Suara Jiwa Di Aidilfitri
SUARA JIWA DI AIDILFITRI
Dalam perantuan usia ini
Fajar dan senja
Beraneka warna merona hidup
Berjuta badai dan gelora
Menerjah perjalanan masa
Duka nestapa silih berganti
Riang ria hanya sesekali
Dalam perjalanan usia ini
Pertiwiku sentiasa dilukai jiwanya
Dicarik-robek percaturan kuasa
Insan yang beraja di hati
Bersultan di mata
Saban purnama
Sepanjang musim
Entah bila rentinya
Dalam pengisian usia ini
Pemburuan dan penantian
Sentiasa bergerak tanpa noktah
Pengorbanan dan pejuangan
Adalah kesementaraan yang dimestikan
Sebelum aku dipanggil pulang
Ke alam perhitungan Illahi
Antara dosa dan pahala
Antara neraka dan syurga
Di alam kekal lagi abadi
Baju by @tuanbytengkukery
Bag by @lanbaharin
Pants by @cgocotton
3 Syawal 1445
Salam Jumaat
#raya2024 #shrmzb
Ulasan
Catat Ulasan