Sabtu, 30 Mei 2015

Adyva pergi menonton Teater Muzikal Dato' Onn!


Kerana berani untuk memperjuangkan nasib Melayu daripada terus dijajah, nama Dato' Onn Jaafar terus bersemi di hati dan jiwa bangsa.
Meski sekian lama jasadnya dimakan bumi, bagi bangsa Melayu, Dato' Onn tidak pernah mati sebaliknya terus hidup kerana semangat dan perjuangannya.
Semangat perjuangan tokoh itu dikupas kembali dalam teater Muzikal Dato' Onn arahan Dean Manas yang dipentaskan di Dewan Mawar JB baru-baru ini.
Pementasan dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor, SUK Kerajaan Negeri Johor & Yayasan Pelajaran Johor.
Teater muzikal ini menyingkap susur galur perjuangan kalangan pemimpin Melayu apabila mereka se-ring menjadi mangsa penjajah dan penindasan kuasa Inggeris, Jepun dan komunis.
Dari zaman-zaman penuh tragis itulah lahirnya seorang pemimpin yang telah menyebarkan ideologi perjuangannya bahawa sesuatu bangsa perlu merdeka di negara sendiri.
Dalam teater muzikal ini, orang-orang Melayu di zaman sebelum merdeka digambarkan sebagai bangsa yang mudah dipermain-mainkan. Bagaimanapun Dato' Onn telah membuatkan orang Melayu bersatu dengan matlamat dan tujuan yang sama iaitu kemerdekaan.
Teater lakonan  EMBUN JB sebagai Dato' Onn sebagai wira bangsa pemimpin keluarga.
Sifat penyayang tokoh itu digambarkan apabila dia sanggup mengahwini adik iparnya sendiri setelah adiknya, Mohamad meninggal dunia.
Dengan persetujuan keluarga, Halimah dikahwininya kerana Dato' Onn tidak rela keluarganya dipisah-pisahkan sehingga berlaku perpecahan di antara mereka.
Benarlah kata pepatah, di belakang kejayaan seorang lelaki berdiri megah seorang wanita yang menjadi tulang belakang yang mendorong semangatnya.
Plot teater ini berkembang kepada pendirian Dato' Onn yang semakin berani dan lantang menyebarkan pengaruh dan bangkit menentang penjajah setelah berkahwin dengan Halimah.
Teater tersebut mengingatkan yang kita pernah dijajah dan dipecah belahkan oleh kuasa asing sehingga menjadi serpihan kecil yang bertaburan, tersingkir dan terhina oleh kemunduran dan kejahilan.
Keupayaan pelakon yang menyanyi dan menari banyak membantu teater yang di arahkan oleh Saudara Dean Manas.


 Watak Dato' Onn di galas hebat oleh EMBUN JB
terbaik lakonan anda!
saya mengikuti perkembangan kerjaya anda sejak 2009/2010
congrats u ols!

Bukti tiket Adyva!

Produksi Art and Film for Youth Community yang terdiri daripada golongan belia dan mahasiswa bakal mengadakan satu pementasan yang mengangkat riwayat hidup seorang tokoh Negarawan sebagai medan utama iaitu ONN JAAFAR.
Teater Onn Jaafar sebuah Muzikal edisi jelajah bakal menelusuri perjuangan yang dijuangkan oleh Allahyarham Dato' Sir Onn bin Jaafar. Mari kita kembali mempelajari sejarah seperti yang disarankan oleh Tun Mahathir Bapa Pemodenan kita dengan kaedah yang lebih ringan serta mudah diterima oleh generasi Y.
Ayuh sokong usaha mulia oleh generasi Y ini sebagai sumbangan sesama kita kepada Masyarakat dengan memperingati kembali pahit getir sebelum terciptanya Malaysia yang sekarang.


Adyva bergambar dengan PENGARAH Teater Muzikal nie
Saudara DEAN MANAS dan Prof Dr Bustam Kamri

tahniah di atas persembahan yang sangat menarik!!!

Jom kita saksikan sedikit gambar2 yg sempat Adyva snap2 sepanjang pementasan!





Jumaat, 1 Mei 2015

::TIP's PUTUS CINTA buat kawan2 Adyva:


Hati kita akan terguris pedih apabila bertemu dengan insan yang tidak mengenali erti kasih sayang yang murni & sejati. Kepedihan itu pasti akan terus tercalar sekiranya insan yang kita sayang berlaku curang di belakang kita. Apa yang boleh kita lakukan? Kita harus menerimanya segalanya dengan hati terbuka & segala yang tercetus ada hikmah di sebaliknya.

Meskipun kepiluan menerjah diri, kita harus redha & jangan tertekan. Ingat kepada-Nya & memang sukar untuk melupakan sidia yang pernah bertakhta di hati kita. Tapi jika kita yakin dengan langkah kita, ketenagan akan menghampiri & kebahagiaan pasti menjadi hak milik kekal di sanubari.

Bila cinta dikhianati, kita jangan terus menyerah kalah & kuatkan semangat untuk mengharungi liku – liku kehidupan ini. Sekali kecewa, tidak semestinya kita akan kecewa selama – lamanya. Insya'allah jika kita cekal & tabah kita akan mendapat jawapan pasti dimana yang baik & buruk.

Kekecewaan selalu menghampiri diri manusia tidak kiralah gagal dalam percintaan,kehidupan atau apa sekalipun yang penting seseorang itu harus tahu menjaga dirinya & tidak terlalu taksub dengan faktor keadaan.

Kalau putus cinta anggap sahaja sudah tiada jodoh, begitulah juga sebaliknya. Kita harus memikirkan masa depan kita & jangan dek kerana perkara sebegini, kita serik dan terus tertekan. Segala masalah ada jalan penyelesaian. Jika kita bijak, kita akan dapat keputusan muktamad. Berdoalah untuk kebaikkan,jangan dilupakan-Nya kerana Dia yang menentukan segalanya & Dia tahu yang terbaik untuk diri kita. Berfikirlah dengan akal yang waras, jiwa yang tenang & fikiran yang terbuka. Hukum karma itu berlaku..
Yang lebih baik pasti sedang menanti anda.

PALING PENTING JANGAN JADI HAMBA CINTA!!