Sabtu, 20 November 2010

::SAYANG TAK TERUCAP::


hye2....
KALI nie Adyva nak berkongsi pasal BUKU yang baru saja Adyva TAMATkan pembacaan NTAH KALI YANG KE BERAPA....
SAYANG TAK TERUCAP.....karya NORHAYATI BERAHIM...
hurmm...adyva beli buku nie di CITY SQUARE Arround November 2009...
(xberapa ingat DATE yg betol)

SAYANG TAK TERUCAP........sebuah lagi novel Norhayati Berahim yang telah aku baca. `Walau ada benci mengapa sesaat kau pergi rasa rindu datang lagi?'..............hmmmm, novel Norhayati Berahim siapa yang tak tahu kan? Aku tak pernah miss membeli pada setiap novel beliau cuma sekarang dah susah sikit nak beli dek kerna keBUSYan yg melanda adyva/...waaa

SAYANG TAK TERUCAP.......secara keseluruhan aku memang suka jalan ceritanya. Masyaallah, sabarnya Delilah & ibunya Hajah Mawar. Bolehkah aku sesabar mereka? Bolehkah aku setabah mereka dan bolehkah aku selembut mereka? Aku kagum watak yang ditonjolkan oleh penulis iaitu watak Haji Abdullah. Walaupun buta tapi hatinya tak buta.

Awal-awal lagi aku dah agak Mansor itu adalah Rosman. Aku benci dengan watak Rosman & adiknya Radzi. Macam orang tak de pegangan agama. Tapi, bagus......sebab itu adalah salah satu kekuatan untuk novel ini. Kalau semuanya watak yang ditonjolkan baik, jalan cerita tu akan jadi bosan pulak ye tak?

Watak Tan Sri Aminuddin ~ kalau la di Malaysia ini sendiri ada orang kaya, orang yang berpangkat Tan Sri mempunyai sikap seperti beliau, alangkah bagusnya.

Part yang paling sedih & airmata aku berjurai-jurai keluar ialah :

1) Saat-saat datuk Delilah hendak menghembuskan nafas terakhirnya & saat Delilah terkenangkan datuknya,

2) Delilah terkenangkan zaman susahnya begitu juga dengan ibunya menceritakan zaman susahnya. Kalau la benar di dunia ini ada wanita setabah Hajah Mawar, aku nak sangat jumpa dengan wanita itu.

3) Afnan terkenangkan zaman susahnya ~ part ni paling sedih sesangat......terutama part dia nak beli goreng pisang sewaktu mengikuti rombongan sekolahnya membuat lawatan. Hanya 20 sen ada dalam poket.

Betapa kemiskinan tidak pernah menghalang mereka untuk meneruskan pelajaran sehingga menjadi manusia yang berjaya.

Aku salute pada Delilah kerana berjaya mengubah sikap anak-anak Tan Sri Aminuddin sedangkan ibu & ayah mereka pun tak mampu nak mengubah mereka. Mungkin kerana kelembutan semulajadi yang ada pada Delilah ditambah dengan kebijaksanaan beliau berjaya mengubah sikap mereka.

Kepada sesiap yang belum lagi memiliki atau membaca novel ini, baca la atau beli la. Jalan ceritanya memang tidak mengecewakan. Anda mungkin boleh jadikan watak-watak yang baik sebagai tauladan & yang tidak baik sebagai sempadan. Aku tak reti nak ulas panjang-panjang sebab kalau nak ulas panjang, lepas baca kena terus tulis, ini tak dah hampir sebulan baca baru hari ni nak buat ulasan........sibukkkkkkkkk

Apapun......Tahniah Norhayati Berahim.....Tahniah Alaf21...........

Sinopsis Belakang Buku :

TAKDIR menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah... andai kemaafan ini kuberi, namun dapatkah kuberikan setulus kasihku padamu? Ya ALLAH... perkenankanlah doa hamba-MU ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.