Teks/Skrip Majlis Nikah & Sanding - Ruziana & Adzmi

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERNIKAHAN RUZIANA RUZLAN & MUHAMAD ADZMI BIN YASNON
TEMPAT : VILLAKU ON EIGHT JB
27 JULY 2024

PENGERUSI MAJLIS : MOHD ADI BIN IDRIS
Assalamualaikum w.b.t

Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Lembaran sejarah kini di buka.

Dari Kluang singgah di Perhentian,
Membawa Tepak ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Bismillah…..

Mengumumkan ketibaan rombongan Pengantin perempuan, Ruziana Binti Ruzlan bersama ahli keluarga. Di persilakan. 
Mengintai laksamana dibalik tirai,
Berdandan indah dibalik cermin, 
Pengantin Perempuan Langkah Gemalai,
Melangkah anggun menuju pelamin.

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pengantin lelaki segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih………………………….
di persilakan Pengantin Lelaki MUHAMAD ADZMI BIN YASNON ke ruang akad nikah yang telah disediakan.

Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Yang berbahgia Puan Hajah Saripah Hamid dan Puan Zurainah Hamid, ibu kepada pengantin perempuan, yang di kasihi Puan Hajah Salaton Binti Bini ibu kepada pengantin lelaki, yang di hormati ahli keluarga kedua – dua mempelai, saudara-mara,  teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang di Rahmati Allah sekalian.

Saya, Mohd Adi Idris, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke : Majlis Raikan Cinta Pernikahan RUZIANA BINTI RUZLAN & MUHAMAD ADZMI BIN YASNON
Tanpa membuang masa, di jemput Tuan Kadi kita TUAN MUHAMAD AFIQ ke ruang utama.

Dengan ini saya menyerahkan majlis kepada TUAN MUHAMMAD AFIQ selaku JURU NIKAH pada majlis pagi ini untuk memulakan upacara akad nikah diantara RUZIANA BINTI RUZLAN & MUHAMAD ADZMI BIN YASNON di persilakan….

***majlis di kendalikan oleh tuan kadi****
ALHAMDULILAH dengan sekali lafaz temetrailah ikatan dua hati diantara RUZIANA BINTI RUZLAN & MUHAMAD ADZMI BIN YASNON

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

*******Majlis Sarung Cincin********
Dengan ini saya mempersilakan Pengantin Lelaki untuk ke singgahsana utama bagi acara seterusnya. Acara Membatalkan Air Sembahyang

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Alhamdulilah, setelah sempurna segala adat dengan ini saya mempersilakan Tuan Zaini untuk membacakan doa bagi memberkati pasangan mempelai kita yang baru sahaja selamat di ijab kabulkan sebentar tadi & Para hadirin diminta untuk berdiri & bersama – sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di persilakan…

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput kedua-dua mempelai untuk sesi salam restu, mohon agar singgahsana yang dibina kekal sampai ke jannah. Semoga ikatan yang lahir dari restu bonda tercinta membawa seribu rahmat dalam melayari kehidupan selapas ini. Dipersilakan…

Sesi bergambar bersama penganti
Di jemput ahli keluarga pihak lelaki untuk bersama-sama bergambar kenangan
Di jemput ahli keluarga pengantin perempuan untuk bersama-sama bergambar di pelamin.

**********MAJLIS BEREHAT SEBENTAR******

**********Pengantin Salin Baju*************
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SANDING

KETIBAAN PASANGAN MEMPELAI

Panas kering siapakan tahu,
Hujan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Samalah cantik samalah padan.

Sama cantik sama padan,
Sama tampan sama jelita,
Sama muda tampak sepadan,
Ibarat pinang dibelah dua.

Bagai Adam dengan Hawa,
Bagai Uda dan Dara,
Bagai Rama dengan Sita,
Bagai Laila dengan Majnunnya.

Bunga disanggul seri wajahnya,
Wajah pula umpama ratu,
Penuh adab kami terima,
Dua jiwa dapat bersatu

Kini tibalah masanya,  Pasangan Pengantin  RUZIANA BINTI RUZLAN & MUHAMAD ADZMI BIN YASNON Melangkah Ke Mahligai Kasih dengan di iringi bacaan selawat. Diminta semua para tetamu sekalian untuk sama sama berdiri dan berselawat ke atas junjungan besar kita. 

Tanam serai berumpun-rumpun,
Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun,
Itulah dia si raja sehari

MEMPELAI BERADA DI PELAMIN
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara ,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Di malam hari terang senegeri,
Memberi cahaya di tengah balai,
Majlis indah bertambah seri,
Untuk meraikan kedua mempelai.

Yang berbahgia Puan Hajah Saripah Hamid dan Puan Zurainah Hamid, ibu kepada pengantin perempuan, yang di kasihi Puan Hajah Salaton Binti Bini ibu kepada pengantin lelaki, yang di hormati ahli keluarga kedua – dua mempelai, saudara-mara,  teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang di Rahmati Allah sekalian.

Majlis Terlebih Dahulu Mengucapkan Selamat Datang Kepada Para hadirin sekelian diatas kesudian memeriahkan Majlis Persandingan  RUZIANA BINTI RUZLAN & MUHAMAD ADZMI BIN YASNON.

Sekali lagi majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

DOA

Di mulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,
Di mohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Di ucapkan puji-pujian, kepada Allah dengan sebenar-benarnya puji,
Di iringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.
Dengan Itu , Majlis Mempersilakan EN zaini untuk Memimpin Bacaan Doa. Majlis Dengan Segala Hormatnya dipersilakan.

AMIN AMIN YA RABBIL ALAMIN.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Zaini diatas bacaan doa itu tadi. Semoga jodoh yang telah diatur oleh Allah ini, berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mawar merah harum mewangi,
Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringi,
Baik berpakat suami isteri

*****************MAKAN BERADAB*********
Tuan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa berjumpa puteri kayangan
Juadah enak telah terhidang
Kini masa menjamu hidangan

Para hadirin yang dimuliakan
Majlis diteruskan dengan majlis makan beradab, 

Dengan itu ,majlis mempersilakan pasangan mempelai untuk turun dari mahligai kasih ke meja makan beradab yang telah disediakan.
Dengan sukacitanya depersilakan.

Para hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan yang di sediakan oleh pihak Sharifah Catering di persilakan.

**BACA MENU**

Semerbak harum bunga seroja,
Dibelai oleh dara pingitan,
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan

MAJLIS MEMOTONG KEK

Hadirin Sekalian ,
Majlis Mempersilakan Pasangan Pengantin Untuk Memyempurnakan Upacara Memotong Kek.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan .
Bagi Memberikan Seribu Kenangan Manis Kepada Pasangan Pengantin.

Majlis Mempersilakan Pengantin Lelaki Menyuap Kek kepada Pengantin Perempuan.

Sesungguhnya Manusia Itu Sememangnya Memerlukan Kepada Cinta. Kerana Cinta Itu, Menjadikan Hidup Manusia Lebih Bermakna, Bahagia Dan Sempurna Apatah Lagi Melalui Ikatan Perkahwinan Yang Dituntut Agama.

Tiup Serunai Di Atas Kota
Uda Memupuk Bunga Melati
Mula Kenal Kemudian Bercinta
Cinta Tersemai Di Dalam Hati

Tiada Untaian Kata Yang Mampu Di Lafazkan Selain Ungkapan Rasa Syukur Dan Ucapan Terima Kasih Yang Tulus Ikhlas Daripada Raja Sehari Dan Ahli Keluarga Buat Semua, Atas Kesudian Hadir Dan Memeriahkan Majlis Kita Pada Hari Yang Penuh Keberkatan Ini.
PRA PENUTUP

Anak Cina mengail patin,
Mengail patin di tepi titi,
Senyuman terukir pasangan pengantin,
Tanda gembira penuh di hati.

Tanam laguna tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah sempurna segala adat.

Pergi kedusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

CLOSING
Hadirin hadirat yang saya muliakan,
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan,
Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Buat RUZIANA & ADZMI
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sama beringat pesan dan nasihat,
Pesan org tua membawa berkat.

Saya bagi pihak tuan rumah, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan Ruziana & Adzmi

Saya, bagi pihak majlis turut memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kepincangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.

Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah bersusun jari sepuluh
Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA.
SEKIAN TERIMA KASIH, ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ulasan

Catatan Popular