Isnin, 27 Mei 2013

Matlamat Sebenar Gagasan 1 Malaysia ~

TAJUK ARTIKEL: ‘APAKAH WARNA 1 MALAYSIA?’ bermaksud Apakah Matlamat Sebenar Gagasan 1 Malaysia?

·                     Y.A.Bhg.Tun Dr.Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri menzahirkan pendapat bahawa walaupun  sudah lebih daripada 1 tahun Gagasan 1 Malaysia diumumkan, orang ramai masih  kurang  memahami matlamat sebenar  Gagasan 1 Malaysia.
·                      YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri turut mengakui kenyataan Dr.Mahathir malah mengesa agensi-agensi kerajaan meningkatkan kempen penerangan mengenai Gagasan 1 Malaysia. 
·                     Sebelum itu, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak juga pernah menyarankan agensi-agensi media mempertingkatkan penjelasan mengenai 1 Malaysia. 

     Hakikat Gagasan 1Malaysia
  1. Gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yang mampu membantu mengukuhkan perpaduan nasional . Nilai-nilai ‘inclusive’ diterapkan dalam masyarakat Malaysia dalam membina sebuahnation-state atau sebuah negara Malaysia. 
  2. Gagasan 1 Malaysia menganjurkan buday hidup  bahawa walaupun agama, budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia berbeza-beza, mereka  perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif  “Malaysian”. 
  3. Gagasan 1 Malaysia menekankan  pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara. 
Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum. Setiap anggota dalam masyarakat  berbilang kaum perlu menganggap dirinya sebagai seorang  ahli dalam satu  keluarga besar ‘keluarga Malaysia’. 
    Persoalan:
Persoalannya, ada yang beranggapan bahawa Gagasan 1 Malaysia memberi hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum dan mendakwa kaum Melayu,Cina ,India dan kaum lain setaraf dari segi Perlembagaan. Sekiranya 1 Malaysia melaungkan perinsip semua kaum adalah sama rata dan penting bagi kerajaan , kenapakah dasar kedudukan keistimewaan  kaum bumiputra masih diteruskan? Kenapa kaum bumiputra dibeli kemudahan khas dalam bidang pendidikan, lesen, perjawatan dalam sektor kerajaan?
     Jawapannya:
·                     Gagasan 1 Malaysia adalah bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.  Perlembagaan Malaysia adalah merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Perlembagaan Malaysia pula merupakan satu dokumen yang mengandungi semua perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa negara mencapai kemerdekaan (kontrak sosial).
·                      Tidak dapat dinafikan bahawa menurut Perlembagaan Malaysia, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8)  dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang, kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan Malaysia.  Dalam konteks ini, Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia  memberi  hak yang terasas kepada golongan Bumiputra (orang Melayu).
·                     Perkara 153,  sambil  menjamin kedudukan keistimewaan kepada kaum bumiputra, ia juga memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan ini.Kerajaan tidak menghalang atau sekat kemajuan mana-mana kumpulan masyarakat atas dasar kaum atau etnik.
·                      Perkara-perkara  yang tersebut dalam Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan sokongan majoriti 2/3 dalam parlimen.Namun, beberapa Perkara penting, terutamnya  Perkara 153, tidak mudah dipinda kerana ianya perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja.


OLEH EN. M.PERIASAMY ( PANEL PEMIKIR JASA)
TERJEMAHAN ARTIKEL SIARAN AKHBAR TAMIL ‘MALAYSIA NANBAN’,
EDISI HARI AHAD PADA   22 OGOS 2010, MUKA SURAT S11

Sabtu, 11 Mei 2013

SCHJB Mother's Day 2013

 Salam to all....
Sambutan Hari Ibu di Suria City Hotel Johor Bahru....
thanks to My Mom (Aminah Daim) yang sudi dtg.....dan Nabilah..
x lupa my aunty (Sarah Daim) dan my kazen...Amirah

 Inilah Kami...
Sales & Marketing Department

 Kad Ucapan buat Bondaku....

Inilah die gambar keseluruhan semasa sambutan

p/s: Adyva EMCEE on that day ^_^

Jumaat, 3 Mei 2013

Doa Murah Rezeki =)


Salam Jumaat u ols
jom sama2 kita amalkan Doa Murah Rezeki di atas nie....
semoga kita sama2 diberkati olehNYA dan dilimpahkan rezeki buat kita semua!
AMIN YA RABBAL ALAMIN


Khamis, 2 Mei 2013

Adyva Design - Singapore Tour Package!!!

 Final Design yg diterima oleh my Hotel Manager

 First Design

Second Design

so sesapa berminat sila HUBUNGI saya di talian
013-7382737

Sourvenir / Cenderamata menarik menanti anda!!!