Jumaat, 24 Julai 2015

Jom kita Hayati Bacaan DOA QUNUT~


DOA QUNUT DAN DAN HAYATI MAKSUDNYA.

Bismillahhirrahmannirahim
Allah humah dini fiman hadait
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa'a fini fiman 'afait
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
.Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan

Wabarikli fimaa a'tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Waqinii Syarrama qadhait
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan

Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Walaa ya'izzuman 'adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu

Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

...AMIN...

Isnin, 20 Julai 2015

4 Syawal 1436H - Mahar Cinta Syawal



MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir


Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!



Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

Ahad, 19 Julai 2015

3 Syawal 1436H ~ Takut dan Harap di Aidilfitri


TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan


Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan


Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!


Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap

Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!



Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!

Sabtu, 18 Julai 2015

2 Syawal 1436H ~ Berilah Kemaafan Itu


BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah


Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur


Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia



Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

Jumaat, 17 Julai 2015

Selamat Hari Raya 1436H

Assalamualaikum~
Selamat Pagi 1 Syawal 1436 H

Alhamdulilah, dengan berkat dan rahmatNYA
maka dapatlah kita meraikan PAGI SYAWAL dengan indah dan bahagia~
semoga kedatangan syawal kali ini memberikan seribu rahmat buat kita semua!

dengan ini Adyva menyusun 10 jari penuh ke khilafan sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata, tersengaja atau tidak sengaja mohon kemaafan kpd kalian semua!

raya nnt jemput dtg kerumah!

sekali lagi SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN


IKHLAS DI HARI RAYA

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua


Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…


Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran


Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina


Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!


Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd

Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa

Khamis, 16 Julai 2015

Rintihan Doa DI Akhir Ramadan


RINTIHAN DOA DI AKHIR RAMADAN

Ya Allah ya Tuhan kami, malam ini adalah malam terakhir buat kami mendirikan solat tarawih, malam terakhir kami bangun untuk bersahur dan esok mungkin Maghrib terakhir kami berbuka. Usia kami, tertulis di sisi-Mu bila-bila akan habis, sedang kami masih leka menguliti dunia tanpa ada noktahnya.

Ya Allah, semoga kami sudah mampu merasai nikmat manisnya iman di bulan Ramadan, menikmatinya manis ibadah di bulan Ramadan, mensyukuri segala anugerah di bulan Ramadan. Semoga kami sudah makin mudah bangun di tengah malam walau sekadar mendirikan tahajjud dua rakaat, sudah semakin mesra membaca al-Quran dan mentadabbur segala isinya, sudah semakin ghairah bersedekah walau sedikit tanpa lelah, sudah kian asyik beribadah hanya kerana-Mu wahai Allah.

Ya Allah, panjangkanlah usia kami agar dapat lagi kami menjadi tetamu Ramadan pada tahun-tahun akan datang, dan sekaligus meraih gandaan pahala yang telah Engkau janjikan.

Ya Allah, andai kami tersalah, maafkanlah kami. Sesungguhnya, pada hari raya Idulfitri ini nanti, kami lahir menjadi manusia yang bersih, suci seperti seorang anak yang masih bayi.

Perkenankanlah ya Allah, segala rintihan dan harapan kami ini.

Amin ya Rabbal A'lamin...


"SELAMAT TINGGAL RAMADAN, SEHINGGA BERJUMPA LAGI.."


Muhasabah Ramadan


MUHASABAH RAMADAN

Hari Raya Hari Kemenangan
Hari Kesyukuran Dilimpahi Kemuliaan
Di Lipatan Seni Mehnah
Ada Maksud Murni Yang Lebih Hakiki


Pada Nafsu Yang Dilentur Lapar Dahaga
Pada fikiran Disinar Wahyu dan Sabda
Pada Hati Bersih Di Solat Tarawih
Apakah Semuanya Telah Dimiliki


Puasa Mengajar Erti Ketabahan
Menghadap Ujian Berlandaskan Iman
Puasa Perisai Yang Sangat Maknawi
Penyinkap Hijab Antara Hamba Dengan Illahi


Puasa Sempurna Menahan Rohani dan Rasa
Puasa Sederhana Menahan Indera dan Juga Anggota
Puasa Biasa Hanya Melawan Lapar dan Dahaga
Lalu Di Manakah Puasa Kita

Adakah Masih Di Tahap Lama

Lalu Muhasabah Di Hujung Ramadhan
Sudahkah Terbangun Jiwa Teguh Dankukuh
Atau Kolam Jiwa Masih Tercemar Keruh
Bersembilu Dosa Duri Angkara



Ketika Bertahmid
Bertakbir
Bertasbih
Terasakah Ita Hamba Illahi
Yang Hanya Mampu Mengukir Tadbir
Sedangkan Padanya Segala Takdir

Rabu, 15 Julai 2015

Jemputan Open House Raya MB Johor!!!


RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MB
Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin serta keluarga akan mengadakan

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
Pada HARI RAYA PERTAMA
bertempat di KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR, DI SAUJANA, JOHOR BAHRU.

Majlis diadakan mulai jam 10.30 pagi
hingga 3.30 petang.

Semua dijemput hadir.



Selasa, 14 Julai 2015

Bubur Nasi Versi Adyva


Salam u ols....
semangat die lain mcm dah nak dekat2 raya ni ha....
kemainnnn kan!
pepagi masuk opis update BLOG dulu!

semalam selain mengidam nak makan jemput-jemput kelapa, Adyva teringin sangat nak makan
BUBUR NASI....
ada setengah org ckp tu makanan org SAKIT~
ada aku kesah??
hahaha
dah kita ni teringin sangat kan!
apa lagi~ masak laaaaaaaa....

ok jom usha RESEPI senang ringkas campak2 je :

RESEPI BUBUR NASI

Bahan-bahan :
  • 1 cawan beras
  • 7 cawan air
  • secubit garam


Cara-caranya :
  • basuh beras sehingga bersih
  • masukkan air dan garam secukupnya
  • tanak dlm rice cooker.....cuma kena jaga airnya shj...agak2 la...
RESEPI IKAN BILIS TAMBAN GORENG CAMPAK-CAMPAK

Bahan-bahan :

  • Ikan Bilis Tamban (ikot sukahati byk mana)
  • 1 biji bawang besar (di mayang)
  • 1 tangai lada merah (di mayang)
  • 1 tangkai lada hijau(di mayang)
  • 5 biji Cili Padi (di ketuk)
  • Sos Tiram
  • Kicap Jalen Lemak Manis

Cara-Caranya :
  • Goreng ikan bilis tamban sehingga garing - angkat dan tos kan
  • tumis bawang + lada merah/hijau + cili padi sehingga naik bau
  • masukkan sedikit sos tiram dan kicap jalen lemak manis
  • masukkan ikan bilis tamban, gaul sehingga sebati dan boleh di hidangkan!
** Adyva suka makan dengan resepi di atas bersama Kacang Tanah Goreng & Bawang Goreng dan semestinya KICAP KIPAS UDANG penambat rasa!!

SELAMAT MENCUBA!!



Jemput-Jemput Kelapa Cecah Sambal Tumis


Salam u ols....
hari nie mcm mengidam jemput-jemput kelapa tau!
so apalagi~ balik je keja trus pegi kedai cari kelapa parut!

ya ampun 3 kedai xde kelapa parut!
kedai terakhir naseb baik ada!
gegeh ke tidak????

ada sesapa nak resepi??
mudah je ni...

JEMPUT-JEMPUT KELAPA

Bahan-Bahannya :

  • ·         1 1/2 cawan parutan kelapa putih
  • ·         1 cawan tepung gandum
  • ·         Garam secukup rasa
  • ·         3/4 cawan air (atau secukupnya)


Cara-caranya : 

  • ·         Bancuh semua bahan diatas kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Rehatkan sebentar.

  • ·         Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemput adunan tadi dengan hujung jari anda yang dicelup sedikit dalam air, kemudian berhati2 jatuh kan adunan ke dalam minyak panas, buat 8 - 10 jemput2, ikut saiz kuali anda.

  • ·         Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak atas paper towel. Habiskan baki adunan. Boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos kegemaran anda.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-Bahannya :

  • Segenggam Ikan Bilis yg telah di kopek
  • 150g cili boh (Jenama MAZ)
  • 3 biji saiz sederhana bawang merah (di tumbuk)
  • 1 biji bawang besar (di hiris)
  • 3 biji bawang putih (di tumbuk)
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya : 

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  • Tuang jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga pekat. Masukkan ikan tadi dan gaul rata. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cucur kelapa.

SELAMAT MENCUBA!!!

Isnin, 13 Julai 2015

Songsangkah Pemikiran Begini????




SONGSANGKAH PEMIKIRAN BEGINI

Terasa pelek tabiat sebahagian kita orang Melayu.Kerana raya,hati begitu pemurah,awal lagi dah sedia duit raya utk sedekah kpd anak buah siap berenvelop,sedia kuih raya untuk tetamu beraneka,hamper raya,buat open house raya dsbnya.Hakikatnya yg disuruh oleh nabi supaya banyak bersedekah dibulan ramadan,memberi makan orang berpuasa dsbnya.Tetapi nabi tak menganjurkan beri duit raya,buat kuih raya.......kerana masa tu sudah berada di bulan syawal yg ganjaran pahalanya sudah berkurang berbanding ramadan.

Kenapa memilih yg tidak dianjur sunnah,kenapa memilih yg sedikit ganjarannya.Sementara ramadan masih ada,banyakkanlah bersedekah,memberi makan orang berpuasa.Jika ada peruntukan duit raya,apa kata berikan di ramadan kpd anak yatim dan miskin masa ramadan ini..Peruntukan kuih raya,apa kata tukarkan kpd makanan utk sedekah orang berbuka.Jika dah beri sedekah,dah beri makan orang berpuasa,kita ada lagi duit,buatlah apa yg kita suka buat utk raya.Yg terbaliknya sedekah dan beri makan orang berpuasa tak laksana atau buat sikit tetapi bila nak raya buat banyak.Lagipun raya kita cuma sehari,setelah itu berpuasa lagi enam hari.Tidak ada istilah raya kedua,ketiga,keempat dan seterusnya.Beraya 30 hari itu sunnah orang Melayu yg membunuh sunat puasa 6 hari bulan Syawal yg menjd sunnah nabi yg patut diikuti.Janganlah budaya mengatasi sunnah.

petikan dr FB : ABD GHANI HARON

Ahad, 12 Julai 2015

Iftar @ SELESA HOTEL JOHOR BAHRU~


Salam semua....
hari nie my BOS Pn Rahimah mengajak Adyva, Dyana & Muzaffar untuk sama2 berbuka di SELESA HOTEL JOHOR BAHRU~

tq Puan!


inilah gambar groufie kami~
mmg meriah!
dan makanan pon sedap!
ni tahun ke 3 ke 4 kami berbuka di Selesa Hotel ni tau!
makanan pon sedap2 belaka!
mmg x rugi kalau anda semua ke sini!
kalau x sempat cuba dtg tahun depan ya!

jom usha menu2 yg meletop kat selesa hotel nie u ols!!





ok bye!
selamat berpuasa semua!

Sabtu, 11 Julai 2015

ENGKAU



ENGKAU

Engkau... ada di tiap detikku
Membayangiku selalu
Fikirkanku

Engkau... buat hati jadi beku
Memaksaku untuk selalu
Merindu...

Apakah kau merasakan aku?
Aku memendam cinta padamu
Engkau mengalahkan segalanya...
Segala-galanya...

Aku tak tahu apa lebihmu
Tapi cinta ini membiusku...
Engkau lebih dari segalanya
Ku mahu cintamu..

Engkau... ada di tiap detikku
Membayangiku selalu
Fikirkanku..
Apakah kau merasakan aku?
Aku memendam cinta padamu
Engkau mengalahkan segalanya...
Segala-galanya...

Aku tak tahu apa lebihmu
Tapi cinta ini membiusku...
Engkau lebih dari segalanya
Ku mahu cintamu..

Cinta ini meyakini aku
Bahwa memang ada cinta yang sejati
Ini bukan sebuah mimpi
Tapi ini perasaan dari hati

Apakah kau merasakan aku?
Aku memendam cinta padamu
Engkau mengalahkan segalanya...
Segala-galanya...

Aku tak tahu apa lebihmu
Tapi cinta ini membiusku...
Engkau lebih dari segalanya

Ku mahu cintamu.. Ku mahu cinta...

Jumaat, 10 Julai 2015

LAUH MAHFUZ



APA ITU " LAUH MAHFUZ"....?
acapkali kita pernah mendengar perkataan ini namun apa
Pengertian yang sebenarnya .

Lauh Mahfuzh (Arab: لَوْحٍ مَحْفُوظٍ) adalah kitab tempat Allah menuliskan segala seluruh skenario/ catatan kejadian di alam semesta. Lauh Mahfuzh disebut di dalam Al-Qur'an sebanyak 13 kali diantaranya adalah dalam surah Az-Zukhruf 43: 4, Qaf 50: 4, An-Naml 27: 75 dan lainnya.
Sebutan lain dari Lauh Mahfuzh
Nama lain dari Lauh Mahfuzh berdasarkan Al-Qur'an adalah sebagai berikut:
Induk Kitab (أم الكتاب, Ummu al-Kitab),
Kitab yang Terpelihara (كِتَابٍ مَّكْنُونٍ , Kitabbim Maknuun).

..pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh),...(Al-Waaqi'ah, 56:78)
Kitab yang Nyata (كِتَابٍ مُّبِينٍ , Kitabbim Mubiin).

Tiada sesuatu pun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (An Naml, 27:75)

GAMBARAN LAUH MAHFUZ:

Menurut syariat Islam, Allah telah mencatat segala kejadian-kejadian di dalam Lauh Mahfuzh, dari permulaan zaman sampai akhir zaman. Baik berupa kisah nabi dan rasul, azab yang menimpa suatu kaum, pengetahuan tentang wahyu para nabi dan rasul, tentang penciptaan alam semesta dan lain-lain. Sekalipun jika kita tidak melihat segala sesuatu, semua itu ada dalam Lauh Mahfuzh.
Menurut Tafsir Qurtubi, semua takdir makhluk Allah telah ditulis-Nya di Luh Mahfuz, bisa saja dihapus/ diubah oleh Allah atau Allah menetapkan sesuai dengan kehendak-Nya. Kemudian yang dapat mengubah takdir yang tertulis dalam Lauh Mahfuz itu hanya doa dan perbuatan baik/ usaha. Nabi Muhammad bersabda: "Tiada yang bisa mengubah takdir selain doa dan tiada yang bisa memanjangkan umur kecuali perbuatan baik"
Lauh Mahfuzh akan kekal selamanya karena ia termasuk makhluk yang abadi, selain Lauh Mahfuzh makhluk abadi ada 'Arsy, surga, neraka dan lain-lain.

PARA JIN DAN SYAITAN MENCURI BERITA :

Allah telah menjadikan Lauh Mahfuzh ini sebagai tempat untuk menyimpan segala rahsia dilangit dan di bumi. Jin dari golongan syaitan akan berusaha untuk mencuri segala rahsia yang tertulis di dalamnya untuk menipu manusia. Disamping itu, mereka juga memiliki tujuan untuk memainkan aqidah manusia. Sebab itu Allah melarang manusia untuk mengetahui ramalan nasib, karena peramal itu dibantu oleh jin dan jin itu akan membisikkan hasil curian itu kedalam hati peramal. Jika ada syaitan yang berusaha mencuri berita, maka malaikat penjaga Luh Mahfuzh akan melemparkan bintang ke arah pencuri berita tersebut, pelemparan ini yang kadang-kadang kita lihat dengan adanya bintang jatuh atau meteor.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya), dan Kami menjaganya dari tiap-tiap syaitan yang terkutuk, kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang. (Al Hijr 16 - 18)

Tidak banyak diketahui tentang Lauh Mahfuz dan para ulama jarang menghujahkannya dengan detail, keran ia adalah urusan alam ghaib/ rahsia Allah. Dalam Al-Quran pun, Luh Mahfuz di sebut secara sepintas saja, tanpa penjelasan lebih lanjut. Sebagai contohnya dalam satu peristiwa yang amat bersejarah, ahli tafsir menyatakan Luh Mahfuz disebut berkaitan dengan Nuzul Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) secara sekaligus yang terjadi dalam bulan Ramadhan.

Tulisan pertama di Lauh Mahfuz
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Ketika Allah menciptakan qolam, kemudian lauh, Allah memerintahkan qolam untuk mendatangi lauh.
Allah berfirman kepada qolam, “Wahai qolam”.
Qolam menjawab, “Aku sambut panggilan-Mu dan aku siap menerima perintah-Mu Ya Robbi”
Allah memberi perintah, “Tulislah pertama kali Bismillaahir rohmaanir rohiimi”.
Ketika qolam menulis “ba” keluarlah darinya cahaya yang menyinari segala sesuatu di malakut dari mulai ‘arsy sampai bumi. Bertanyalah qolam, “Ya Robbi ! Apakah “ba” ini ?”
Allah menjawab, “Ba ini adalah bariun liummati Muhammadin (pembebas untuk umat Muhammad)”
Allah memerintahkan pula qolam menulis “sin”.
Ketika qolam menulisnya, keluarlah dari lekukan-lekukannya beberapa cahaya. Cahaya yang satu memancar ke ‘arsy, yang satu ke kursi dan yang satu ke surga. Ketika qolam melihat ketiga cahaya ini, ia bertanya, “Ilahi, Apakah cahaya-cahaya ini ?”
Allah menjawab, “Ini adalah cahaya umat Muhammad ‘alahissolatu wassalam. Adapun cahaya yang memancar ke ‘arsy adalah cahaya al-sabiqin, cahaya yang memancar ke kursi adalah cahaya al-muqtasidin dan cahaya yang memancar ke surga adalah cahaya al-‘asin dan az-zolimin di antara mereka”.
Allah memerintahkan pula Qolam menulis “mim”.
Ketika qolam menulisnya, keluarlah darinya cahaya yang lebih terang dan lebih bersinar dari cahaya “ba” dan “sin” sehingga menyinari segala se-suatu dari ‘arsy sampai bumi. Terdiamlah qolam dalam ketakjuban seribu tahun. Setelah itu bertanyalah qolam, “Ya Robbi, Apakah cahaya ini ?”
Allah menjawab, ”Ini adalah Nur Muhammad ‘alaihissolatu wassalam. Dia adalah kekasih-Ku, pilihan-Ku dan rosul-Ku. Ini Sayyid seluruh nabi dan rosul. Dan tidak Aku ciptakan segala sesuatu, kecuali karenanya”.
Ketika Qolam mendengarnya maka berkeinginanlah untuk menyampaikan salam pada Nur Muhammad ‘alahissolatu wassalamu, kemudian meminta idzin melakukannya. Kemudian berkatalah qolam, “Assalamu ‘alaika (salam bagimu) wahai Rosulalloh – wahai Habiballoh dan wahai Nurolloh.
Allah berfirman, “Wahai qolam ! engkau telah menyampaikan salam kepada kekasih dan rosul-Ku padahal ia saat ini tidak ada, sedangkan apabila ia hadir pastilah ia akan menjawab salammu, karena itu Aku jawab padamu karenanya. Bagimu salam dari-Ku wahai qolam.
Allah memerintahkan qolam menulis Allah Ar-Rohman Ar-Rohim. Bertanyalah qolam, “Ya Robbi, Apakah nama-nama ini bagi-Mu ?”
Allah Yang Maha Tinggi menjawab, “Aku – Allah – untuk as-sabiqin, Aku – Ar-Rohman – untuk al-muqtasidin dan Aku – Ar-Rohim – untuk al-‘asin dan az-zolimin”.
Dalam sebagian keterangan disebutkan bahwa As-Sabiqin adalah orang yang kebaikannya amat banyak – jauh melebihi keburukannya. Al-Muqtasidin adalah orang yang kebaikan dan keburukannya berbanding. Al-‘Asin adalah orang yang keburukannya jauh melebihi kebaikan yang dilakukan.

ALLAHUALLAM BISSAWAB

( CAHAYA HIDAYAH ILAHI )

Doa Untuk Kawan2 di Jumaat Terakhir Ramadan 1434H

Doa utk kawan kawan di Jumaat terakhir ramadhan tahun ini,
Semoga kita bertemu lagi Ramadhan tahun depan
اِ نْ شَآ ءَ اللّه
1. Ya Allah jika disaat ini, ada kwn ku yg sakit, sembuhkan lah dia. آمِيّنْ
2. Ya Allah jika disaat ini ada kwan ku yg bermasaalah, beri lah jln keluar utk dia. آمِيّنْ
3. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. آمِيّنْ
4. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikan lah mereka. آمِيّنْ
5. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia. آمِيّنْ
6. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kpd dia. آمِيّنْ
7. Ya Allah jika di saat ini ada kwn ku yg bersedih hati. kembalikan lah kecerian diwajahnya. آمِيّنْ
8. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg berada dipersimpangan jalan yg berliku, tunjukkan lah jalan yg diredai oleh Mu.

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Khamis, 9 Julai 2015

alkesah....ISU DUIT RAYA~ Pucuk pangkal hati, tepuk poket tebal ke nipis....

salam Khamis u ols....
tetibe semangat pagi2 ni dok update BLOG~
isu duit raya~ mcm x lengkap plak raya tanpa duit raya!

TAPI.......................
"Is RM1.00 too little an amount to put in a Duit Raya packet these days?"
Someone asked me earlier.
Sometimes I'm left to wonder, why do you even ask. Are you so afraid of denting your reputation, that people will label you as a cheapskate? Kedekut? Kena jaga imej?
Some people pulak, though they don't make much, tapi nak "leave an impression" punye pasal, sanggup bagi beyond their means, and put in more than they can afford, sampai rumah anak bini punye expenses pun sangkut sebulan.

Then, in a heated argument, husband-wife pun boleh gaduh and mengungkit "Eh please, you ingat Duit Raya semua tu sapa yang put aside?? Duit saya tau!" Is it even worth it to cause such tensions.
Duit Raya is not meant to menyusahkan kita as pemberi. Don't go overboard in the name of 'jaga imej', and risk compromising on what's meant to be a joyous occasion.
And to those receiving, why judge a person based on how much he puts in a green packet? He's not obligated to give in the first place. He gives because he wants to, because he can, NOT because he must. His zakat fitrah is a must. Giving duit raya to you isn't. Besides, you don't know his commitments and expenses, or what he's saving up for. Tak payahlah buruk sangka.
"He'elleh. Singgit je!"
Just those words alone may land you your first dosa on Aidilfitri morning.
So...
"Is RM1.00 too little an amount to put in a Duit Raya packet these days?"
No. It isn't. And it never will be.

Because as long as it's ikhlas, it suffices.

Those of you who weigh how much's in the packet with the current economy, how much you think the giver makes a month, and what you can possibly do (or can't do) with that amount, you are just plain judgmental and ungrateful. Best you give it back, and let him give it to someone else who'll receive it with two hands extended in gratitude, and the words "Alhamdulillah" and "Terima Kasih" coming out from their mouths.



PETIKAN dari FB : JOE NAJIB

Rabu, 8 Julai 2015

MENATAP DALAM MIMPI



Menatap Dalam Mimpi

Aku masih memelukmu kemas
Aku masih mendengarmu jelas
Mata ini melihatmu
Hati ini merasakan
Namun semua hanyalah ilusi


Jangan sedarkan aku
Biar ku anggap kau ada
Meski hanya mimpi
Kerna ku tak sanggup hidup
Tanpamu kekasih


Andai mataku ini masih
Rindu menatap dia
Kembalikanlah
Dirinya di dalam mimpi-mimpi
Hadirkannya biar sekelipan mata


Sayang meski kau telah jauh
Hilang dari pandanganku hilang
Wajah paling kurindukan
Tetap kekal di hatiku
Walau kita tak lagi bersama


Jangan sedarkan aku
Biar ku anggap kau ada
Meski hanya mimpi
Kerna ku tak sanggup hidup
Tanpamu kekasih


Andai mataku ini masih
Rindu menatap dia
Kembalikanlah
Dirinya di dalam mimpi-mimpi
Hadirkannya biar sekelipan
Mataku yang telah dilenakan
Mendekatkan kita...


Jangan sedarkan aku
Biar ku anggap kau ada
Meski hanya mimpi
Kerna ku tak sanggup hidup
Tanpamu kekasih


Andai mataku ini masih
Rindu menatap dia
Kembalikanlah
Dirinya di dalam mimpi-mimpi

Hadirkannya biar sekelipan mata

Selasa, 7 Julai 2015

BELAJAR PERCUMA!!!! call me NOW!!!

Salam u ols...
salam 20 Ramadan 1436H~

pepagi nie SEMANGAT nak update blog yg dah bersarang!!!
ok xmau banyak ckp!!kurang pahala puasa!
gittewwwww...

nie ha....ada x sesapa nak BELAJAR PERCUMA dalam bidang PASTRY~
belajar selama 6 bulan (3bln di Suria College + 3bln Practikal)
tajaan UPEN - Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor

plz call me 013-7382737



Isnin, 6 Julai 2015

::Ritma Rasa::

sebuah luahan hati Adyva malam 20 Ramadan 1436H....
tipulah kalau tidak terasa~

terimalah......sajak ringkas!


::RITMA RASA::

Bila bersebelahan 
disanjung dipuja segalanya kita....
Tika berenggang kala sepelaung cuma 
terus di buang tanpa sedikit sisa 
waktu bersebelahan....

Benar bagai dijangka,

Kalau itu permintaan 
biarkan saja ianya berulang-ulang...
Lelah juga menjaganya...
Lelah juga menyapanya...
Lelah juga menghadapinya...
Masihkah bersisa?
Biarkan waktu berputar
Memberi jawapan pengakhiran
Agar semua puas
Puas sepuas alam
Biar tenang nafsu mereka
Jika kita tiada Di sepelaung sana
Mungkin tiada khabar berita...

Biarlah lara
Jangan mara
Biarkan amarah
Kala dikata
Mereka berkata
Sesuka rasa
Agar gembira

**Malam 20 Ramadan 1436H