Rabu, 8 Disember 2010

::TEKANAN & STRESS DI TEMPAT KERJA::

SAJA jerks nak UPDATE entry pasal TEKANAN atau STRESS di tempat kerja!!~..
at-least boley wat rujukan~....jom kita BACA dan KENALI punca-punca dan cara mengatasinya!~

Kenali Gejalanya

  • Cepat marah
  • Mudah menangis
  • Sentiasa letih
  • Hilang rasa lucu
  • Kemarahan yang ditahan2
  • Pening kepala
  • Loya
  • Kekejangan otot
  • Selalu pedih ulu hati
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Insomnia

Punca

  1. Kesusahan dengan klien
  2. Terpaksa bekerja hingga lewat
  3. Kerap diganggu org lain
  4. Terlalu banyak kerja pd suatu masa
  5. Gangguan telefon
  6. Terlalu banyak mesyuarat
  7. Kesusahan dengan rakan sekerja
  8. Pasangan tidak memberi sokongan terhadap kerja
  9. Membuat kesilapan
  10. Tidak boleh menolak tugasan
  11. Langkah Mengatasi
  12. Mengurus masa-buang pemikiran buat esoklah saja.
  13. Menyelesaikan tugasan sendiri sebelum membantu menyelesaikan tugasan org lain.
  14. Mempunyai diari utk mencatat temujanji dan dokumen2 yg perlu dihantar
  15. Belajar mengaku anda tidak tahu dan saya tidak faham.
  16. Menerima perubahan dalam organisasi atau bidang pekerjaan
  17. Bertanggungjawab terhadap kerja
  18. Berehat- berbual 5 minit, berjalan-jalan ke tempat rakan

Kesilapan Biasa Yang Menyebabkan Punca Tekanan

Anda fikir anda boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain
Anda tidak pernah menolak
Anda tunduk kepada budaya lebih masa di tempat kerja
Anda melepaskan geram dengan orang lain

Faktor

  • - Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
  • - Beban kerja berterusan (kronik)
  • - Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
  • - Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
  • - Mengalami kebosanan di tempat kerja
  • - Merasakan idea sendiri yang betul
  • - Selalu salahkan orang lain
  • - Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja

'Stress' di tempat kerja juga boleh berpunca dari:

  • - Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan
  • - Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja
  • - Pertukaran dalam prosedur atau polisi
  • - Tiada objektif jelas
  • - Ruang atau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa
  • - Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko ‘job burnout’ tanda-tandanya:
  1. Bosan bekerja
  2. Mengasingkan diri
  3. Malas ke tempat kerja
  4. Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya

Tanda-tanda 'Stress'

  1. - Tegang dan gementar serta gugup
  2. - Terlalu runsing – fikiran terganggu
  3. - Tidak boleh santai
  4. - Rambut keguguran
  5. - Sukar tidur
  6. - Enggan kerjasama
  7. - Tindakan mengambil dadah
  8. - Emosi tidak stabil
  9. - Takut menghadapi masalah
  10. - Otot mengalami sentakan-sentakan kecil
  11. - Sistem imun badan lemah
  12. - Pernafasan kencang
  13. - Sakit jantung
  14. - Sakit kepala
  15. - Perut sebu masalah penghadaman
  16. - Darah tinggi

Pengendalian 'Stress' Yang Berpunca Dari Kerja dan Tugas

  • - Buangkan perasaan ‘superman’ dalam diri
  • - Aturkan pengurusan masa
  • - Buat sesuatu yang baik untuk orang lain
  • - Pergaulan bersama rakan sekerja
  • - Belajar kemahiran atau perkara yang baru
  • - Hadapi masalah kerja secara terus
  • - Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi
  • - Membantu orang lain
  • - Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan
  • - Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita

Strategi Mengurangkan 'Stress' Aspek Kerohanian


Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.

  • - sembahayang
  • - zikir
  • - munajat
  • - meditasi
  • - berguru
  • - berbincang dengan rakan

Proses Meditasi

- Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
- Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
- Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’
- Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
- Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik

Munajat

- Bernafas perlahan-lahan
- Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
- Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
- Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset

Strategi Mengurang 'Stress' Aspek Fizikal

  1. - Diet
  2. - Urut
  3. - Mandi air suam/berendam kolam air panas
  4. - Menangis
  5. - Bermain
  6. - Menjerit