Jom Makan Tembikai

ILMU KESIHATAN. Artikel 312.
"Hai panasnya cuaca....mai pekena TEMBIKAI & JUS BUAH TEMBIKAI dgn doc."

Ahad cuti...apa lagi doc lari dr klinik pi kebun. Kesian kebun doc tertinggal sbb doc pi mkn angin. Banyak pokok KO...kekeringan. Pokok buah tembikai pun kering kontang....terpaksa le pi cari buah tembikai di market je...supaya nak cover up supaya isteri ingat doc ambil kat kebun....hihihihi....

La ni Msia panas terik nu. Kerap doc dan anda dahaga & kering rengkong. Camana klu kita pekena AIR JUS BUAH TEMBIKAI.....rasa meleleh air liur bila dengak...sbb memang kita amat dahaga akan cubaan Allah ketika ni.

Buah Tembikai(Citrullus Lanatus) atau Timun Cina. Kulit nya tebal licin & isi yg berair & manis. 

Ni doc bgi sikit info: Khasiat & Kelebihan Buah Tembikai:

1. Mencegah penyakit asma.
Kandungan vitamin C dlm buah tembikai adalah salah satu nutrien yg dapat MENCEGAH penyakit asma . Klu masa kena attack Asma...stop mkn tembikai...badan lagi sejuk; asma lagi teruk.

2. Mengawal tekanan darah drp kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah. Ia kaya dgn lycopene yg bantu melindungi kita dr penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser krn tembikai
kaya dgn vitamin C & kandungan antioksidan. Tembikai bantu memerangi pembentukan radikal bebas yg menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene dapat merendahkan kanser prostat pd lelaki.

4. Membantu Penghadaman.
Kandungan air & gentian dlm tembikai dapat membantu mencegah sembelit & mudahkan anda berak.

5. Penghidratan.
Mengandungi 92% air &  elektrolit penting.

6. Mengatasi masalah keradangan.
Choline dlm tembikai membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik.

7. Mengurangkan kesakitan Otot  dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dlm atlet krn asid amino L-citrulline yg ada dlm tembikai tu.

8. Tembikai  baik utk kulit anda krn ia ada vitamin A,  utk pengeluaran sebum dalam mengekalkan kulit & rambut sehat & lembap.  Vitamin C dlmnya utk pembinaan  kolagen untk menyediakan struktur kulit & rambut jadi gebu dan awet muda....hihihi .

9. MELINDUNGI MATA drpt infeksi sbb tembikai ada vitaman A yg tinggi.

10. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Tembikai kaya dengan kalium. Ia penting merendahkan tekanan darah. Kalium juga halang kolesterol jahat drp melekat & menyempitkan pembuluh darah arteri.

11. Ia MENGANDUNGI ASID FOLIK
yg diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.

12. RENDAH KALORI
Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air , menjadikan anda mudah kenyang. Doc sarankan berdiet je dgn tembikai pun boleh loss weight. 

13. MENGURANGKAN TITIK HITAM PD WAJAH anda.
Kulit buah tembikai mampu mengurangkan titik3 hitam pd wajah. Caranya dgn mencampurkan kulit tembikai kering & dijadikan serbuk, timun serta daun lidah buaya dan dijadikan sebagai masker....org tua2 dah cuba..sbb tu tok doc kulitnya gebu putiiiiiih....boleh le cuba ye!!

Doc baru beli tembikai besarnya. Mai le share...isinya manis, air banyak manis meleciehnya. Nikmat Allah untuk musim panas ni untk kita sbgai hamba2nya.... sedaaap alhamdulillah.

Ada soalan; insyallah doc jawapkan.

Drp. Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang
04-6444181.

Ulasan

Catatan Popular