Ahad, 21 November 2010

::STRATEGI MEMIKAT PELANCONG::

TREND pelancongan masa kini bagi adyva KENA bermula dengan STRATEGI.
strategi yg tepat dapat mengumpan kedatangan pelancong ke MALAYSIA...
kelas yang berakhir tengah hari tadi memberikan BANYAK input mengenai ISU dan TREND masakina dalam bidang pelancongan dan HOSPITALITI di malaysia
insyaallah adyva akan berkongsi lagi mengenai
HOSPITALITY dan PELANCONGAN di BLOG ini



Pelancongan serantau oleh rakyat Malaysia semakin popular pada masa kini dan dijangka akan lebih pesat pada masa depan. Banyak destinasi sudah pun menjadi kegemaran pelancong Malaysia seperti Hanoi dan Ho Chi Minh di Vietnam, Bandung dan Bali di Indonesia serta Bangkok dan Phuket di Thailand.
Rakyat Malaysia juga dikenali dengan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti utama pelancongan mereka. Tidak hairanlah jika peniaga di sesetengah destinasi pelancongan di rantau ini dapat berbahasa Melayu kerana mereka sering menerima kunjungan pelanggan Malaysia.

Destinasi berkenaan amat popular dengan aktiviti membeli-belah kerana ia menawarkan produk unik, murah dan berkualiti serta destinasi berkenaan juga mempunyai mata wang yang rendah berbanding ringgit, sekali gus memberi kelebihan kepada pelancong Malaysia.

Namun, apabila pelancong Malaysia membeli-belah di luar negara, ini akan menyebabkan pengaliran wang keluar ke negara asing dan boleh menyebabkan keseimbangan ekonomi menuju ke arah negatif.

Malaysia sudah pun berkembang dengan pesat dari segi sosioekonominya dan ramai rakyatnya mempunyai kehidupan selesa dan mengalami peningkatan dalam pendapatan boleh guna atau ‘disposable income.’ Ia satu daripada faktor penting dalam membuat keputusan untuk membeli produk pelancongan.
Pada masa sama, setiap hari, rakyat Malaysia didedahkan dengan pelbagai iklan yang menjual tiket kapal terbang dan pakej pelancongan ke luar negara dengan harga rendah dan menarik. Harga itu mungkin serendah atau lebih tinggi berbanding harga tiket dan pakej untuk pelancongan dalam negara.

Fenomena ini dapat dilihat dengan pembabitan syarikat penerbangan bajet di Malaysia pada 2001. Kejayaan yang dikecapi syarikat penerbangan itu sudah pun menjadi inspirasi beberapa negara jiran di rantau ini untuk menubuhkan syarikat penerbangan bajet mereka sendiri dan ini menggalakkan persaingan dan sekali gus menurunkan harga servis yang ditawarkan.

Persaingan ini juga membabitkan syarikat penerbangan konvensional yang ingin mencapai kepada pasaran pelancongan bajet. Persaingan itu sudah membentuk pasaran yang cenderung kepada manfaat pengguna.

Jika dilihat kepada barang yang dibeli pelancong Malaysia, ada di antaranya yang dapat dibeli di Malaysia sendiri, tetapi pada harga lebih tinggi. Oleh itu, bukan saja rakyat Malaysia, malah pelancong secara umum lebih suka membeli barang atau produk di negara asal, yang mana harga adalah lebih jauh murah dan memberi kesenangan kepada minda pelancong itu dalam isu keaslian produk serta kualitinya.

Ia juga memberi kepuasan dalam minda pelancong yang berpendapat bahawa mereka sudah berbelanja atau membeli-belah secara bijak. Oleh kerana konsep pelancongan adalah berdasarkan kepuasan pengalaman, oleh itu, membeli-belah di luar negara adalah satu pengalaman membolehkan pelancong mendapat kepuasan yang boleh dikongsi dengan keluarga dan sahabat handai.

Selain itu, sesetengah barang adalah cenderamata yang unik untuk destinasi itu seperti barangan laker (lacquer ware) serta batu permata dan manikam di Vietnam, kraf tangan halus dan hasil seni dari Indonesia dan juga sutera serta barangan perak dari Thailand.

Setiap destinasi pelancongan mempunyai pengkhususan dalam pembuatan dan pengeluaran barang tertentu dan ini turut menjadi satu daripada tarikan bagi pelancong Malaysia ke destinasi itu.

Semestinya, juga rakyat Malaysia memang berminat membeli-belah dengan kuantiti yang banyak kerana mereka selalunya tidak lupa membeli cenderahati untuk keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja.

Perlu diingat, industri pelancongan beroperasi di atas konsep penawaran dan permintaan. Sehubungan itu, tindakan mewujudkan halangan atau sekatan aliran pelancong, adalah tidak praktikal walaupun ia bermaksud wang mengalir keluar daripada lingkungan ekonomi negara.

Ada beberapa strategi yang boleh kerajaan laksanakan bagi ‘menyekat’ pelancong domestik ke luar negara. Justeru, usaha kerajaan menarik pelancong ke Malaysia dari negara lain melalui beberapa kempen termasuk kempen ‘Malaysia Truly Asia’ yang sangat terkenal di luar negara, dapat mengimbangi semula aliran wang keluar dengan aliran wang masuk ke Malaysia.

Kempen percutian domestik secara besar-besaran dengan pelbagai pakej menarik juga dapat meningkatkan rakyat Malaysia untuk memilih destinasi dalam negara dan berbelanja di destinasi itu. Malaysia sendiri mempunyai aset pelancongan bertaraf antarabangsa dan serupa dengan aset pelancongan di rantau ini dengan kos berpatutan.

Antara destinasi terkenal seperti Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Sipadan misalnya, sudah dapat menandingi destinasi di rantau ini yang turut dikunjungi pelancong antarabangsa seperti Pulau Phuket dan Bali.

Begitu juga Kuala Lumpur, sebuah kota yang menawarkan aktiviti pelancongan termasuk membeli-belah setanding dengan Jakarta dan Bangkok. Destinasi seperti Kota Kinabalu dan Kuching juga terkenal dengan kraf tangan dan cenderahati yang unik dengan harga berpatutan.

Kementerian Pelancongan sudah pun membina imej pelancongan domestik yang kukuh dengan kempen Cuti-Cuti Malaysia dan sudah diberi sentuhan penjenamaan semula dengan Zoom Malaysia. Malah, Malaysia kini menjadi saingan kepada destinasi serantau untuk rakyatnya sendiri.

Pada masa akan datang, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju dengan taraf kehidupan penduduknya akan lebih meningkat. Rakyat Malaysia akan mempunyai pendapatan boleh guna atau belanja lebih tinggi dan ini akan memberikan lebih peluang dan opsyen untuk pergi melancong ke luar negara.

Syarikat penerbangan bajet dan konvensional akan terus berkembang dan akan menambah destinasi baru sepanjang masa dan persaingan akan merendahkan harga untuk tiket penerbangan dan pakej pelancongan.

Ini menjadikan industri pelancongan pada masa depan sebagai industri tanpa sempadan. Justeru, pembentukan strategi berterusan adalah penting untuk memastikan industri ini sentiasa memberi manfaat kepada negara Malaysia.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah dan Perunding Utama, Tinjauan Pasaran Domestik, Lembaga Pelancongan Sabah.

::BUATMU TEMAN BULAN SIRNA::



SALAM buat semua teman Adyva~...
harapan adyva BUAT kalian semoga sehat2 ya....
ENTRY kali adyva ingin mencoretkan sedikit tentang
KEHILANGAN YANG PERNAH AKU RASAI.....
buat teman di FACEBOOK... BULAN SIRNA...

DETIK jam tepat 12 malam....
satu perkhabaran adyva terima dr TEMAN di utara...
teman yg amat rapat di FACEBOOK...entah kenapa....
rasa emosi yg x terkawal dr awal mlm lagi....rupanya berita ini kuterima
buatmu BULAN SIRNA
semoga tabah dalam menjalani kehidupan hakiki ini..
PEGINYA seorang insan BUKAN BEERTI kita turut lumpuh dalam menjalani kehidupan harian kita....semua itu dugaan yg BESAR harus kita tempuhi.,.,.
sudah SURATAN sejak azali lagi,..
semua ini hanya PINJAMAN sementara
dan tiada yang kekal melainkan ALLAH S.W.T..

sabarlah wahai teman...aku ada di sisi buat penghibur hatimu..
ia..aku pernah merasainya....kehilanagn insan tersayang 10 tahun lalu...
BULAN SIRNA.......harapan buatmu drpadaku..
KUATKAN SEMANGATmu..
KUATKAN HATIMU..
REDHA dengan pemergiannya
jangan tangisi ....

KALA ini.....
Tik..tik..tik...rintik-rintik hujan masih kedengaran. Angin malam menebarkan hawa sejuk yang sejuknya terasa menusuk hingga ke tulang sum-sum. Namun, semua itu tidak lagi dihiraukannya. FikiranKU masih berserabut. Segalanya serba tidak kena. Berdiri, duduk, berbaring..tapi ketenangan itu tidak juga hadir.Bersendirian.Kiri dan kanan semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Semuanya seakan-akan berlumba dengan masa. Terkejar-kejar. Seakan-akan masa itu tidak pernah cukup. Memanglah, masa tidak akan pernah cukup. Sebab itulah Allah telah memperingatkan akan pentingnya masa..

"Semua manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan melakukan kebajikan, serta saling nasihat-menasihati dan berpesan-pesan dengan kebenaran..
(103:3)

Air matanya menitik lagi. Dia sendiri hairan dari manakah insan itu hadir. Hadir sebagai seorang teman yang cukup bermakna. Mengingatkan dia mengenai sesuatu yang sudah lama dia tinggalkan. Bahagia. Ya, sehingga semalam dia seorang yang tidak pernah merasa bahagia. Tapi kini, dia telah kembali ke dirinya yang asal...

BULAN SIRNA~

"Aku hanyalah seorang manusia biasa. Seperti dirimu, aku juga pernah diuji. Tapi, aku pasrah. Semuanya berlaku atas kehendak-Nya. Redha. Itulah ubat segala kekecewaan. Sebenarnya,sahabatku...rasa kehilangan itulah bukti rasa sayang yang mendalam. Kita hanya akan merasa kehilangan apabila orang itu dekat dengan hati kita. Perasaan itu normal tapi janganlah sampai mengorbankan diri sendiri. Hidup kita ini terlalu singkat untuk menangis kerana hal itu. Jangan hukum diri sendiri atas apa yang berlaku. Bersyukurlah. Masih banyak lagi nikmat yang Allah berikan. Nikmat-nikmat itu pun kita tidak akan pernah habis jika ingin menghitungnya. Jika kau tidak melepaskan perasaan itu, kau sebenarnya sedang mencabar ketentuan-Nya. Di dunia ini, semua orang akan diuji. Tapi, Allah telah berjanji, setiap ujian itu adalah mengikut kemampuan kita. Allah tidak akan menguji, jika kita tidak mampu. Allah lebih mengetahui.."

Sahabatku... Kebahagian itu umpama mengutip serpihan kaca. Ada yang dapat mengutip dengan banyaknya, ada yang sedikit,ada yang langsung tidak dapat mengutipnya...dan ada juga yang terluka ketika mengutipnya...Namun, jangan pernah putus asa untuk menjadi orang yang bahagia. Gembira dan bahagia itu dua hal yang berbeza. Orang mungkin dapat melihat kita gembira apabila gembira, tapi bahagia itu hanya kita yang merasakannya. Kita tidak akan pernah bahagia apabila melihat bahagia itu umpama kita melihat pelangi, kerana pelangi itu sentiasa di atas kepala orang lain..

Sahabatku, Hapuskanlah air matamu. Air matamu terlalu berharga untuk sesuatu yang sia-sia. Biarlah air matamu mengalir ketika engkau mengingati Allah. Itu lebih bernilai. Kelak, air matamu itu akan menjadi saksi. Apa pun yang berlaku, penyelesaiannya hanya satu. kembalilah pada pencipta kita..Hanya dengan mengingatiNya,hati kita akan menjadi tenang.

Aku bukan siapa-siapa, segala keputusan terletak di atas tanganmu. Hanya engkau yang mengetahui hatimu. Apa yang bersarang di hatimu juga hanya engkau dan Allah sahaja yang tahu. Semua yang berlaku atas izin-Nya. Engkau terluka pun kerana Allah yang mengizinkan perkara itu berlaku. Jikalau pun engkau tidak dapat melupakan kisah semalam, sabarlah. Biar masa mengubatinya. Jika engkau berterusan begini, itu tandanya engkau putus asa dengan rahmat-Nya. Sedangkan sebagai seorang mukmin, kita tidak boleh berputus asa.

Kini aku berharap agar Air matanya menitik lagi.... Tapi, bukan lagi kerana mengingati peristiwa itu. Tapi kerana bersyukur dia dipertemukan dengan sahabatnya itu...Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Rasa itu juga persinggahan semata-mata, untuk menjadikan dia semakin dekat dengan pencipta-Nya. Mungkin saja, jika tidak kerana peristiwa itu, dia akan terus tenggelam dalam keasyikan duniawi yang penuh tipu daya ini. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Biarlah masa yang merungkaikan segalanya. Biarlah masa yang mengubatinya.Terima kasih, sahabat...Semoga Allah sentiasa meredhai dirimu.

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami daripada seksaan neraka."
(3:191)