Mee Hoon Goreng Udang

Salam Sabtu gaissss!!!
Salam 7/365

Alhamdulilah, panjang umur Kita semua....
Sementara nak ke opis ptg Kang, Kita masak sikit la...

Bahan-bahannya:-
- 2 keping mee hoon Faiza 
- 1 biji Bawang Merah
- 5 ulas Bawang putih 
- 2 sudu besar Cili Kisar
- sepeket kecil udang kering 
- segenggam udang pasir 
- sos ampla
- sos tiram
- kicap Manis
- garam & secukup rasa 
- minyak masak

Cara-caranya:-
1. Kisar bawang merah, bawang putih Dan udang kering
2. Panaskan minyak Dan tumis bahan kisar
3. Bila sudah sedikit garing, masukkan cili kisar - masak sehingga pecah minyak
4. Masukkan udang, garam, secukup rasa, sos tiram, sos ampla - kacau sebati
5. Masukkan mee hoon yg telah direndam seketika
6. Masukkan air Dan kacau sebati sehingga kering elok. 
7. Kalau Ada sayur masukkan sayur kesukaan
8. Kacau sebati Dan siap!

Selamat mencuba!!!

Ulasan

Catatan Popular