Rabu, 31 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H : MAAF ZAHIR & BATIN

salam semua~....
Adyva nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
sekiranya ada salah dan silap dar hujung rambut hingga ke hujung kaki.....
dalam sedar bicara kita kdg kala ada yg terlepas, terLAZER...terkata, terngumpat dan sebagainya!
harap di maafkan~
ku pohan kemaafan kepada semua FOLLOWERS Blog Adyva!
kawan2 SMK TUN HABAB, SM Teknik Kota Tinggi, Institut Hospitality YPJ & OUM Stulang JB~
semoga lebaran ini memberi satu lembaran baru yg lebih bermakna!

x lupa pada semua STAFF J.A RESIDENCE HOTEL JB & SURIA CITY HOTEL JB juga~
maaf zahir dan batin!

sambutlah dengan insan tersayang
pohon ampun dan maaf dengan kedua ibu bapa, adek beradik dan sedara mara!
semoga kehidupan di masa hadapan lebih di berkati!

LEBARAN Tahun ini amat bermakna!
selain sambutan hari raya....adyva sambut MERDEKA MALAYSIA 54 Tahun dan MY BIRTHDAY ke 26~ (2 September nnt)

TRIPLE CELEBRATION this year!
syukur padamu YA ALLAH...
semoga aku di panjang UMUR, di murahkan rezeki, diberkati, menjadi anak yg SOLEH, pelajar yg CEMERLANG dan PEKERJA yg GEMILANG!

amin....ya RABBAL alamin~

Selasa, 30 Ogos 2011

MALAM MERDEKA RAYA @ TERATAK BONDA 2011

malam nie malam RAYA......
MALAM MERDEKA RAYA 2011
yeayyyyyyyyyyyyyyyyy.............................!!!! raya dah!

so adyva pon apa lagi...kemas umah la u ols...
decor mana patot.....nie la hasilnya!
sebahagian PIC sahaja~...

p/s: deretan PELITA RAYA di hadapan rumah!

Hiasan meja utama....siap ada BENDERA MALAYSIA lagi~...
kan perayaan berkembar u ols....wajib la....

PELITA MERDEKA RAYA!

Side table........konsep NUSANTARA KONTEMPORARI....wah

yg nie di satu sudut di pintu masuk!
konsep NUSANTARA!
waaaaaaaaaaaaaaa........

::XTVT MALAM RAYA 2011::

hye2 u olsss.....jumpa lagi kan~
kali nie nak cite pasal XTVT Malam raya!

first sekali lepas penat masak and mengemas
KITA dok pasang pelita raya!
lihatlah~

Deretan PELITA RAYA~
meriah kawasan umh Adyva ~

Adek2 Adyva dok susun pelita~
adyva?? hanya bg arahan jerks~ hahahahhahahXD

nie namanya MOHD NUR SALAM~

"xmo idop plak api pelita nie" kata salam kepada nabila~

main mercun!
yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~ berdentam dentum!
macam berperang gamaknya!
adeh

kuat2 bunyik mercun nie!
mcm nak terbakar umh pon ada!
bergegar!!!!!!!!!!!!! hahahhaa

Sabtu, 27 Ogos 2011

::KAD RAYA ADYVA 2011 / 1432H::

Salam mesraaaaaaaaa.....
salam 1 Malaysia
Salam 27 Ramadhan 1432H...
salam ukhwah penuh tawadduk.....
buat semua teman2 Adyva, FOLLOWERS dan sahabat handai serta Family sekalian~

TAHUN ini capailah HAJAT serta IMPIAN Adyva untuk menghasilkan KAD RAYA SENDIRIAN BERHAD dan di utuskan pada kawan2....
sebagai percubaan....TAHUN PERTAMA adyva buat kad raya sendiri nie..
adyva just copy 20 keping sahaja~...

ALHAMDULILAH~...feedback yang adyva dpt ramai yg menyukai hasil kerja seni creative adyva nie~
walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki~....
misalnya = JENIS KERTAS yang digunakan
ini kerana adyva just copy mcm CUCI GAMBAR 4R sahaja~
dan tulis/tandatangan di belah belakang~

BTW~ itu satu usaha atau jalan kretive kan???
at least ada KAD RAYA SENDIRI sepertimana yg Adyva angan2kan~

waaaaaaaaaaaaaaa.....panjang lebar explaination~ hehehe

Perginya cahaya itu

Terbitnya fajar suria

Burung berirama berkicau riang

Memecah suasana pagi yg gemilang

Hari ini hari yg bahagia

Telah sepurnama berjuang

Kini mendapat kejayaan.....

Sinar suria begitu merah ia menyala

Seakan mengerti kebahagiaan yg dinikmati

Meniti dibibir jua dihati.....

Kini.....

Aidilfitri bertamu kembali

Mengikat kasih ukhwah yg dibina

Mengeratkan tautan kasih yg terlerai

Dalam tutur santun bicara

Tersemat seribu makna

Tersurat satu persoalan

Tersirat seribu jawapan.....

Hanya pandangan mata dan bisikan hati

Mengerti makna sebenar Aidifitri...

Dikala hujan itu.....

Kata-kata maaf menjadi ungkaian bicara

Memohon mendapat rahmat

Memohon mendapat hidayat

Undurnya langkah bukannya mengalah

Maranya tapak bukannya mahu melawan

Tapi..........

Geraknya kaki itu

Adalah untuk membuka

Satu lembaran dalam hidup sempena

SYAWAL YANG TIBA...........


SALAM AIDILFITRI & SALAM LEBARAN 1432H
Khas buat semua kawan2 Adyva sekiranya ada salah silap, TERLAZER, terkeji terlepas pandang dan sebagainya~ SEMOGA SYAWAL yg bakal menjelma nie memberi seribu rahmat buat semua~

p/s: kepada kawan2 yang telah menerima HARD COPY KAD RAYA Adyva di harap dapat simpan sebaik mungkin, hanya itu penganti diri ini~ kepada kawan2 lain terimalah SOFT COPY KAD RAYA ini sebagai TANDA INGATAN TULUS IKHLAS~ —

Khamis, 25 Ogos 2011

IFTAR @ THISTLE HOTEL JB with Moon~

salam u ols......
THIS week dah MOOD RAYA~...
so last2 nie adyva berbuka di THISTLE HOTEL JB jerks~....
inipon di atas undangan dr MISS MOON~

thanks Moon~

DECOR @ LOBBY HOTEL
sangat menarik!!!!!!!!.....i like it~
sangat tema kampung!

yang penting we ols di dendangkan oleh KUMPULAN GHAZAL nie
sebelom waktu berbuka puasa!
sangat mendayu2......best giler!
adyva mmg suka GHAZAL~


ini adalah diantara MAKANAN yg adyva makan!
Udang masak lemak cili padi mmg PEDAS dan terangkat beb!
Ayam bungkus daun pandan pon MENARIK!
dah yg plaing SEDAP ialah~ DURIAN GORENG!
fuhhhhhhhhh,,,BANYAK okey adyva makan!

lepas berbuka......persembahan oleh kUMPULAN MUZIK UNPLUDGE nie
mmg menarik!
sedap!

sekian saja~....
thanks Moon~

Rabu, 24 Ogos 2011

INFO :: KAWASAN PANAS KAMERA TERTUTUP


Info untuk kawan2 yang akan pulang ke kampung, dinasihatkan supaya berhati-hati dijalan raya..

Berikut adalah kawasan2 panas yg akan diletakkan camera untuk menangkap pesalah lalulintas..

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor

Pesanan ringkas dari sy..
Berhati-hati dan ikutlah peraturan jalan raya, kepulangan anda ke kampung dinanti..

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARI HATI KE HATI"
ikhlas dr sy Ady Adyva

Selasa, 23 Ogos 2011

::KUNYAH LIDAH::

Hey kalian,

Kan si tua itu pernah berkata?

Terlajak perahu bisa diundur.

Terlajak kata, tubuh binasa.

Mengapa kita ini masih tegar?

Cakap lepas, tak butuhkan waras?

Kita ini manusia teroris, askar jadian.

Yang pedang kita lidah tajam.

Yang kata-kata kita sebenarnya lebih sakit dari peluru hidup.

Bila lidah ini jadi defensi mekanisme diri, dibawa pula ke sana ke mari.

Mampuslah, siapa celaka pasti jadi mangsanya.

Aduhai, memanglah lidah sifatnya lembut, lentuk dan basah.

Warnanya comel, semanis merah jambu.

Namun awas, minta semua tolong jangan tertipu!

Kerna lidah itu sifatnya pendusta, favouritenya memfitnah, egonya tinggi jika marah.

Hebat sungguh lidah manusia ini kan?

Hati keras macam batu bisa cair ala’ ABC manis susu sejat,

Jiwa panas macam api neraka bisa sejuk ala’ suhu kutub salju.

Tapi hey, jangan teruja ya.

Kerna lidah manusia jugalah;

Yang bersetia tidak lagi bersetia,

Fitnah dongeng karut jatuhkan semua air muka.

Keji umpat hasut buat kita manusia saling tak tegur sapa,

Caci dan maki sana-sini buat kita sama benci selamanya.

Bila memang cakapnya lepas, tiada apa mampu kamu lakukan.

Yang terluncur takkan bisa mampu ditarik balik,

Yang dah dikata akan terus diperkatakan yang lain.

Andai ada rasa sesal,

Cubalah makan dan telan kata-kata kita sendiri,

Cubalah kunyah lidah masing-masing,

Sampai lumat isinya, sampai hancur uratnya.

Sampai tak ada lagi sendi yang bisa lukakan jiwa manusia.

Mana tahu selepas ini, banyak hati akan lebih terjaga?

-Karya Iskandar Al-Haziq-


p/s: terbaik kata2 die~ ada gak terasa ckit~ tapi itulah kenyataan!


Isnin, 22 Ogos 2011

IFTAR @ SCHJB with OUM Friend's

hye2 semua~
salam 22 Ramadhan 1432H

kali nie adyva dapat request dr kawan2 OUM nak berbuka di tempat Adyva kerja u ols~
thanks to Aida Ariffin, Ieyda Daud & Sheda HM di atas kedatangan anda semua!
best dpt borak2 gelak2...waaaaaaaaaa

boleh plak sedondon GREY~
wah~....nie la Sheda HM~ lama x jumpa die~
x borak2~ dulu2 sekelas~ skang nak jumpa pon susah~ hehehehe
GOOD LUCK u ols!

we ols pernah sekelas di OUM~
dr Kiri SHEDA, AIDA, Ieyda = ADY~

cube u ols tgk nama KAMI~ pusing2 jer kan!
hehehehheXD

time nie Sheda HM dah balik u ols~...
waaaaa......Aida & Ieyda nak gambar kar UNTA~
hahahahXD sila2.....

MAKANAN kami~...

appatizer Aida & kawan die~
wah~ "kawan"

ulam-ulam dan keropok!

Aida punya makanan~
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
giuler kentang la makan! sambil borak2
gelak2~.....best la~>..
next time kita get together gathering okey!

salam semua!

Ahad, 21 Ogos 2011

::SUNDAY SHOPPING & IFTAR with KZ & ZK::

salammmmmmmmm AHAD u olss....
waaaaa......dr kanan KZ KLD, Adyva & zaki~
gambar nie kat LOBBY CITY SQUARE...final place shopping raya 2011~
waaaaa....dr tengahari kat JUSCO TEBRAU CITY~.....sakan!

Adyva time @ MANCHU CONCEPT~
beli jeans u ols~>...ye laaaaa kat sini jer Jeans Adyva suka
and ada size!~ hehehehe LIMITED EDITION u olsssssss gitooo ler~

thanks zaki bg guna DISKAUN KAD u~ heheh~
i xsempat daftar jadi ahli lagi~ hehehe

sebelom berbuka kita ke MELDRUM WALK atau we ols panggil
LORONG MELORONG~
beli juadah berbuka~
Magelek @ VADAI dan jugak JEMPUT2 Ikan bilis~
memang sedappppppppp!

IFTAR @ RESTAURANT ANGGUN LARKIN PERDANA JB~
menu Zaki : Nasi Goreng Anggun

p/s: sangattttttttttttttt anggun u ols~ kelas~ mcm2 ada dlm 1 plate!
wah~

menu 2 : Adyva~ NASI GORENG KERABU~
pedas2 manje jerks! memang sedap!~
fuhh~

menu 3~ kz~
Kuey Tiaw Hong Kong~
jauh betol nama menu~ awat x ckp MILAN ker, SERI KEMBANGAN ker~ lallalala

yg wajib ada!
AIR la~....yang pink tue BANDUNG~
merah tue TEMBIKAI~
yg hijau tue LONGAN~
yang lain tue air2 tambahan~ wah!

sekian utk hari nie~

Jumaat, 19 Ogos 2011

IFTAR @ TEPIAN TEBRAU no 17

hari nie berbuka dengan KZ KLD
baru sampai dr KL u ols~....nak jumpa ARTIS BARU katanya!
gegeh kan!~
so inilah menu yg we ols makan td~
waaaaaaaaaaaaa....lepas tue Adyva hantar KZ KLD balik la~ x kan nak hangkot balik LCA plak!
mati kena PETIR dengan SSK nnt dr KL tue!
hahahahhaXD

jgn main2 kang SSK fire dr dlm air jerks!
hehehehXD

ok la~ lagi banyak menaip lagi banyak MELALUT kan!
dah ngantok!
salam~
selamat sahur!

....dan bila ZAKI posing.......[aura ANTM]

LOKASI : SELESA HOTEL JOHOR BAHRU
Date : 16 August 2011
Photographer : Adyva
Editing : Adyva
Costume : Zaki Ikaika
Make Up : MAC
Hair : Loreal
Sales Incharge : EZZAN TG JOHAN




mcm mana u ols?? mampooooooooooooooooo?
any comments??? hahahahXD
yg penting Zaki mmg ada ciri2 MODEL ye!
kena cari BATU LONCATAN utk memperkembangkan bakat!
wah~

Khamis, 18 Ogos 2011

IFTAR @ BENAFE VILLAGE with SCHJB member's

inilah die LOKASI seterusnya utk berbuka puasa!
waaaaaaaaaa...thanks tu EN Sanusi Shahdan kerana mengaturkan sebuah majlis ringkas ini!

nie la gambaran yg sempat di candid!
lihat tue keBUSYan cik Sanusi aka YUN~
heheh~

kak anom memangku baby Lydia!~
so cute!
ada bakat~ tapi ngeluh TANGAN KEBAS~
adesssssssssssss.....(mak xde jawapan nok!)
hehehe~

zaidi, Yana & Syu~
makan2 lagi~

kak Faezah punya turn plak!
kata WORK OUT kak~ lekas2 ye lekat!
heheheXD

SEDIKIT CORETAN tentang BENAFE VILLAGE ini~

'Makan bintang lima, harga kaki lima,' itulah moto yang diguna di Banafee Village Restaurant, lokasi baru untuk menjamu selera di bandar raya ini.

Pemiliknya, Shakib Abu Bakar, 32, berkata, moto tersebut diguna untuk menunjukkan bahawa makanan dan minuman yang disajikan kepada pelanggan mencapai piawaian seperti hidangan di hotel bertaraf lima bintang.

Bagaimanapun katanya, pelanggan tidak perlu mengeluarkan kos tinggi seperti di hotel kerana harga di Banafee Village adalah berpatutan dan sama seperti di restoran biasa.

"Makanan yang disajikan kepada pelanggan di sini setaraf di hotel, malah cara penyediaannya juga sama. Maksudnya, kami membawa konsep hotel di Banafee Village.

"Kami tidak hanya menitik berat soal makanan, malah suasana persekitaran juga diutamakan untuk keselesaan pelanggan," katanya yang ditemui di Banafee Village, Jalan Datuk Abdullah Tahir di sini baru-baru ini.

Demi keselesaan pelanggan, Shakib bersama rakan kongsinya Munshi Mohamed, 37, sanggup mengeluarkan belanja besar menghias persekitaran Banafee Village seluas 53,000 kaki persegi itu dengan konsep tropika.

Katanya, konsep tropika yang dipilih adalah gabungan hiasan tempatan, Bali dan Arab yang ditonjolkan pada perabot, susun atur, hiasan dalaman dan luaran.

"Kami mahu sebaik pelanggan melangkah masuk ke kawasan Banafee Village, mereka akan rasa nyaman dengan suasana dan makanan yang disaji. Bagi kami keselesaan pelanggan diutamakan kerana tonggak utama bagi perniagaan makanan adalah pengunjung.

"Jika kita menyediakan makanan yang menepati cita rasa, pelanggan akan datang lagi dan mereka juga akan mempromosikan kepada orang lain dari mulut ke mulut," katanya.

Di Banafee Village pelanggan berpeluang menikmati lebih 200 jenis makanan masakan ala Arab, Cina, Jepun, Barat, Indonesia, Thailand dan tempatan yang disajikan oleh chef berpengalaman.

Menurut Shakib, Banafee Village adalah kesinambungan daripada Banafe Cafe yang sudah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

"Kalau di Banafe Cafe, suasananya terbuka tapi di Banafee Village suasananya lebih eksklusif dan santai dengan pelbagai kemudahan yang disediakan," katanya.

Antara kemudahan yang terdapat di situ adalah kiosk pandu terus kaunter pertukaran wang asing, pasar mini dan perkhidmatan cuci kereta.

Katanya, Banafee Village akan memulakan operasi Jumaat hari ini mulai pukul 3 petang hingga 6 pagi sepanjang bulan Ramadan dan dibuka 24 jam pada bulan seterusnya.

Restoran dua tingkat yang boleh memuatkan kira-kira 400 orang pada satu majlis itu turut menyediakan perkhidmatan katering menerusi talian 07-3333377.

gambaran dalam restaurant!

Rabu, 17 Ogos 2011

IFTAR @ PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB with OUM member's

salam semua!~
inilah die POSTER yg menterujakan kami!~ waaaaaa

hye2 u ols....
jumpa lagi kali nie~ fuhhhhhhhhhhhhhh last minute PLAN~....gini la~
tengok pic di atas!
reservation under my NAME~.......naseb die x tulis ADYVA~
wah~

Location : PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB
Date : 14 OGOS 2011
Day : Sunday

p/s: cc to Ida & Aida

thanks pada NINIE dan Babynya HADIF
yang buatkan reservation adyva di sana!
waaaaaaa...mmg malatop!
cumil baby NINIE~
gerammmmmmmmmmmmmm~

sakan AIDA & IDA menyauk makanan!
heheheh~ pastue kekenyangan kan!

posing2 kat LOBBY dulu b4 balik!

inilah MEJA kami di permulaan buka!
maintain bersih jer
ala2 behave g2 kan!
hehehehXD

tema BIRU u ols...menarik sgt dekorasinya!
makanan pon sedap!
yg best ada
1- KETAM MASAK LEMAK CILI API
2-RENDANG KAMBING
3-AYAM MASAK MERAH
4-BBQ
5-KAMBING GOLEK
6-OTAK2
7-SATAY
8-SPEGETHI BOLOGNISE
9- Appetizer yg banyakkkkkkkkkkkk
10-Dessert yg banyakkkkkkkkkkkkkkkk
DLL~

buffet counter!

LOBBY DECORATION!

thanks to AIDA & Ida & Ninie~