48 Dalil Kekalahan PH di Johor
Aku pilih title ni sebab 48 tu ialah jumlah kerusi yang dimenangi BN dalam PRN Johor, dan 'dalil' tu, kalau siapa pernah baca '50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM', maknanya a) dia dah mengikuti politik negara sejak Reformasi b) dia dah tua.
Aku bahagikan kepada empat segmen, dan setiap segmen ada 12 point.
Segmen A: Anwar Ibrahim
1. Merendah-rendahkan Onn Hafiz
Sun Tzu dalam buku The Art of War pernah berkata, "know yourself, and know your enemy, and you will win a thousand battle".
Memanggil Onn Hafiz sebagai 'budak', 'kurang cerdik' dan menjadikan Menteri Besar Johor itu sebagai 'targetman' adalah taktik yang bangang.
2. "Menang atau kalah di Johor, saya tetap PM."
Dan pengundi 'took it literally'. Anwar tetap PM, tetapi terpaksa 'eat your own words'.
3. Cakap sombong, terpekik terlolong.
Di negeri-negeri lain, ceramah gaya begini mungkin menarik perhatian. Tapi Johor tak begitu. Orang Johor jenis non-chalant, tak suka sembang kencang.
4. Mengutuk kerajaan negeri, sekaligus tersentuh istana.
Apabila nak mengkritik pentadbiran negeri, haruslah berhati-hati bila di Johor. Sebab kat Johor ni, istana ada influence yang besar.
5. Turun ceramah berkali-kali, tak percaya kepada ketua pengarah pilihan raya.
Cuba tengok zaman Mahathir, atau Pak Lah, atau Najib. Patutnya Perdana Menteri tak payah nak turun setiap masa. Serahkan pada timbalan presiden.
Tapi itulah, Timbalan Presiden buat apa entah.
6. Janji-janji lama yang masih tidak tertunai.
Bukan apa, rakyat ingat apa yang dijanjikan sebelum berkuasa.
7. Awak tu Perdana Menteri, bukan Ketua Pembangkang lagi.
Cuba relax sikit bila jadi Perdana Menteri tu. Cuba tengok macam mana Mahathir, Pak Lah, atau Najib jadi Perdana Menteri. Takyahlah turun kempen sangat.
8. "Saya lebih selesa dengan DAP sebab mereka berintegriti".
Kau cakap macam ni dekat depan Melayu memang Melayu palau kau la. Learn to read the room.
9. Cerita pasal Erdogan tawarkan jadi Setiausaha Agung PBB.
Kau sembang benda gini depan orang Johor, lagilah orang Johor rasa meluat. Orang Johor ni kalau nak sembang power, kau kena buktikan yang kau memang power.
TMJ misalnya, dia janji nak bawak Snoop Dogg, dia bawa Snoop Dogg. Dia janji nak jadikan JDT pasukan tak terkalah, ha betul jadi macam tu.
Kalau ada bukti yang memang Erdogan kata macam tu, tunjukkan. Kalau tak, sembang je.
10. Perangai kaki ungkit, nampak macam Federal tak respect negeri.
Bila Anwar claim yang JS-SEZ tu projek Federal dan meremehkan usaha kerajaan negeri, orang Johor nampak perangai dia ni 'kerek'. Ye lah memang la projek Federal tapi tanpa penglibatan kerajaan negeri, tak jadi projek tu.
11. Ucapan Hari Peneroka FELDA
Walaupun ucapan itu dibuat di Pahang, tapi orang Johor dengor ucapan tu. Dan dengor dia kena boo. Dengan orang FELDA ni kau janganlah sentuh benda macam tu. Tu yang PH kena tapau teruk kat kawasan FELDA tu.
12. Najib, Najib, Najib
First of all, siapa yang bagi strategi gunakan slogan 'Undi BN, Najib Bebas' ni? Dah tahu PRN Johor ni nak pilih kerajaan negeri, dan Anwar sendiri ahli dalam Lembaga Pengampunan tu, takkan tak tau yang MB Johor tak boleh bebaskan Najib?
Kalau boleh, hari tu Onn dah roger suruh lepaskan Najib. Siapalah nasihatkan strategi dia ni? Meh aku ketuk kepala dia.
Segmen B: Strategi Politik
13. Mengharapkan pengundi Cina semata-mata.
Kau dah tahu pengundi Cina ni minoriti. Demokrasi ni game of numbers. Kau harapkan undi minoriti tanpa jaga hati majoriti, kalah lah.
14. Meletakkan Maszlee Malik sebagai 'figure'.
Bila kau letak Maszlee, dia sebenarnya ada masalah 'foot in the mouth'. Mulut lebih laju daripada otak. Contohnya cakap pasal bina McD kat pengundi yang sedang marah masa PRU15 dulu, lepas tu klip video dia cakap pasal 'apam basah' tu berlegar kat group Whatsapp kat Johor ni.
15. Melantik cytro yang bebal abadi.
Melantik macai dan ceplos yang bebal, yang tak reti nak spin propaganda macam Edy Noor Ridhuan adalah punca kenapa orang Melayu benci dengan PH. Kadang-kadang ada orang yang sengaja undi selain PH sebab nak tengok ceplos ni 'eat their own words'.
16. Expect turnout tinggi, boleh menang.
Kau ingat dengan turnout tinggi, kau expect semua akan undi kau ke?
17. Ceplos yang terperangkap dalam propaganda sendiri.
Bila orang macam Edy Nor Riduan ni bercakap dengan yakinnya bahawa PH akan menang banyak kerusi di Johor, ceplos-ceplos lain pun bersorak di ruang komen. Tak ada canvassing, tak ada data, tak ada research. Terperangkap dalam bubble sendiri.
18. Claim yang kemajuan negeri-negeri Selangor dan Pulau Pinang sebagai 'kejayaan PH'.
Semua orang tahu yang PR/PH hanya memerintah Selangor dan Pulau Pinang pada tahun 2008. Dua negeri tu dah lama maju masa zaman BN dulu. Dari zaman Tun Razak lagi.
19. Salahkan SPR tarikh pilihan raya.
Dah ketua PH jadi Perdana Menteri, asal kau tak tanya je Anwar? SPR ni bawah Jabatan Perdana Menteri.
20. Meletakkan Amanah sampai 20 kerusi.
Kau dah tahu antara tiga parti dalam PH ni, Amanah paling lemah, yang kau letak dia paling ramai calon dah kenapa?
21. Serang TMJ dan istana.
Menghina dan mencerca TMJ untuk pilihan raya di Johor ni silap besar lah. Orang kampung jadi menyampah dengan ceplos PH pasal ni lah.
22. "Naga kepala tiga"
Dalam live podcast The Tiger Show, ketua Pengarah Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata yang PH ni bergerak sendirian antara parti dan tak ada kesatuan macam Barisan Nasional. Dia kata PH ni macam "naga kepala tiga".
Mau taknya, Amanah ni bekas PAS, parti Islamis. PKR pulak Anwarist, apa je Anwar cakap dia sokong. DAP pula sekularist. Macam mana la PH ni nak function dengan sempurna? Tak ada unity dalam ideologi.
23. Kempen yang tak berkesan
Orang Johor nak tahu apa yang kau nak buat kalau kau jadi kerajaan, bukan kerja nak kecam orang je.
24. Najib, Najib, Najib
Aku ulang topik ni dua kali sebab aku rasa perlu untuk cakap ni sekali lagi. Sebab orang Johor tak kisah pun pasal Najib ni. Nazif anak Najib tu saja je decoy PH supaya dorang terus cakap pasal Najib sedangkan BN bercakap tentang pelan Maju Johor pada rakyat Johor.
Segmen C: Faktor Politik Semasa
25. PAS
Apabila Hadi Awang berkata kepada penyokong PAS di Johor untuk undi BN, PH main sentimen Islamofobia untuk tarik pengundi Cina. Padahal kat Johor ni Cina sini pun panggil diri dia Bangsa Johor. Main sentimen gitu memang orang Cina pun menyampah.
26. Rafizi
Walaupun Bersama semuanya hilang deposit, tetapi sebagai parti yang baru sebulan umurnya, sebenarnya dah banyak damage dia dah buat. Contohnya telah menafikan PH di Perling dan Johor Jaya.
27. Akmal Saleh
Walaupun DAP tak suka Akmal Saleh, tapi orang Melayu suka Akmal Saleh.
28. Kegagalan PH uruskan 'culture war'
Politik era populisme ialah 'identity politics'. Kegagalan PH menguruskan persepsi bahawa Melayu PH sebagai 'macai DAP' menyebabkan mereka ruyup dalam pilihan raya ini.
29. DAP
Kena faham yang dah bertahun-tahun dah didoktrin bahawa DAP ini musuh orang Melayu. DAP ini adalah serpihan dari PAP yang nak lenyapkan kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di negara ini. DAP sebenarnya toksik untuk orang Melayu.
30. Kegagalan menguruskan isu Marina Ibrahim dengan elok.
Orang nampak cara DAP layan Marina teruk. Sebab tu ramai bersimpati dengan dia.
31. Nga Kor Ming: "kalau BN menang, saya letak jawatan." Haah, pucuk dicita ulam mendatang. Memang dah lama orang Melayu nak taji dia. Sebab tu ramai Melayu sanggup redah jem berjam-jam sebab nak tengok dia letak jawatan.
32. PH asyik nak sembang isu nasional, isu lokal tak reti
33. PH pilih calon yang tak berapa pandai nak bercakap.
34. PN sebenarnya 'secret friend' PH, sebab kuatnya PN bermakna lemahnya BN. Lemahnya PN bermakna kuatlah BN.
35. Masuk gelanggang tak bersedia.
Yang ni Amirudin Shari dengan Khalid Samad pun mengaku benda ni.
36. Manifesto Ctrl C+Ctrl V
KJ cakap benda ni, tapi korang panggil dia ular la, apa la. Memang betul pun apa dia cakap tu.
Segmen D: Ekonomi dan Faktor Lain
37. Harga minyak melambung gila. Orang ingat janji PH dulu kalau menang harga minyak turun.
38. Kau kurangkan Budi Madani. Subsidi kau tarik, lepas tu kau kurangkan lagi, lagi menyampahlah orang.
39. Peniaga Cina menyampah e-Invois.
40. Reformasi yang tak resonate dengan majoriti pengundi Genzi.
Genzi ni lahir dari 1997-2012. Mereka langsung tak ingat peristiwa Reformasi.
41. Pemimpin PH yang 'cringe'
Pemimpin macam Mahfuz Omar dan Fahmi Fadzil yang sibuk buat 'six-seven' dengan 'scuba' ni dilihat 'cringe' oleh Genzi. Woi, 'six-seven' dengan 'scuba' ni trend Gen Alpha, bukan Genzi.
42. Caprice
Bila Caprice datang masuk kampung cakap Melayu pelat orang puteh, kau rasa? Bodo gila siapa punya idea la hire Caprice ni jadi influencer PH?
43. Masih sandarkan pada kenangan kepada era 2008-2018
Pakatan ni ingat mereka masih berada di era kegemilangan mereka. Sebenarnya sejak 2022 undi mereka dah merosot. Mereka jadi kerajaan sebab undi Melayu pecah dua je. Rujuk balik point 34.
44. Kantoi gantung banner Bebas Najib.
Dah la kantoi tu setpol Nga Kor Ming yang buat, lepas tu buat black ops masa siang. Tak pakai mask, tak pakai hoodie hitam. Lepas tu buat kat tengah-tengah simpang kat Yong Peng tu. Memang padan kena belasah teruk kat Yong Peng.
45. Calon orang tak kenal
Letak calon payung terjun, orang langsung tak kenal siapa.
46. Prestasi menteri-menteri PH yang gagal di mata rakyat.
47. Isu penternakan babi yang sampai Sultan Selangor murka. Bila kurang ajar dengan Sultan, orang Johor rasa ini adalah pantang larang. Rujuk point 21.
48. Kegagalan PH urus krisis Negeri Sembilan. Walaupun bukan di Johor, tapi Nismilan ni jiran Johor. Datuk Undang Yang Empat tu adalah sama taraf dengan raja. Bila PH bersikap biadab dengan Datuk Undang, kita di Johor ni nampaklah PH ni parti yang macam mana.
Jadi, itulah dia 48 dalil kenapa PH kalah di Johor. Aku harap bila PH nak buat post-mortem nanti, tolonglah hadam point-point ni dengan elok.
Bila kau letak orang-orang kanan kau semuanya kaki bodek, jadi macam ni lah. Sebab asal ada orang kritik je, kau buang. Jadilah pembonsaian dalam parti tu sendiri.


Ulasan
Catat Ulasan