mee hoon Goreng ala Kopitiam


Heloooo gaisssss.....arini Kita terlebih rajin. Tekak mengidam nak makan Mee Hoon Goreng ala Kopitiam Tu....tp Kita nak masak sendiri ....

Alhamdulilah, menjadi!!!!

Jom Kita tgk bahan-bahannya :

- Mee Hoon jenama PAMA (3keping shj)
- 1 biji bawang merah 
- 5 ulas bawang putih
- 4 sudu cili kering kisar
- 2 paket udang kering RM1 tu
- Hirisan dada ayam (terpulang nak letak protein apa)
- kuchai (ni je ada dlm ice box) kalau nak letak taugeh pon ok je
- garam
- sos ampla
- sis tiram

Cara-caranya :

1. Rendam 3 keping mee hoon PAMA dlm air sejuk sekejap je... agak2 dh lembut cikit terus tos Kan
2. Panaskan minyak masak
3. Blend bawang merah + bawang putih + udang kering dan tumis sekali 
4. Dah agak2 kering sedikit, masukkan 4 sudu cili kering/ikot kepedasan yg anda mahukan
5. Bila dh pecah minyak sikit, masukkan air kocakkan dari blender Tu
6. Tumis sehingga garing
7. Masukkan hirisan dada ayam, garam, sos ampla, sis tiram Dan kacau sebati
8. Masukkan mee hoon + kuchai
9. Kacau sebati
10. Siap utk dihidangkan.

Selamat menjamu selera & selamat mencuba!

Ulasan

Catatan Popular