Jumaat, 20 Januari 2012

yeayyyyy.....VOUCHER BUKU!!!


Waaaaaaaaa.....di TAHUN AKHIR Pengajian adyva kat OUM, merasa laaaa dapat voucher buku FREE nie u olssssss........! nnt dah ada gambar adyva post lagi ye! apapon baca MEMO nie dulu ya!

PENYERAHAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA (BB1M)
Friday, January 13, 2012
Posted By : Account
Attachment :


PENYERAHAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA (BB1M)



Dengan ini dimaklumkan bahawa pemberian Baucar Buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2012 boleh diperolehi di Pusat Pembelajaran masing-masing mulai 19 Januari 2012.



Semua pelajar warganegara Malaysia yang berdaftar serta aktif di OUM adalah layak untuk menerima BB1M.



Baucar ini sah diguna pakai sehingga 31 Mac 2012.



Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai perlaksanaan BB1M dan di kedai buku yang memaparkan notis penerimaan BB1M di premis jualan mereka.



Bagi keterangan lanjut mengenai penggunaan baucar ini, sila layari Laman Sesawang KPT dan JPT. (http://www.mohe.gov.my dan http://jpt.mohe.gov.my ).



Pelajar hendaklah menunjukkan kad matrik dan kad pengenalan semasa mengambil BB1M dan menurunkan tandatangan sebagai akuan penerimaan baucar.



TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR



a) Baucar ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;



b) Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;

c) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;



d) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;



e) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai.Pengambilan baucar melalui wakil adalah tidak dibenarkan.



Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan BB1M hendaklah dibuat kepada Pusat Pembelajaran masing-masing.



Bahagian Kewangan Dan Perancangan