Kurma Butter 🧈 Viral
Kurma Butter Viral..
Kurma yang dibuang biji kemudian diletakkan butter ditengahnya. Menu yang nampaknya VIRAL menjelang Ramadan kali ni...
Untuk lebih sedap boleh letak Almond, Pistachios ataupun kekacang...
Ianya merupakan makanan sunnah..
Menurut sumber dari Maktabah Al-Bakri, tamar (kurma kering) dan mentega memang kegemaran Rasulullah SAW!
Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.”
(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Untuk Kesihatan, Kalori bagi sebiji kurma + butter yang dimakan:
1 biji kurma = 20 kalori
1 sudu besar butter = 100 kalori
Jumlah = 120 kalori
(Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah)
Ianya hampir sama dengan 1 senduk nasi...
Jom Dapatkan Kurma Ajwa Aliyah Madinah dari Aliyah Food, buah2nya lebih besar 👇👇
https://shope.ee/7zp1E5RfG8
https://shope.ee/7zp1E5RfG8
Sumber :https://ecentral.my/kurma-butter-viral
📷 Nurulain Alaui/ Emma Wan Noordin/ Muhammad Hassan/Elynn Nordin/ Fatimah Saari/Maktabah Al Bakri/ Safawanie Shahril/ As Nia Asnia/Nor Ali/ Zalya Zahari/ Farah Zabidi/ Ame Elms
Kurma ni dari semlm viral , aku pun x tahu kenapa ????
1. Kurma Kosong sunnah Rasulallah 3 biji masa buka puasa . وأما ما ورد عن أَنَسٍ رضي الله عنه أنه قال: "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ أَنْ يُفْطِرَ عَلَى ثَلَاثِ
2. Kenapa kita mkn kurma masa buka puasa , sebb kurma subhanallah Ada natural gula , natural gula dlm illmu nutrition adalah ( Macros karbohidrat ) Dan karbohidrat adalah sumber tenaga , so Bila kita puasa 12-14 jam mesti tenaga Kuranag sikit , untuk kita Sambung ibadat2 dan urusan Hidup perlu tenaga , sebbtu Kurma contoh Sihat dan baik sebagai sumber Tenaga.
3. Viral ( kurma butter ) sihat ke x ?
Kurma butter ni tidak Sihat , sebb 1 biji kurma Kosong ( 30-60 kalori ) kurma butter 1 biji ( 100-120 kalori ) 1 biji je , Klu 3-5 biji dah 500 kalori lebih , mesti Klu mkn 5 biji kurma butter x kenyang langsung dan x Sihat , sebb khasiat butter , Lemak tinggi , ( Saturated fat) , so lagi baik kita Bertukar pada benda yg Sihat , contoh hidangan Sihat dlm 500-600 Kalori:
- ( ayam bakar 200g + sayur rebus + nasi basmathi 200g )
- ( ikan bakar 150g-200g + sayur rebus + nasi basmathi 200g )
- ( ayam bakar 200g + roti wrap )
- ( sup ayam 200g + kenyang atau carrot 80g + nasi basmathi 200g). Logic mana yg lagi kenyang , 5 kurma butter atau pilihan makanan yg saya sediakan .
4. Zaman rasulallah sunnah atau rasulallah suka mkn kurma dgn zabad ( زبد)، butter atau zabad (dlm bahasa arab) , butter zaman dulu x sama butter zaman skrng , butter masa skrng , bercampur dgn benda yg tidak Sihat dan tidak berkhasiat.. so jgn samakan.
5. Last but not least , saya harap semua focus pada Amalkan Gaya Hidup Sihat , obesity kat malaysia makin naik , walapun anda mkn benda yg tidak Sihat , cuba bersenam kat gym , rumah , jln kaki , Jgn mkn2 sini situ , cari bazar2 yg viral , leps2 duduk je , x aktif langsung, leps2 eshhhh kenapa berat naik walapun aku puasa ??? Mesti lah tengok gaya hidup masa bulan puasa , isi2 makanan,,,, kawan2 tolong jaga kesihatan diri , tolong jaga nafsu … terima kasih , dan Ramadan Kareem, moga allah SWT makbul ibadat2 kita , bulan puasa ni kita focus pada ibadat jgn focus pada Makanan 🫡
Ulasan
Catat Ulasan