Selasa, 30 Jun 2015

Early limited invitation to the simplest Instagram video editing app

Hello!

I saw the beautiful pictures you posted on Instagram, and decided to send you an e-mail! I am Kaz, the CEO of VIBBIDI, the simplest Instagram video editing app. 

The official app release is planned for early September, however, starting this month, we are sending early invitations to those who are posting stunning images on IG that match our concept. We aim to create a platform to gather gorgeous videos from all over the world, as such, we highly value the quality of our initial users and we are sending invitations only to the carefully selected individuals. We would like to have those who take beautiful images, like yourself, to join our initial community! 

VIBBIDI allows you to easily edit stunning videos like below, and is a perfect app for uploading on Instagram. Many influencers, from over 80 countries, are already participating, and getting inspirations from the videos on VIBBIDI. 
vibbidi.com/video

Please download the app from here. The app will be available free of charge, even after the official release. Please give it a try! 

Please do not hesitate to contact me with questions or suggestions. I hope you will enjoy the breathtaking videos on VIBBIDI! 

Happy editing,
Kaz

Ahad, 21 Jun 2015

Iftar @ NEW YORK HOTEL 1436H

Salam u ols......
hah hari ni Adyva, Pn Rahimah, Dyana & Muzaffar bersama2 berbuka puasa di New York Hotel JB~
dapat special rate ok!
meriah ke tidak!
 seperti yg di jangka!
makanan memang MELETOP kebabom tau!
serious x rugi~

Durian Goreng speciality NY ni tiap2 tahun!
Udang besar kat main course meletop!
lauk pauk yg marvelos!
BBQ item (kambing, satay dll)
dessert kaunter yg merambangkan mata
ish macam2 lagi la...
tgh menaip ni kecur ayaq liur tau tak!


ni ha promosi New York Hotel sempena Ramadan tahun ni~
kalau sempat pergi la u ols
pasti x rugi!!

Jumaat, 19 Jun 2015

Tazkirah 2 Ramadan 1436H

TAZKIRAH RAMADHAN

Lisan yang suka memaki hamun apabila marah, mengeji apabila benci, mengumpat apabila dengki, mengadu domba apabila busuk hati, berbohong untuk menyelamat diri dan mendapati yang dihajati.

Bercerita tentang keaiban orang dan keburukannya mungkin ada suatu kesedapan dan kelazatannya yang tersendiri. Ya, lazat yang diulami oleh nafsu ke dalam diri. Agar manusia tunduk menjadi hamba kepadanya.

Di bulan ini, Nabi mendesak kita untuk mengawalnya, mengekangnya dari terus bermaharajalela dalam diri. Nabi mengingatkan :-

الصيام جنة فلا يرفث ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين

Ertinya : Puasa itu benteng, justeru jangan seseorang berkata buruk dan melakukan perbuatan orang jahil lagi bodoh, dan sekiranya ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu jawablah : Aku berpuasa, sebanyak dua kali. ( Riwayat Al-Bukhari)

Tahanlah dan kawallah kemarahan..

Manusia bila dikuasai marah, kerap berkata keras, memaki lagi menghina. Maka kawal ia sehabis mungkin. Elakkan dari berkata-kata buruk kerananya, ambillah wudhu dan bergeraklah dari tempat kemarahan ke tempat atau perbuatlah urusan lain. Jika kamu sedang berdiri, duduklah, dan seterusnya. Dari Abu Hurayrah r.a:-

فإن سابك أحد فقل : إني صائم ، وإن كنت قائما فاجلس


Ertinya : Sekiranya ada seorang mencercamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, dan jika kamu sedang berdiri, duduklah. ( Riwayat Ibn Khuzaymah, Fath Al-Bari, hlm 126)

Khamis, 18 Jun 2015

::Salam 1 Ramadan 1436H::

Salam u ols....
hari ni 1 Ramadan 1436H


 dan Adyva pon gigih la menukar profile picture di segenap media social yg dimiliki~
hehehe

KEEP CALM AND ZIKRULLAH ALWAYS

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!

Selasa, 2 Jun 2015

Panduan Solat Sunat Taubat

Salam Jumaat semua....
kali nie adyva nak share cara perlaksanaan SOLAT SUNAT TAUBAT...
semoga perkongsian ini dapat menjadi manfaat buat semua

sama2 kita beramal


Isnin, 1 Jun 2015

Jika kamu memancing........

Jika kamu memancing ikan….setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu….janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja….kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

"Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…."

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….akhirnya ia dibuang….sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

"Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya….Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….anggaplah dia manusia biasa...Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…."

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu...Mengenyangkan... Berkhasiat...Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...Kamu akan menyesal.

"Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...Menyayangimu...Mengasihimu....Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain... Terlalu mengejar kesempurnaan...Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan menyesal….."