Definisi Raya Bg Setiap Generasi


Macam mana setiap generasi sambut raya, rupa-rupanya memang tak sama! 

Kalau diperhatikan betul-betul, cara orang sambut raya memang banyak dipengaruhi oleh generasi mereka membesar.

1. Silent Generation (1928–1945)  selalunya melihat raya sebagai hari yang penuh adab, kesederhanaan, dan nilai kekeluargaan. 

Bagi mereka, raya tidak perlu terlalu mewah untuk terasa bermakna. Rumah yang kemas, juadah tradisional, anak cucu pulang berkumpul, dan suasana bermaaf-maafan sudah cukup memberi rasa penuh di hati.
.

2. Baby Boomers (1946–1964) pula sangat kuat semangat rayanya. 

Golongan ini biasanya antara yang paling awal fikir langsir, kuih, menu pagi raya, duit raya, baju anak cucu, dan susun atur rumah. 

Pada mereka, raya mesti terasa hidup. Mesti meriah. Mesti ada orang datang, makan makan besar. 
.

3. Masuk pula kepada Generasi X (1965–1980), sambutan raya mereka biasanya lebih praktikal. 

Mereka masih pegang tradisi, masih utamakan keluarga, tetapi dalam masa sama lebih berpijak pada realiti. 

Mereka tahu raya juga datang bersama kos, penat, tanggungjawab, dan komitmen. Jadi mereka lebih cenderung memilih raya yang kemas, selesa, dan tidak terlalu membebankan.
.

4. Bagi Millennials atau Generasi Y (1981–1996), raya sering hadir dengan dua rasa sekali gus. 

Mereka suka suasana raya yang cantik, rumah yang cozy, gambar keluarga yang cantik ambil di studio, dan momen yang manis. 

Tetapi dalam diam, merekalah yang sedang kira bajet, cuti, perjalanan, komitmen anak, dan pelbagai kos yang datang serentak.
.

5. Generasi Z (1997–2012) pula membesar dalam dunia yang sangat visual, laju, dan digital. 

Raya juga tentang outfit, tema warna, gambar keluarga, video, dan memori yang dirakam untuk disimpan atau dikongsi. 

Itu bukan bermakna mereka kurang menghargai raya. Itu cuma cara generasi mereka meraikan dan mengekspresikan kenangan.
.
6 , Generasi Alpha (2013–2024) 

Mereka belum fikir soal bajet, komitmen, atau penat membuat persiapan. Dunia raya mereka lebih ringkas. 

Baju baru, kuih sedap, duit raya, main dengan sepupu, dan rasa teruja tunggu tetamu datang. Pada mereka, raya memang hari untuk gembira sepenuhnya.
.

Sebab itu kadang-kadang kita rasa cara mak ayah beraya tak sama dengan cara anak-anak beraya hari ini. 

Apa yang penting, jangan sampai perbezaan cara sambut raya ini buat kita saling menghakimi. Yang lebih tua jangan cepat anggap anak muda sudah hilang nilai. 

Yang muda pula jangan cepat rasa generasi lama terlalu cerewet atau terlalu mahu ikut cara dahulu. Kadang-kadang, semua orang cuma sedang cuba mencipta raya yang paling bermakna berdasarkan dunia yang mereka kenal.

#PublicHealthMalaysia #HariRayaAidilfitri #KesihatanMasyarakat #KeluargaMalaysia

Ulasan

Catatan Popular