Isnin, 31 Januari 2011

::MALAM TERAKHIR KALI::

salam semua....
entry malam nie agak syahdu sikit kekdahnya~...
idea penulisan dtg menerjah tanpa diundang...
sempena malam terakhir (belum last day ye)
cuma buat kali terakhir kali saja berkhidmat waktu malam (nite shift duty)
terimalah puisi ini bertajuk,

::MALAM TERAKHIR KALI::

Malam ini
Noktah nada mengalun
Sebuah lagu iringi langkahKU,
hembus angin lesu...membuai kediginan malam

Setelah kuhirup angin, dan kucicipi bahagia di sini
Setelah tertanam harap dan separuh jiwa padaKU di sini

namun...,
seketika Ku tersayat pedih
tertikam belati di ulu hati…
namun….
Aku perlu terus melangkah
Tekad dan azam menantiKU

Disini pengakhiran sebuah cerita
Aku tertunduk, terpekur...
kehabisan kata-kata
terukir abadi dalam suratan takdir

Kehilangan nafas seiring kepergianKU,
langkah ku alun telusuri keping-keping kenangan
Hingga terlalu jauh meninggalkan seribu memori
Yang tiada duanya….

Ada lirih malaikat kecil di pundak ku,
Jangan dinyanyikan syair sendu tanda lara
KehilanganKu adalah kenangan masa lalu,

Semua kisah kini ku kunci mati disini, berakhir...
hingga tanpa puing-puing cinta
terpahat indah menakluk minda
seribu memori
indah tercipta……

malam ini malam terakhir
untuk terakhir kali

Adyva
31 January 2010
3.45 pagi
BACK OPIS J.A Residence Hotel JB

Ahad, 30 Januari 2011

::PRIMADONA PERAHU MIMPI::



hellooooooo FOLLOWER's~
Tepat jam 9 malam adyva & mysara sampai di DEWAN SULTAN ISKANDAR UTM Skudai!..
dalam hujan lebat yang melanda Johor Bahru tetap x mematahkan semangat penggemar teater seperti adyva ini untuk sama2 menyaksikan dan memeriahkan malam terakhir teater tari puisi
"PRIMADONA PERAHU MIMPI"

Pementasan teater amal Primadona Perahu Mimpi adalah anjuran Unit Kebudayaan Dan Kesenian, UTM & Pusat Pemulihan Dakam Komuniti (PDK) Dun Nusajaya , Grup Inspirasi Unik juga kerjasama antara Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Johor dan juga Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Selatan. ia bersemperna dengan program amal Cahaya Kasih ( untuk kanak2 OKU / kurang upaya~..menonton berhibur sambil beramal kekdahnya gitoooo u ols~....

Bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru. teater ini mula berlangsung pada 28,29 & 30 Jan 2011 jam 8.45 malam. Adyva telah menonton pada malam terakhir bersama MYSARA~....pada mulanya bersama ZAKi tapi di atas kesulitan yang dialami adyva mengajak MYSARA untuk turut serta~..yeahhhhh THANKS....
TIKET FREE yang diberikan oleh ZAKI kepada adyva digunakan sebaiknya!
thanks to ZAKI & kakaknya Amoi~(artis budaya JKKN)

Teater ini berfungsikan "Teater Puisi Tari" dan bersendikan tradisi. antara barisan pelakon yang dikenali ialah Bell dan Anne Ngasri. pelakon yang lama dalam industri lakonan.

::INFODIVA::MATLAMAT TEATER AMAL ini~

Matlamat pementasan itu ialah memartabatkan bidang teater di Johor selain tujuan amal yang sebahagian kutipan akan disalurkan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nusajaya. Teater ini adalah bersempena Program Amal Cahaya Kasih bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan diarahkan Zamri Bangat dengan
skrip yang ditulis oleh Rahimah Muda.

nie la PENTAS TEATER pada babak pertama~....gelap dan penuh puitis puisi
watak DONA dan anak mereka BAYU ketika muda~..
permainan sarat EMOSI menyentuh adyva u olsssss.....
TAHNIAH para pelakon!

::SINOPSIS::

Cerita dia fokus kepada seorang perempuan Timur yang bernama Dona aka Primadona. Beliau seorang perempuan yang berjuang untuk menegakkan perempuan Timur yang lain. Dalam erti kata lain, beliau memperjuangkan maruah dan harga diri mereka. Dalam pada masa yang sama, beliau telah membuka pusat hiburan tetapi tiada maksiat, dadah, dan segala perkara yang tidak bagus. Perjuangan beliau dicemburui oleh beberapa orang tempatan yang tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Manusia yang sanggup menindas orang lain untuk kepentingan sendiri. Inilah yang kita panggil binatang yang bertopengkan manusia. Sikap tamak yang mengatasi segala nilai murni dalam diri akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri. Pastinya kebenaran akan mengatasi kebatilan. Dona akhirnya berjaya menentang manusia2 yang tidak berhati perut itu.

SEDIKIT SEDUTAN TEATER PRIMADONA PERAHU MIMPI buat kalian yg tidak berkesempatan menonton~

babak antara DONA, BAYU dan WALID ( lakonan Bell Ngasri (baju merah)
watak Anne ngasri sebagai DIAN (belah kiri duduk depan sekali bertudung hitam)
masa nie BABAK penceritaan tentang ANJING~..semua kusyuk mendengar kesah HANJENG & manusia HANJENG~..
part nie lawak giler!..hahahaha
manusia bertopengkan hanjeng keanjingan sangat terserlah!
DOUBLE MEANING u ols...
kalau x paham pergi la tanya yg paham bahasa2 SASTERA nie~..
naseb adyva peminat sastera!
so x de la sulit utk memahaminya!

babak DATIN SHIMA a.k.a BONDA sedang menyanyi memujuk DIAN (anne Ngasri)
tarian liuk lintuk penari2 JKKN Johor amatlah membuai2 u ols..
asyik sekali rasanya!...
lagi2 dengan 2 org kat SKRIN yg ala2 wayang kulit tue!
hehehe..menjadi!
KLIMAXs jalan cerita PRIMADONA PERAHU MIMPI ini...
bila Tuan Goldsmith dtg membuat ONAR dan mereka semua menentangnya!
kekdahnya OMPUTEH tue x dpt apa yg die nak u ols.....
so die berpakat dengan TUAN RIZAL untuk menghapuskan rumah hiburan melayu yang didirikan oleh DONA~..
tetapi mereka salah faham so tercetusnya konflik masa nie~...
TUAN RIZAL yang menjadi TALAM 2 MUKA
dia sendiri yang main kotor!..ada perempuan simpanan lagi!
padahal DONA mendirikan rumah pelindungan ini adalah untuk membela nasib2 perempuan2 yang malang utk mereka bekerja menghiburkan pelanggan dan berniaga!

akhir pementasan
inilah gambarab semua KREW, artis, PENARI yang terlibat!...
puas sgt~..jam pun sudah menunjukkan 11.30 mlm
dan menginjak ke 12 tengah malam u ols....adeh~
tapi PUAS dan adyva bagi 10 bintang!..
wow~..next time nak tgk lagi la....

inilah die barisan KOIR yang terdiri daripada pelajar2 UTM yang mengalunkan pelabagai jenis lagu yang merdu!..
tapi TETAP x ley lawan suara DATIN SHIMA yang sedap lemak merdu!
die cakap pon sedap!!!!
apatah lagi menyanyi!....fuhh
teringat2 beb~...owh datin shima!
gitooooooooooooooooooooooooo!
hahahahhahaXD
ORKESTRA pon best!...masyukkkkkkk jer mendengarnya!

TAHNIAH diucapkan keatas semua tenaga PRODUKSI yang menjayakan TEATER PUISI TARi
"PRIMADONA PERAHU MIMPI"

Sabtu, 29 Januari 2011

::NOVEL-SENYUMAN MANISMU::

inilah die u ols NOVEL yang telah adyva tamatkan SESI pembacaannya~...
Tulisan RANIA FIRDAUS
adyva pinjam dr ADIK adyva...nabilah~..
lama juga masa diambil utk menghabiskan pembacaan nie....
ye la BZ u olssssss....byk benda kain nak kena wat~..
so bila time nak tdo nak amek feel tue baru la baca~>.
TETAPI bila dah sampai KLIMAX penceritaan nue terus GEGEH la nak hbskan SEMUA!
wow~>..berlinangan air mataKU~..hahahahhaa
tacing gak citenya!

ada bahagian DEPAN mesti ada BELAKANG kan~
nie kulit belakang novel SENYUMAN MANISMU~..



Judul Buku : Senyuman Manismu
Penerbit : Alaf 21 Sdn. Bhd.
Pengarang : Rania Firdaus
ISBN : 978-983-124-590-3
Muka Surat : 512 halaman
Kategori : Novel
Harga : RM 19.90
Berat : 430 g

::SINOPSIS::

AIN ingin bahagia seperti gadis lain. Kehilangan ibu pada usia yang terlalu mentah, berpisah dengan satu-satunya abang yang dimiliki dan membesar bersama keluarga tiri, memberi banyak cabaran kepadanya. Apatah lagi ayah sendiri bagaikan memusuhi dirinya kerana dialah punca isteri tercinta meninggal dunia.
Lebih malang, apabila dia diusir dari rumah. Membawa diri ke ibu kota adalah jalan sebaik-baiknya. Satu demi satu halangan ditempuhinya dengan hati yang cekal. Di situlah dia belajar erti hidup daripada Fadilah dan Fariz. Ternyata di tempat orang, dia harus berusaha. Bertemu jodoh dengan sepupu sendiri menggamit kemanisan yang diharapkan. Namun, mendung muncul tanpa diduga. Tiba-tiba sahaja Zafran bukan lagi seorang suami yang penyayang. Darlina, bekas teman wanitanya datang mengganggu.
Ain pasrah mengundur diri demi lelaki yang dicintainya. Mungkin kebahagiaan memang tidak akan pernah sebati di dalam hidupnya. Ketika hubungan mereka berdua sedang meruncing, Zafran tersedar akan khilafnya. Dia tahu silapnya membiarkan diri dikaburi oleh perasaan sendiri. Lantas dia berazam untuk memulihkan keretakan rumah tangganya, namun untuk mengubati hati yang luka, banyak dugaannya. Dapatkah Ain menerimanya kembali setelah dia melukai sekeping hati yang cukup luhur?

Jumaat, 28 Januari 2011

::Motivasi Islamic>Pesanan Roh Kpd MANUSIA::

salam JUMAAT semua~...
semoga kalian semua sehat2 hendaknya~...
pagi2 jumaat nie MARI kita semua bersama2 merenung MOTIVASI ISLAMIC dr Adyva nie~..
semoga apa yg cuba adyva paparkan ini menjadi petunjuk kepada kalian semua~

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Khamis, 27 Januari 2011

::JOM MEMUJUK HATI::


JOM Memujuk Hati

Seruan dan pujukan ini buat diri dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,

Melalui jalan dan berada dalam bahtera ini kadang kalanya membuatkan jiwa dan hati kita tersentak, terguris dan terasa dengan pelbagai karenah manusia. Kerana kekurangan, kelemahan, kealpaan, dan kecuaian diri sendiri – kita sering kecewa dan dikecewakan. Apatah lagi, apabila mengenangkan diri yang mempunyai 1000 kesalahan, kesilapan, keaiban dan pelbagai rupa bentuk kelemahan yang “malu” untuk diketengahkan.

Dan, saat dan ketikanya – kita diuji dan diuji dengan kepedihan demi kepedihan. Bagi yang berkorban, mulai teretak dengan “kepedihan dalam berkorban”. Ketika diselubungi, kekecewaan, keputus asaan, dan kehibaan, maka hadapkan hatimu sepenuhnya kepada Allah SWT. Hadaplah ia dengan penuh kerendahan dan kehinaan.

Wahai diri dan wahai sahabat-sahabat seperjuangan,

Seorang Murabbi selalu berpesan agar banyakkan bersabar. Bersabar dan bersabarlah. Bersabarlah dalam kesabaran jika diuji, dicuba, dicabari, didugai dan disakiti.

Kata Murabbi : “ Wahai sahabat-sahabat, kuatkanlah kesabaran antum. Bersabarlah dan bersabarlah.”


Untaian madah pujukan kesabaran

Bersabarlah – sahabat - dalam menghadapi pelbagai keinginan, hajat dan kehendak perasaan,

Bersabarlah dalam memasang dan memendam kemuncak cita-cita , ia yang memerlukan banyak pengorbanan dan menuntut masa yang panjang untuk meraihnya.

Bersabarlah terhadap kelemahan, keaiban dan kekurangan diri serta teman-teman disamping mu

Bersabarlah dalam berhadapan dengan naluri kegopohan dan kebosanan, ia akan menghambatmu di saat-saat semangat memuncak tinggi

Bersabarlah terhadap keinginan manusia yang diselaputi kejahilan dan penyelewengan yang nyata, ia sering mengheretmu kelemahan penyesalan

Bersabar dan terus bersabarlah terhadap mereka yang terlalu mendesak - terburu-buru inginkan hasil yang segera

Bersabar - wahai diri- berhadapan dengan masalah kekurangan para pembantu, peneman dan penguat yang dekat disisi

Bersabarlah dengan kesabaran yang kuat ketika bermuhajadah melawan godaan syaitan di saat kesusahan dan kesempitan

Bersabarlah jua, ketika berada dalam titian perjuangan yang penuh warna suka dan duka

Bersabarlah juga untuk menelan segala kepahitan dalam berkorban

Bersabarlah di saat meraih kemenangan dan kejayaan yang hadir tanpa diduga

Bersabarlah dengan kurniaan kemewahan dan kesenangan yang dikurniakan olehNya

Bersabarlah juga agar sentiasa tetap memelihara hubungan hati dengan Allah SWT sehingga ke akhirnya

Bersabarlah, agar kesabaran ini akan menambahkan kesabaran demi kesabaran.

Bersabarlah agar kamu cekal dan tabah

Bersabarlah jika perasaan lemah mulai menghimpit diri

Bersabarlah jika kelemahan demi kelemahan menghambat diri

Kesatlah linangan air matamu,
Tangisan dan esakan itu, harus segera dihindari.


Firman ALLAH (maksudnya)

“ Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

(Surah Ar-Rum (30) : 54)

Usah biarkan dirimu yang lemah ini terus menerus berada di lembah kelemahan. Jangan biarkan hari- hari yang berlalu ini berlepas pergi dengan tangisan, esakan dan teriakan keputusasaan yang melemahkan jiwa, semangat dan tekadmu.

Di sebalik kelemahan yang Allah ciptakan kepada kita Allah meniupkan kata-kata semangatNya dengan memujuk hati kita yg remuk-rendam.

Firman ALLAH (maksudnya):

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali-Imran (3) : 139)


Semoga titipan ini memujuk dan melegakan sedikit perasaanku dan perasaan kalian.
Ah, benar. Bersabar itu perlukan tindakan. Bersabar untuk belajar bersabar.

::Rahsia Bulan Kelahiran Adyva::


waaaaaaaa......Entry hari nie mengupas tentang RAHSIA BULAN KELAHIRAN ~...

Adyva lahir pada 2 SEPTEMBER 1985 u ols....
jom kita tgk satu persatu~...adakah BENAR????

1. SANGAT BERSOPAN SANTUN = waaaa...sangat sopan u olsssss.......
xde la dok menerjah sana sini x tentu pasal kan!....hahahaha

2.Sangat CERMAT & TELITI....= mungkin juga~..kdg2 sukar membuat pilihan~..
teliti memilih...katanyaaaaaaaaa KAN!..

3. Suka MENGKRITIK????waaaaa..ley jadi pengkritik tetap AF...
hahhaa..bukan apa u ols....apa yg adyva rasa x OK x betol adyva KOMPLAIN jer la....
kalau di PENDAM ley jadi barah u ols...baik LUAHkan~
just pendapat adyva jer kan....kalau nak TERIMA, hamekkkkkkk la..
kalau x nak....BUANG jer...xde mak nak sentap2 nok!
hahahahXD

4. PENDIAM tapi pandai Bercakap???= apa kes??
pendiam ker adyva???mungkin permulaan pendiam la KOT...
tapi kalau dh kenal dah SEKEPALAK kang x henti2 palk bercakap!
hahahahahaXD

5. SIkap sgt COOL, baik & SIMPATI = wahhh...xsuka ribut2...
relax jer walaupon dugaan atau ujian dtg melanda~..percaya [ada diri sendiri u ols~..
simpati???/means mudah mengalirkan air mata ker??
lagi2 kalau babak2 sedey!...hehehee
u ols nilai lah sendiri~...

6. Suka SUKAN<>
tu la sifat2 semulajdi~...HIBURAN???yeah suka karaoke dan minat muzik..
lagi2 Dato CT atau muzik2 tradisional~>.minat lagu2 asli, ghazal dll~...
melancong HOBI adyva!...travel dengan kawan2..
menginap di HOTEL...jalan2
seharian tanpa jemua dan penat!..waaaaaaaa

7. sukakan benda yang LUAS???
cube lihat ADYVA...luas x u olssssssssss...
kan!
thats y la suka yg besar2 luas.....xsemak mata melihat!,...
xsuka yg remeh temeh sgt!..simple but nice~

8. KAWAL diri dr TERLALU MENGKRITIK......means adyva jenis berpada2 kalau nak mengkritik u ols....
kalau SITUATION itew membenarkan adyva mengkritik...SIAPlah u ols..berdesing jer kan!
hahahahhaXD..
tapi pandai2 control u ols~

9. Mudah faham org lain dan menyimpan rahsia~....hurmmm
setakat nie alhamdulilah la....rahsia2 yg adyva pegang hanya di kongsi dengan org2 tertentu jer..
just meminta pendapat dan pandangan...
sharing is caring kan?

10. TERLALU MEMILIH PASANGAN!!!!
waaaaaaaaa...PANAS betol...
pandanglah lihatlah.....ADYVA maseh solo tau~..
jgn ada yg cuba2 nak match2kan dengan sesapa!...i x rela u olssssssssss
hahahhaahXD

11. SISTEMATIK~...yeah
suka sesuatu yang mempunyai undang2, RULES, aturan dan KONSEP yg jelas!
xsuka sesuka hati wat sesukati nak rombak~..
ekajp ckp lain kejap lagi wat lain SIAP la nak kena ngan adyva!
suka perancangan!!!..
xsuka last2 minit u olssssss
perancangan kena rapi!

12. hurmmm yang lain2 tue ada la kebenarannya~...
mungkin bukan masa skang tapi akan dtg~....

SECARA RINGKASNYA, RAHSIA LAHIR PADA SEPTEMBER!

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

Sangat cermat, teliti & teratur.

Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.

Pendiam tapi pandai bercakap.

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.

Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

Sangat sensitif yang tidak diketahui.

Orang yang banyak berfikir.

Daya pentaakulan yang baik.

Otak bijak & mudah belajar.

Suka mencari maklumat.

Kawal diri dari terlalu mengkritik.

Pandai mendorong diri sendiri.

Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.

Suka sukan, hiburan & melancong.

Kurang menunjukkan perasaannya.

Terluka hatinya sangat lama disimpan.

Terlalu memilih pasangan.

Sukakan benda yang luas.

Bersistematik

wasallam~

Rabu, 26 Januari 2011

::KENANGAN KERJA 2010::

SALAM mesra u ols......
malam2 nie adyva terfikir nak mengupdate BLOG pasal kerja2 adyva pernah lakukan
sepanjang 2010 di J.A Residence Hotel sebagai seorang Sales Executive~
.
nie la SEBAHAGIAN yang sempat di CANDID picture2nya~..
yang lain2 xsempat u ols.....
2010 meninggalkan byk kenangan suka duka dlm dunia pekerjaan Adyva~...
jom kita lihat DI ANTARA EVENT @ MAJLIS yang Adyva Handle @ Sertai~...

JB ARt's Festival nie paling2 MENCABAR u ols...
banyangkanlah....masa nie adyva kena bekerja dengan EVENT MANAGEMENT dr luar~..
adyva masih ingat nama die MS SUZIE YAP~..
event nie berkaitan dengan KEBUDAYAAN & KESENIAN Johor...
1st July - 24th July u olsssss...
sebulan berkampung kat Bukit Timbalan!...

di JA Residence, Group nie mengambil pakej penginapan!
byk jugak la jumlah bilik yg di ambil....sebelum bermula acara dah ada crew2 yang tinggal!...
JA TENT plak berperanan sebagai penyediaan tempat dan KHEMAH~..
so adyva berkaitan makanan dan tempat tinggal~..

jenuh gak la melayan kerenah2 mereka2 yang feeling2 artis nie
walauponnnnnnnnn hanya artis budaya!...
apa2pun inilah pengalaman terindah!.
paling best & bermakna!...

lihat jer BACKDROP di atas tue!..
masa nie EVENT bertindih dengan YAYASAN WARISAN JOHOR di Level 2...
masa event nie adyva jenuh gak la stay back u ols...
tapi PUAS bila semua berjalan walauponnnnnnnnnnnn
halangan2 kecil melanda tue adatlah kan!
xde semua yang sempurna~>.
dan kekurangan itu boleh di atasi~...

nie plak penglibatan Adyva dalam program dalaman JA Residence Hotel~
masa nie penganjuran FAMILY DAY di Mount Austin Golf Resort~..
adyva bertindak sebagai Pengacara Majlis u ols>..
malatop x??
hehehehXD

YAYASAN WARISAN JOHOR
menjalankan kursus 4 hari 3 malam di sini!..\
waaaaa......penuh income Company masa nie
berderet2 event~..
apa pun semua lancar dan mendapat pujian dr ketua ORGANIZER YWJ....
serious kembang jap
walauponnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
kdg2 x tahu dah nak wat mcm mana lagi~...

hehehe..MALUNYA~....
dok nyanyi lagu SUDIRMAN masa nie...Joget Kenangan Manis lau x silap~
2009...lama betol~>..korek2 terjumpa pic nie...
masa nie MAJLIS MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN
di tempat adyva Bekerja~....
walaupon dah selalu nyanyi tapi tetap la ketaq2 u olsssssss......
apa2pun BEST~

event KAMBING GOLEK...
hahahha....dr MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
sehari sebelum PUASA 2010~>.
jenuh gak nak mempersiapkan~
naseb abik ramai sokongan dan dorongan dr semua pihak!
syabas di ucapkan!

yang pula WAJAH2 candid masa sesi PENYEDIAN kelengkapan majlis~>..
yang pic di atas nie masa mempersiapkan godies bag utk Majlis Reunion Boss~...

rakan sepejabat yang byk membantu dan bekerjasama~...
penuh opis dengan mcm2 hadiah kalau sesuatu event berlangsung!...
puas hati u ols.....
seharian meghadap benda2 nie
seronok!
hahahahahahXD

nie plak masa penganjuran MAJLIS ASMAUL HUSNA bersama MOTHER's DAY...
kaum2 ibu jer di raikan~..
di Level 2......siap2kan Godies Bag utk para jemputan semua!..
(sedang dok kira2 beg pic pon di candid oleh Boss!)

apalagi POSE la jap dengan troly!!!
hahahaa...semua tue berisi al-Quran okey...

tengoklah semua paper bag jerks~..
melambak2 u ols....hahahaha...
yg penting kerja2 nie mmg adyva suka!

nie la gambaran masa hadiah2 dh siap di sampul dan disusun di Majlis KAMBING GOLEk tue
hahaha....mcm mana hasil pembalutan hadiah dr tangan Adyva??
hahaha~...
kecuali hamper2 tue beli terus dah siap dr kedai ok~

nie plak hadiah2 masa FAMILY DAY's...
hamper2 tue beli dh siap~..hadiah2 tue adyva yg sampul,
dengan bantuan cik Myeza~...
ada gak yg dah siap di balut oleh pihak PENAJA~

pic masa bulan PUASA..
sedang mempersiapkan hamper2 utk di agihkan kepada fakir miskin
di beberapa tempat!...
gegeh sangat nie....

Selasa, 25 Januari 2011

::DISEBALIK PENGGUNAAN PERKATAAN "Salam"::


Kali nie Adyva nak wat entry ala-ala ISLAMIC sikit u olsssss...
boley x????....(sambil mencari SONGKOK tatkala menulis Entry inie...)
waaaaaaaaaa.......*insaf jap~.....hehehhee

Adyva menerima satu EMAIL dr kawan adyva...
so x salah kalau kita nak share bersama kan~...sebagai wadah renungan kita bersama~
Sebagai renungan dan Ingatan bersama…
InsyaAllah

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,
ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...



Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM” ( tak betol okey~..)

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya

p/s:ok dah bley bukak songkok~....
hehehe.......renung2kan dan selamat beramal ye u olssssss~

Isnin, 24 Januari 2011

::KHURAFAT @ PERLING MALL::

hye2 u ols.....
PETANG tadi 7.30 malam ( 23/1/2011)
adyva bersama MYSARA, ZAKI, KZ & Jack Masdari telah berpakat untuk menonton WAYANG
FILEM KHURAFAT di panggung wayang di PERLING MALL~...
semua ON TIME sampai!..syabas u ols~...

nie la die TIKET~...
kitaorg dok tengah2......pastue beli la POP CORN ngan air~...
kelaparan semua!..kan~

adyva sempat la CANDID gambar kat dalam panggung tadi~...
walaupon GELAP u ols....janji ada BUKTI adyva g tonton tau!
hahahahahahXD

nie la AKSI MYSARA & ZAKI~
penakot tengok cite seram!..hantu2 bagai kannnnnnnn~/...
hahaha..siap tutup muka lagi~>.adeh~...

hah u olssss....nie la gaya seorang ADYVA~..
maintan VOGUE jerks dengan aksi TERPERANJAT lalu MENJERIT sekuat hati!!!
adeh...bley gugur jantung!!!...aksi2 mendebarkan!
tup...tup....MUNCUL...apa lagi u olsssssss..
jerittttttttttt la~...hahahahahhahahaXD


Seperti biasa, ADYVA akan buat sedikit review untuk mereka yang masih belum menonton filem Khurafat ini. Atau mungkin yang sedang berkira-kira mahu pergi menonton atau tidak. Ialah, semua pun tahu bagaimana ragam cerita Melayu ni. Ada yang berkualiti, dan ada yang benar-benar tangkap muat. Jadi Adyva akan memberi sedikit review yang ringkas dan padat kepada anda.....JOM~

Tajuk Filem:
Khurafat

Pengarah:
Syamsul Yusof

Penerbit:
Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd

Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba

SINOPSIS::
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

esimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

Kekuatan filem ini di mata Adyva:

1. Jika korang menyukai filem yang berunsur seram, maka filem ini memang untuk korang tonton. Satu panggung terkejut dengan babak-babak menarik yang ada. Masa kami menonton baru-baru ini, memang kecoh satu panggung wayang lagi-lagi kaum wanita yang terjerit-jerit ketakutan. Ada yang menutup muka dengan handbag dan sebagainya. Haha.
2. Kesan bunyi yang boleh dipuji. Sentiasa memeberikan debaran di jiwa penonton.
3. Percubaan pertama pengarah muda, Syamsul Yusof untuk filem berunsur seram selepas 3 filem’nya sebelum ini yang lebih kepada action movie.
4. Perkara utama yang ingin disampaikan filem ini, kali pertama wujud filem sepertinya di Malaysia.
5. Ending yang menarik dan diluar jangkaan penonton.

Kekurangan cerita ini di mata Adyva:
1. Plot cerita kurang tersusun. Apapun masih dapat difahami penonton dengan baik.
2. Tempoh cerita dalam 1 jam 20 minit agak pendek. Tapi normal untuk cerita melayu.
3. Satu lagi...kekurangan yang agak PELIK adalah HOSPITAL yang gelap & xramai STAFF kerja!....mcm x LOGIK~...
4. Itu sahaja. Sukar mencari kelamahan cerita ini.

Apapun seperti yang tertulis di poster filem Khurafat ini, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai sakit jantung, dilarang untuk menonton. Hurm, ada betulnya kerana kami yang tak ada sakit jantung ni pun, silap-silap boleh kena sakit jantung lepas menonton. Haha. Gurau je tapi memang betul cerita ni akan membuatkan korang terkejut dengan kerap. Itu pun kalau berjaya menghayati cerita. Ini kalau nengok wayang sambil buat wayang kat belakang, jangan komplen la yang cerita ni tak sedap.
Sekian sahaja respon Khurafat daripada kami. Kami berikan 7/10 bintang untuk filem ini. Tak rugi RM12 anda untuk pergi menonton filem yang sarat dengan pengajaran yang mampu menginsafkan mereka yang berkenaan.

SEMESTINYA FILEM INI JAUH LEBIH BAIK DARI FILEM 2 ALAM YANG INDAH KHABAR DARIPADA RUPA. TIDAK PERLU BERSIKAP BONGKAK, TAPI MAJU DI DALAM INDUSTRI PERFILEMAN NEGARA. TAHNIAH SYAMSUL!

Ahad, 23 Januari 2011

::MAKAN2 @ LAMBAI-LAMBAI::

ENTRY makan lagi u olsssss....
kali nie Adyva bersama AIDA & IDA...
kami memilih untuk bersantap di
LAMBAI-LAMBAI RESTAURANT
u olssss...

menariknya di sini......
ia merupakan kedai makan MAWI....walaupon x minat MAWI
tapi disebabkan MAKANAN yg sedap kami dtg LAGI kemari~...hahhaa
biasanya adyva lepak malam2 u ols...
kali nie petang2 plak~>.....

yang lebey menterujakan RESTAURANT nie terletak betol2 sebelah dengan
KUBUR MAHMODIAH~..
wow~...thats WHY la namanya LAMBAI-LAMBAI tau~..
silap2 aribulan dok tengah makan kat situ ada lembaga yang MELAMBAI-LAMBAI anda!..
waaaaaaaaaaaa....hbs lari lintang PUKANG u ols~....
astaga~

inilah HIDANGAN KAMI~..
kami sepakat nak makan SET~...set diatas berharga RM36 utk 3 org~..
Siakap Steam, Ayam Goreng Kunyit, Sayur, Telur dadar, Nasi...
serious berbaloi2 kan~...

lihatlah TANGAN aida~..laju jer u ols..
hahahah~....apa2pun ENJOY makan kat sini
sambil gelak2 sakan & gosipping!

lain2 MENU yang menjadi kesukaan Adyva adalah
UBI REBUS cecah SAMBAL TUMIS & ikan Masin~
wow~...RM3....banyak tau!!!..
puas makan!..berbaloi~..ley makan 2 3 org!...
(kecor plak mengHUPDATE nie!)

satu lagi nie ha...
ROTI JALA KARI AYAM!
wow~...
satu set rm 3 jerks~..
sedap u ols...
jom la TRY~...
penat aku promote!
hahaha~

::Dinner @ Nasi Goreng Seafood Daun Pisang::

SALAM SAYANG u olssssssssssssss....
apa cer hari nie???
sehat???ada baik????/happy x???
heheh~....kali nie ENTRY pasal MAKAN2......
adeh...tengah edit2 GAMBAR nie adyva bley plak tERLIUR u olssssssssssss...
matiler.....mlm2 ginie LAPO!!!!!...hahahaha
xper2..TAHAN sikit nafsu makan nie~....

hah...pICTURE kat atas nie la NASI GORENG SEAFOOD DAUN PISANG u ols...
semua customer yang datang makan kat sini akan ORDER nasi nie la...
nie la specialty restaurant nie~..
terletak di STULANG LAUT ...
sebut jer SEMUA warga JB tahu~...yg x tahu tu mmg HAUK la u olsssssssss...KEJI~
kannnnnnnnnnnnnnnnn~....hahahahahXD

nie la MENU utama kami~..
di ORDER oleh ERNI & MYSARA~....
ikot arah putaran jam ye...
kita mulakan dengan gambar atas sekali belah kanan..
1-SOTONG MASAK SAMBAL~....perghhhhhhhhhhh TERANGKAT beb!
2-UDANG GORENG BUTTER....waaaaaa....besaq2 UDANG die!..segar lagi!!
merah2 jer isinya!
3- UDANG KIPAS BUTTER........si Mysara dah kemaruk UDANG KIPAS nie u ols.....sampai 4 ekor!!!...gegeh penuhkan MEJA!...kau mampooooooooooooooooo???
4-IKAN PARI BAKAR!...adyva suka sambal die!.serious sedap!!!...
mmg MALATOP.....
lagi 2 menu kami adalah SAYUR-SAYURAN~....

hah....inilah SUASANA kat restaurant tue,,,
dengan KONSEP OPEN KITCHEN....membolehkan pelanggan melihat CHEF tue masak!!!
serious adyva suka!!!
gaya die masak mmg TERBAIKKKKKKKKKKKKKK~....

p/s:kelihatan My & erni sedang sibuk mengORDER makan~..
heheheh...adyva DUDUK jerks~..

LIHATLAH meja kami~....5 orang tapi 2 meja!!!...
penuhhhhh santak!!!....adeh~..
semua habis ye..xde yg membazir~
semua beralaskan DAUN PISANG!

lihat MAK CIK nie GEGEH you olsssssssssss..
menyusun DAUN2 PISANG~..
letak dlm pinggan!...hahahahaha
penuh daun pisang kat meja tue!..semua dah siap potong!
untung supplier nie kan~...

nie GAMBAR sebelom makan~..
lihatlah~.....

MEJA kami SEMASA makan!..
adeh....budak baju hijau tue ERNI panggil die BABY...haha
ok la u ols....kecik molek jerks~
walauponnnnnnnnnnnnnnnn~..kan!...

yang baju puteh tue adek ERNI dan yg baju hijau tue kawan BAEK die...
seronok tengok mereka makan!....
habis~.....

waaaaa.....mesti si MY dok melezer ADYVA kalau die baca BLOG nie!!!
hahahahahaha....
MOTEPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPkan kekdahnya letak pic nie??
hgahahhaa...ELOK CIPTAAN NYA u olssssssss...
si baju merah tue!
manissssssssssss kekdahnya!
duduk plak depan meja KAMI kan!...cuci mata lagi la kekdahnya!
walaupon...
menjeling-menjeling ku bertentang..mata kita sama memandang!
cewahhhhhhhhhhhhhhhhh....tetiba~..
lagu Tan Sri SM Salim kannnnn~
hehehehehhee
matiler...BLOG adyva dah mcm BLOG mak hayam plak!!!!
ops~
tettttttttttttttttttttttttt~

FINALLY~......
inilah hasilnya~.......cube u ols KIRA berapa JUMLAH GELAS ytang KAMI berlima minum!
hahahahhaa,,,,sorang jer bergelas2 u ols
mampooooooooooooooooo korang nak LAWAN???
hahahahahaXD

p/s: THANKS ERNI~...
HAPPY BELATED BIRTHDAY~