Ayam Goreng Kunyit Extravaganza
Salam hujung minggu!!!
Mendung diluar Sama mendung didalam...
Jom la Kita wat xtvt masak2 walaupon sorang hahaha...
Bahan-bahannya:-
1. Dada Ayam
2. Serbuk Kunyit adabi
3. Garam
4. Lobak merah
5. Kacang panjang
6. Bawang besar
7. Cili merah
8. Bawang putih
9. Halia
10. Cili Padi merah
11. Serbuk lada putih
12. Secukup rasa
13. Sos tiram
14. Sos ampla
Cara-caranya:-
1. Perap Ayam bersama garam, Kunyit, sos tiram, lada putih & secukup rasa - ketepikan ,perap jap ..
2. Panaskan minyak
3. Goreng dada Ayam sehingga garing
4. Angkat Dan ketepikan.
5. Kurangkan minyak
6. Tumis hirisan bawang merah, cili merah, cili padi, halia Dan bawang putih - masak sehingga naik bau (jangan sampai garing sgt)
7. Masukkan carrot 🥕 & kacang panjang
8. Masukkan sedikit sos tiram, sos ampla
9. Kacau sebati seketika - jangan sampai sayur terlalu layu
10. Masukkan Ayam yg telah digoreng td
11. Tutup api Dan angkat
12. Siap utk dihidang
Selamat mencuba ✌️
Siap dh....selamat menjamu selera
Ulasan
Catat Ulasan