kenapa MALAYSIA merdeka 31 Ogos 1957?

KENAPA MALAYA MERDEKA PADA
5 SAFAR 1377?

Ramai yang menyangka tarikh 31 Ogos 1957 itu dipilih secara rawak atau sekadar suka-suka untuk genapkan hujung bulan.

Sebenarnya tidak. 

Di sebalik tarikh keramat penubuhan negara kita, 

ada satu kerja pengiraan yang sangat teliti, berstruktur, dan dipenuhi strategi peringkat tinggi. 

Ia adalah hasil kebijaksanaan seorang maestro Ilmu Falak (astronomi Islam) dan tokoh ulama tersohor: 

Syeikh Abdullah Fahim.
Nenda kepada PM5, 
Allahyarham Tun Abdullah Badawi.

Bila Tunku Abdul Rahman dan pimpinan tertinggi UMNO pergi bertemu beliau di Kepala Batas untuk meminta pandangan, 

beliau tidak memberikan tarikh secara sembarangan. 

Beliau membentangkan satu logik matematik dan kosmik yang sangat luar biasa.

Nak tahu lagi lanjut?
Ayuh kita roll camera, action, zass!
.

#Chapter1

Kod Matematik 162,898 Hari & Kitaran Kosmik

Syeikh Abdullah Fahim melihat sejarah bukan sekadar rentetan peristiwa, 
tetapi sebuah kitaran. 

Beliau menjejaki kembali titik hitam kejatuhan kedaulatan Melayu, 

iaitu hari kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada 22 Ogos 1511.

Bila ditukar ke dalam sistem Julian Day Number (sistem kiraan hari berterusan yang digunakan oleh pakar astronomi), 

jarak dari hari kejatuhan Melaka (1511) sehinggalah ke tarikh Merdeka (1957) adalah tepat 162,898 hari.
.

#Chapter2

Kenapa angka ini sangat kritikal?

Pada 22 Ogos 1511 (27 Jamadil Awwal 917 AH), kedudukan bulan berada dalam fasa tua (waning moon). 

Cahayanya kian malap, 
simbolik kepada sebuah empayar yang sedang karam ke dalam kegelapan.

Syeikh Abdullah Fahim mengira kitaran lunar ini ke hadapan merentasi 5,517 bulan Hijrah. 

Tepat pada hari ke-162,898;
iaitu bersamaan 5 Safar 1377 AH (31 Ogos 1957);

kedudukan bulan kembali reset ke fasa bulan sabit muda (waxing crescent).

Ini adalah satu metafora astronomi yang sangat luar biasa: 

sebuah permulaan baru, 
di mana fasa kegelapan selama 446 tahun berakhir, 

dan sebuah negara baru lahir untuk kembali berkembang dan bersinar.
.

#Chapter3

Rahsia Huruf Abjad : "Am Khir Atana"

Sebagai seorang ulama besar yang mendapat pendidikan tinggi di Mekah, Syeikh Abdullah Fahim mahir dalam Sistem Abjad;

satu metodologi klasik di mana setiap huruf Arab membawa nilai numerikal yang spesifik.

Apabila beliau menganalisis nilai matematik untuk tahun Hijrah 1377 AH (iaitu tahun 1957 Masihi), 

kombinasi angka tersebut membentuk satu frasa Arab yang sangat indah: 

"Am Khir Atana" yang membawa maksud "Tahun Kebaikan Telah Datang Kepada Kita."

Bagi beliau, 
ini bukan sekadar kebetulan. 

Ini adalah satu petanda spiritual dan struktur masa yang sangat kukuh bahawa tahun tersebut 

adalah waktu terbaik untuk memulakan sebuah kedaulatan baru yang berpanjangan.
.

#Chapter4

Ultimatum 5 Tahun & Kepentingan "Strategic Timing"

Syeikh Abdullah Fahim sangat tegas dengan pengiraan data beliau. 

Malah, beliau memberikan satu amaran strategi (ultimatum) yang sangat keras kepada Tunku Abdul Rahman.

Beliau menyatakan, 
jika pihak British enggan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, 

maka para pemimpin tempatan dilarang sama sekali untuk menerima sebarang tarikh kompromi pada tahun 1958, 1959, atau 1960. 

Beliau juga melarang sebarang gerakan rampasan kuasa yang terburu-buru.
.

#Chapter5

Kenapa? 

Kerana mengikut pengiraan Ilmu Falak beliau, 

jika peluang emas pada tahun 1957 itu terlepas, 

penjajaran kosmik dan struktur kestabilan makro yang sama hanya akan berulang 5 tahun kemudian;

iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962. 

Jika dipaksa juga merdeka di luar tingkap masa (window of opportunity) ini, 

dikhawatirkan struktur negara baru itu nanti akan rapuh dan tidak stabil.
.

#ChapterNgelast

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah sejarah ini?

Kemerdekaan kita tidak dibina atas faktor nasib semata-mata.

Ia dirancang dengan ilmu, data, dan strategi yang sangat mendalam.

Ingatlah, sejak zaman keagungan Kesultanan Melaka,

Negara kita ialah bangsa trading global yang sudah pun makmur, gagah, dan hebat.

Inilah janji pemimpin generasi lama yang dijajah British;

bahawasanya di atas keruntuhan Kota Melaka, kita pasti akan bina semula tamadun yang lebih hebat dan lebih makmur.

Semoga Malaysia terus maju dan makmur sehingga menjadi High Income Nation menjelang akhir 2027,
70 tahun setelah merdeka.

Akhir kalam, Dirgahayu Malaysia! 
Majulah tanah tumpah darahku.

Semoga ilmu ini bermanfaat.

Until Then, Happy Holiday❗️

Ulasan

Catatan Popular