Khutbah Jumaat Hari Ini - 29 Mac 2024 - Memburu Lailatul Qadar


*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*

🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌
📆 *TARIKH : 18 RAMADHAN 1445H/ 29 MAC 2024*

📜 *_TAJUK: MEMBURU LAILATUL QADAR_*

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Qadar Ayat 1 - 5 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada Malam Lailatul-Qadar,"
"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?"
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan."
"Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);"
"Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

👉1️⃣-   Bertaqwa kepada Allah SWT.

👉2️⃣-   Sudah hampir 3 minggu umat Islam berada dalam bulan Ramadan, Apakah kita yakin puasa yang telah kita laksanakan diterima Allah? Atau kita masih lagi berpuasa dengan keadaan hanya sekadar lapar & dahaga semata-mata?

👉3️⃣-  Hanya diri kita sendiri yang dapat menilai ibadah puasa yang telah kita laksanakan. Ke semua itu bukanlah pengakhiran yang menggembirakan dalam bulan Ramadan melainkan jika kita berjaya memperolehi suatu malam yang sangat diburu oleh orang-orang yang beriman iaitu malam Lailatul Qadar. 

👉4️⃣-  Allah SWT telah memberi anugerah yang sangat istimewa kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana umat terdahulu. Umat nabi-nabi yang terdahulu memiliki umur yang panjang sehingga beratus-ratus tahun, lalu mereka menggunakan tempoh umur tersebut untuk mengumpul pahala ibadah mereka.

👉5️⃣- Jika seseorang daripada umat ini dapat menghabiskan malam tersebut dengan melakukan amal ibadah, maka seolah-olah dia telah memperoleh kelebihan amal ibadah lebih 1000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun. Tidak ada di dalam agama kita ini amal ibadah yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan kelebihan yang sedemikian besar, Inilah hadiah yang perlu dihargai oleh kita semua umat zaman ini. Sangat besar rahmat & kasih sayang Allah terhadap umat nabi Muhammad SAW.

👉6️⃣-  Rasullulah SAW mengajak kita supaya mencari Lailatul Qadr ini pada malam-malam  yang ganjil dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Maka apakah persediaan yang boleh kita lakukan? - Pertama : Kita perlu berusaha melipat gandakan amal ibadah pada sepuluh malam terakhir. Di riwayatkan bahawa Rasullulah SAW menjadi seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan amal ibadah berbanding hari-hari & bulan-bulan sebelumnya. Hal ini sebagaimana diriwayatkan daripada Aisyah RA yang bermaksud : “ Adalah Rasullulah SAW berusaha bersungguh-sungguh (ibadah) pada sepuluh akhir (Ramadhan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain “(Hadis Riwayat Imam Muslim)

👉7️⃣- Adalah menjadi sesuatu yang amat malang apabila kita lebih banyak menumpukan soal kemeriahan menyambut Syawal sehingga meninggalkan detik-detik akhir dalam bulan Ramadan. Sewajarnya pada sepuluh malam  terakhir Ramadan, masjid-masjid & surau lebih meriah dengan kunjungan orang, bukan menjadi semakin sepi & jemaahnya makin berkurangan.

👉8️⃣-  Kedua : Allah SWT sengaja merahsiakan waktu sebenar berlakunya Lailatul Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada kita untuk berusaha mencarinya & menggandakan usaha pada setiap masa. Rasullulah SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa tidak wajar jika malam Al-Qadr ini dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA  yang bermaksud : Adapun Rasullulah SAW apabila tiba 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan, Baginda mengikat kainnya (menahan diri daripada isteri-isterinya), menghidupkan malam tersebut & membangunkan ahli keluarga baginda “. (hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

👉9️⃣- Ketiga : Bagi meraih keutamaan malam Al-Qadr, Rasullulah SAW menganjurkan umatnya untuk memperbanyakkan bacaan doa Lailatul Qadr di sepanjang waktu siang & malam. Doa ini diajarkan oleh Nabi SAW kepada isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah RA. Saidatina Aisyah pernah bertanya : “ Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam Al-Qadr maka apa yang sepatutnya aku ucapkan “? Maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Ya Allah, sesungguhnya dikau maha pengampun lagi maha  memberi keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku “. (hadis Riwayat Imam Tirmizi)

🔟👉- Kesimpulan, Mimbar mengajak sekalian yang hadir untuk mensyukuri nikmat anugerah Lailatul Qadr yang diberikan oleh Allah SWT. Dan mengambil peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan sebaiknya pada sepuluh malam terakhir Ramadan.  

Waallahua’lam.

Ulasan

Catatan Popular