Bila dh umur 40 tp x kawen lagi

Bila orang single lelaki & wanita yang tak pernah kahwin dan tak kaya tapi dah cecah usia 40 tahun dan ke atas.. cuba lah amalkan 20 nasihat ini. Semoga anda bahagia..

1. Segala harta yang ada dan masih mempunyai loan bank, cukuplah sampai di situ sahaja. Cuba habiskan loan bank yang ada. Kalau nak buat loan bank baru pun mungkin kereta. Sebab kereta ni, selepas 15 tahun memang rasa dah tak best bila drive.

2. Jika ada berhutang dengan orang, mula ganti ya. Tapi, kebanyakkan orang single biasanya tiada hutang wang dengan orang. Cuma, kalau ada.. ganti ya.

3. Berbaik dengan mak ayah dan semua adik beradik, anak saudara, ibu saudara bapa saudara dan jangan berdiam diri sahaja bila berjumpa saudara mara. Mulalah ringan mulut dan beramah mesra.

4. Mengembara. Berjalanlah ke mana-mana sahaja dalam dan luar negara. Menggunakan khidmat travel agent pun boleh. So, ada group berjalan. Jadi, dapat merasa jalan di negara lain sekali seumur hidup juga akan menggembirakan. Kiranya membina pengalaman bercuti ke negara orang.

5. Pergilah Umrah bagi yang tidak pernah pergi Umrah. Setelah pergi umrah tanam dalam diri untuk menunaikan Haji. Belajar pasal Haji banyak2 dan usahakan untuk dapat mengerjakan Haji sebelum usia 50 Tahun.

6. Solat jangan tinggal dah. Sentiasa upgrade diri tentang ibadah.

7. Pergi lah ke spa / beauty clinic sekali sekala. Anda akan rasa seronok kerana rasa seperti diri anda dihargai dan dimanja.

8. Pergi lah seminggu 2 kali ke gym yang ada sauna sekali tu. Sangat seronok.

9. Pergi lah briskwalk bila hujung minggu. Kena cahaya matahari amat membahagiakan.

10. Jadikan kebiasaan makan di rumah dengan makanan yang di masak sendiri. Di sini, kesihatan anda di hari tua kelak lebih terkawal.

11. Jika ada kawan-kawan yang mempunyai nasib yang sama iaitu belum pernah berkahwin, selalulah keluar dengannya. Bercerita, shopping sama-sama, bercafe bersama-sama, jalan-jalan bersama2. 

12. Create socmed anda. Anda akan bahagia bila melihat content-content socmed anda yang mempunyai pelbagai kenangan anda yang single tak pernah kahwin ni. Haha.

13. Pastikan takaful anda tidak lapse. Ini penting.

14. Beli apa sahaja yang anda mahu yang harganya dalam kemampuan anda. Sebagai contoh makanan, pakaian, minyak wangi dan sebagainya.

15. Mula rancang apa anda nak buat dengan wang KWSP anda bila anda berusia 50 tahun kelak. 10 tahun je lagi nak keluar KWSP. Tak lama dah. Haha

16. Cantikkan rumah anda.

17. Buat rutin 3 bulan sekali, check kesihatan diri anda.

18. Jaga kulit agar sentiasa sihat. Minum air masak secukupnya. Ini penjagaan untuk kesihatan hari tua anda. Maklumlah.. Kena jaga ya kesihatan diri anda sebab anda tak tau hari tua anda, anda kekal bujang ATAU masa tua anda anda dah ada jodoh yang menjaga anda ATAU anda ada jodoh yang memerlukan anda menjaganya kelak. Jadi, jaga je kulit dan kesihatan diri sendiri.

19. Teruskan pekerjaan yang ada seperti sedia kala. Efisyen dan jujur pada pekerjaan. Hati akan berterusan tenang dan lapang.

20. Jodoh. Jodoh adalah perkara masa hadapan yang tak perlu kita fikir hari-hari sehingga depress sehingga jadi anxiety. Jika ada yang ingin berkenalan, berkenalanlah dan berkawanlah dengannya. Ingat. Jodoh tetap harus kita pilih walaupun kita telah berusia kerana ianya adalah teman hayat kita yang mencorak destinasi hari tua dan hari akhirat kita. Ingat, anda sudah 40 tahun. Tiada apa perlu disegerakan hal jodoh kerana tujuan utama orang berkahwin mahu mempunyai zuriat tetapi bila dah berusia 40 ni, bab rezeki dapat zuriat tu dah sangat samar-samar. Jadi, bila bab jodoh, hendaklah pertama sekali fikirkan kebahagian hidup bersama pasangan tu nanti. Jika dapat rezeki kahwin dan jika ada rezeki anak, maka bersyukurlah dan jalanilah kehidupan fasa perkahwinan dengan baik, okay 👌

Semoga hidup anda dilimpahkan ketenangan dan bahagia 🤲🌸🥰

Ulasan

Catatan Popular