Mee Goreng Daging Sate (Leftover)

Holaaaaaaa u olssss....bz ke tu!
Arini nak masak mee goreng.
Tgk bahan2 teringat sate semalam X hbs Ada 7cucuk lagi (sbb X hbs adalah sbb X sedap!!! Tobat X nak g Beli lagi kat kedai Tu)

So Kita adjust la jadi bahan mee Goreng Kita!!

Jom kita masak!

Bahan-bahannya: 
- Mee Kuning Gardenia
- 1 labu bawang Merah 
- 4 ulas bawang putih
- 3 sudu makan cili kering 
- 1 paket udang kering 
- 1pcs Fish Cake dihiris
- 4 tauhu yg digoreng dihiris
- 7 cucuk satay daging 
- sawi
- taugeh 
- sos tiram
- kicap Manis
- 1biji telur Ayam
- sos ampla
- garam
- secukup rasa
- minyak

Cara-caranya: 
1. Kisar bawang merah, bawang putih, udang kering & cili kering sehingga halus
2. Panaskan minyak Dan tumis bahan kisar
3. Masak bahan kisar sehingga pecah minyak beberapa Kali
4. Masukkan fish cake (atau boleh je ganti dgn Ayam, udang, sotong, daging) ikot citarasa masing2 tapi Kali ni Kita masukkan sate daging X hbs semalam.
5. Masukkan sos tiram, kicap, sos ampla, garam & kacau sebati
6. Masukkan mee Kuning yg telah dibancuh
7. Masukkan telur Ayam Dan biarkan seketika baru kacau sebati
8. Masukkan sawi dan taugeh
9. Kacau sebati & siap!!!


Selamat menjamu selera tau

Ulasan

Catatan Popular