top. Masing-masing in character dan tahu apa nak buat untuk menang.

Gerak kerja beginilah yang membayangkan gerak kerja jika mendirikan kerajaan nanti. Not perfect but at least being in place.

BN parti dah lama dan being organize. Walaupun pool voters tetap tak banyak pun.

You guys deserve it.

7. Apakah kelemahan utama pembangkang ?

Tiada kesepakatan, masing2 jadi over confident, lihat sahaja Larkin dan Tiram. Punca ketidak sepakatan ini ? Perpecahan Bersatu dan PKR dalam PH sendiri krisis 2020.

Kemenangan PRU 14 menjadikan sebahagian komponen PH dan politiciannya buta dan mula bercekau sesama sendiri. 

Kemudian tak habis-habis bertahun meratib 1mdb, najib, kluster mahkamah, perompak, kleptokrat. Benda ni overkill der , orang jadi  meluat, menyampah dan muak. Mula-mula ok lah, dari benci, terus jadi simpati especially yang atas pagar. 

Sekor pun takda sembang pasal polisi driven, roadmap, insiatif jika dapat memerintah. Lepas tu politican luar johor bagi komen semua merendahkan orang johor sendiri, Seriously ke korang confident ke boleh menang cara macamni ?

Kalau lah UMNO mainkan taktikal yg sama, anwar kaki liwat, guan eng komunis, midin lembab, jemin liwat, mungkin mereka juga akan kalah. Tapi UMNO dah belajar banyak, dulu mereka tak bijak juga, lalu mereka fokus pada satu niche iaitu kestabilan.

And its work.

8. Niccolo machiavelli, Italian diplomat, penulis "The Prince" sendiri.

Rakyat sangat memerlukan kerajaan yang stabil, walaupun mereka tidak sedar kepentingannya. 

Stabil ini bukan bermakna bersih 100% tetapi ianya adalah satu keadaan yang aman seerta kondusif bagi menimbulkan keyakinan semua stakeholder dalam negara, diplomasi bilateral dan pelabur luar.

Contoh mudah dalam group kereta sewa kami, terus ramai cakap BN menang, boleh dah tambah kete sewa, signal apa ini ?

Korea tu walaupun kuasa industri dan maju, korupsi tahap teruk dengan chaebol dan parti memerintahnya, tetapi ianya ditangani berasingan tanpa menganggu proses kemajuan negara.

Ini bukan bermaksud menyokong korupsi yang wujud sejak zaman firaun lagi, ianya cabaran dalam fitrah manusia,  tetapi proses menyah korupsi dari kehidupan ini satu proses yang berterusan, dari generasi ke generasi.   

Kerajaan yang huru hara sangat menggangu kesejahteraan rakyat.
Mengapa huru hara ? Usai menang tidak fokus pada urus tadbir dan pembinaan negara bangsa secara total, banyak fokus kepada politiking dan pembunuhan karekter walaupun telah menang.

Peluang yang ada untuk menunjukkan tanda aras yang lebih baik  dibazirkan.

Walhal rakyat memerlukan makanan dihidang di atas meja, asbab dari pembangunan infrasruktur, pembangunan sosioekonomi, jaringan perhubungan berasaskan TOD ( Transportation Oriented Development ) serta pelbagai lagi.

9. Whats next ? Key person dalam mencorakkan strategi dan taktikal BN ini patut diberi kredit pada Tok Mat. Senyap-senyap menyusun

Berbeza bukan bila teknokrat mencaturkan gerak ? Silently kill.

PRN Melaka dan PRN Johor , 2/3 dah berjaya sebagai results, fact and figures.

Sentimen pastinya ke arah PRU, "strike while the iron is hot" , dengan momentum dan sentimen yang ada.

Jika elemen pembangkang masih menggunakan strategi dan taktikal yang sama, meratib najib, 1mdb, kluster mahkamah, boleh lupakan lah PRU15. Korang nak jadi kerajaan bukan nak jadi netijen weh.

10. Last but not least, PAS. PAS ini salah pilih kawan punya kes.
Kalau nak relevan di pentas persekutuan, kenalah pilih berpakat, tapi takkanlah nak dengan PH balik situ ada DAP. 

Adakah PAS akan kembali ke pasca 90an - 2000an ?, menguasai secara regional sahaja iaitu kelantan terutamanya. Itupun, ramai kenalan fb dari kelantan sendiri dah mula mengkiritik terbuka, lantang akan urus tadbir PAS selaku kerajaan negeri. Seriously perlu ubah strategi dan pendekatan.

11. Politik ini sebahagian dari kehidupan, siasah. Ianya beri kesan pada periuk nasi, syarikat aku dan generasi mendatang, suka tak suka kena la ambil tahu dan berkongsi pemikiran.

Onwards, regardless whatever your political inclination, pasak dalam hati keutamaan dan kebersamaan tetap pada agama, bangsa negara. Sembang-sembang politik matang. Baru steady.

Boleh sama-sama belajar

Allahu mustaan

Muhammad Faiq Bin Shaf'ii
13032022

Pengundi DUN Permas

Ulasan

Catatan Popular