Nasi Goreng Cili Kering

Holaaaaaaa....happy Saturday!!!!
Arini sorang2 kat umh, Kita melepek melepak je...jom Kita masak2 jap....
Hujan kat luar tu ....asikkkkkk!!

Bahan-bahannya:-
- Nasi sejuk di leraikan
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 15batang cili kering
- sedikit belacan kampung
- kacang panjang
- ikan Bilis
- 2 biji telor Ayam
- garam secukup rasa
- sos Tiram
- sos ikan ampla

Cara-caranya:-
1. Kisar kering bawang besar, bawang putih, cili kering, ikan Bilis dan belacan
2. Panaskan minyak
3. Goreng ikan Bilis sedikit 
4. Bila dh garing,kuak keeping sedikit, masukkan bahan kisar - masak sehingga garing sedikit
5. Masukkan telur Ayam 
6. Masukkan kacang panjang
7. Masukkan garam, sos tiram Dan sos ampla
8. Masukkan nasi yg telah dileraikan
9. Kacau sebati
10. Siap!!!

Selamat mencuba & menjamu selera.   ✌️







Ulasan

Catatan Popular