Selasa, 27 September 2011

::BANGSAWAN GENTA ALAM::

JOHOR BAHRU 22 Sept. – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Johor dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Kebudayaan Johor akan mengadakan persembahan teater Bangsawan Genta Alam pada 1 dan 2 Oktober ini.

Pengarahnya, Abdul Hamid Muhamad berkata, pementasan yang bermula pukul 8.40 malam itu diadakan di Auditorium Jotic, di sini.

“Pementasan ini bertujuan menghidupkan seni persembahan bangsawan di samping memberi pendedahan kepada penggiat dan penonton mengenai seni budaya dan adat resam orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pementasan malam pertama akan dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.



p/s: Adyva nak tengokkkkkkkkkkkkkkkkkk TEATER nie gak!...x kira~...kat JB nie bukan senang nak tonton teater2 nie...lagi2 FREE mcm nie!....so We ols set date 2 October nak g JOTIC.....yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....