Bendera Pink & Jodoh


Kibar bendera pink untuk cari jodoh

Kejayaan kempen bendera putih dilihat menjadi inspirasi kepada segelintir individu di media sosial yang melancarkan kempen mengibar bendera berwarna pink untuk mencari jodoh.

Tidak jelas siapa yang memulakan idea tersebut namun seorang pengguna laman Facebook bernama Fazlin Razali menjadi antara individu terawal berkongsi hantaran mengenai kempen tersebut semalam.

“Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih ‘single’ atau belum berkahwin naikkan bendera pink di kediaman jika memerlukan jodoh segera.

“Tidak perlu merayu atau malu. Hanya kibarkan kain pink semoga yang ada membantu,” ujar kapsyen hantaran gambar tersebut.

Hantaran kempen kibar bendera merah jambu ini dikongsi lebih 2,600 kali sejak dimuat naik semalam.
Kempen tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial dan ramai menganggap ia sekadar gurauan.

Netizen 1 kata : “Kepada yang sudah berkahwin jangan gatal-gatal naikkan bendera warna ini. Silap-silap nuklear yang datang ke rumah anda,” 

Netizen 2 kata : “Tidak payah hendak merepek. Orang fikirkan hendak meneruskan hidup. Perkara sebegini usaha dijadikan perkara lawak,” 

Netizen 3 kata : “Ini jalan penyelesaian. Takkan mahu tunggu jodoh jatuh dari langit melekat dekat atas bumbung rumah awak pula,”

Netizen 4 kata : “Nampak kelakar.Tapi ada sebilangan manusia yang kita tak tahu dia ambil serius. Kalau boleh janganlah timbulkan situasi kibar bendera untuk perkara sebegini. Kita fokus bantu mereka yang terputus bekalan makanan,” 

Kibar bendera merah jambu untuk cari jodoh

Ulasan

Catatan Popular