Khamis, 31 Mac 2011

::hurmmm....dah habis STOK plak::

Salam mesra u ols.....
hari nie adyva berkesempatan ke Plaza Angsana Johor Bahru....
jalan2 sorang2 kat sana kan!..meriah!...
xramai org~....then Adyva pon DECIDE la nak g cari sebuah buku!...
so..adyva terus la gegeh masuk BADAN CEMERLANG book store yg terbesar kat Angsana nie...

Adyva sebenarnya dah ada BUKU nie...
masa memula ianya ada dlm pasaran JB nie...masa tue tahun 2003~..
buku cetakan pertama KALER COKLAT~...
adyva belu sbb adyva Study bidang Perhotelan la u ols....gegeh x?
masa adyva beli tue ada muka surat yg TIDAK TERCETAK!....then now buku tu ada pada member adyva~...cik Waz~...
die pinjam wat rujukan~....

tu yang adyva plan nak beli CETAKAN BARU!...tapi malangnya~>.
kehabisan STOK plak!...adeh...sedey~...
1 lagi sebabnya adalah adyva nak baca VERSI BAHASA MELAYU nie
sebab ianya berguna utk FINAL EXAM 21/4 nie
tajuk HOSPITALITY MANAGEMENT!
hehe....bantai jawab in MALAY u olsss...senang kan!....
so mereka kata lagi 2 weeks ada stok baru smpai~..
soi adyva HARAP adyva akan dpt memilikinya!...
yeah~....

ayuh kita LAYAN LINK nie~...klik jer u ols....


Tajuk : Kerjaya Dalam Bidang Perhotelan
Pengarang : Muhammad Shahrim Ab. Karim
Penerbit : PTS Professional
ISBN : 9789833585984
Mukasurat : 172 Halaman

Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.

Isi Kandungan

Prakata vii

Bab 1 Pengenalan

Bab 2 Eksekutif Housekeeper

Bab 3 Pengarah Makanan dan Minuman

Bab 4 Pengarah Sumber Manusia

Bab 5 Eksekutif Chef

Bab 6 Pengarah Kewangan

Bab 7 Pengurus Front Office

Bab 8 Pengarah Keselamatan

Bab 9 Pengurus Katering

Bab 10 Pengurus Pemasaran

Bab 11 Pengurus Pembelian

Bab 12 Chef De Partie (Dapur Melayu)

Bab 13 Demi Chef

Bab 14 Pembantu Garde-Manger Chef

Bab 15 Chef Pastri

Bab 16 Senior Sous Chef

Bab 17 Penyelia Bankuet

Bab 18 Pramusaji Bankuet

Bab 19 Penyelia Restoran I

Pemilihan pekerjaan yang sesuai adalah penting bagi kejayaan seseorang. Seseorang itu perlu mempunyai minat dan semangat yang tinggi dalam bidang yang diceburi. Sekiranya anda meminati apa yang dilakukan, anda dapat pergi jauh dalam bidang itu.

Penerbitan buku ini adalah tepat pada waktunya disebabkan perkembangan pesat industri perhotelan terutamanya di negara kita. Perkataan hotel, restoran, chef dan pastri menjadi sinonim dalam masyarakat kita. Justeru itu, buku ini dapat membantu mereka yang berminat menceburi bidang ini dan memahami jenis-jenis pekerjaan yang sesuai bagi mereka.

Penghasilan buku ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian penulis selama 15 tahun dalam bidang perhotelan dan hospitaliti. Industri ini merupakan industri yang terbesar di dunia dan banyak jenis bidang pekerjaan yang ditawarkan.

Buku ini memberikan pengetahuan berkaitan kelulusan, pengalaman serta kemahiran yang diperlukan bagi sesuatu jenis bidang pekerjaan di hotel. Anda juga dapat mengetahui kedudukan sesuatu jawatan di dalam carta organisasi hotel. Dengan pengetahuan ini anda dapat merancang masa hadapan anda dengan lebih teliti.

Buku ini disusun mengikut jenis-jenis pekerjaan di dalam bidang ini, iaitu dibahagikan kepada bahagian pengurusan dan operasi, termasuklah di bahagian hadapan dan belakang hotel seperti di bahagian kulinari.

Diharapkan buku ini dapat memberikan anda pengetahuan dan panduan kerjaya di dalam bidang perhotelan dan mengetahui aspek-aspek utama di dalam sesuatu pekerjaan. Sangat sesuai sebagai rujukan untuk kaunselor, guru, ibu bapa dan pelajar yang berminat menceburkan diri di dalam bidang perhotelan.

Sekian~...

Isnin, 28 Mac 2011

::CANDAK::

hye2 you ols.....
kali nie just nak update LIRIK LAGU CANDAK nyanyian Syura~
lagi irama zapin tradisional nie mmg adyva suka!....
dok cari MINUS ONE x jumpa2.....sesapa ada bley la bg kepada adyva ya~..nak copy!...
heheheh.....

CANDAK nie bermaksud TARIK-TARIK.....
so....tiap kali adyva nak tdo mesti adyva layab lagu nue kat HP dulu~..
baru ley lena~..adeh..kemarik tau~
dah setahun lebey rasanya!..

Candak perahu2 tuju ke hulu,
candak berkias2 rasanya malu.
umpama tepung air didulang,
jgn ditikas burung dihutan,
burung biasa,terbang diawan makan ditgn.

tanganlah kiri2 menyisir rambut,
tgnlah kanan2 mgupas pinang.
takkanlah sgguh selam dilaut,
dipukul ombak balik ke pantai,
bunga beradu berisi cincin si airmata.

kompang berbunyi hai la gurindam,
langkah digerak berzapin berkajang,
hati dipanah hai rindunya dendam
angin disentuh rasa hati nak gila..

hai alin2 berdinding,
dinding dgn aling2 kasturi
angin menimpa tempat beradu,
kasih menikam seluruh bdn
layar ku tiup rindu menderu,
hajat berkalas langitnya ringan.

byngan terbayg,
menuju pelabuhan rindu,
berhati-hati menanti,
sekuntum kekasih mewangi.

Ahad, 27 Mac 2011

WOW.....semuanya EMAS!!!!

wow u olssss....mcm nak terJULING mata coklat adyva nie!!!
(wah..mata gua coklat ker??).....lalalaalallaa~
semuanya EMAS dan diperbuat drpd EMAS~...
giler kaya la SULTAN BRUNEI nie...
negara yg kaya dengan hasil minyak nie u ols.....Tengku mahkota die pon HENSEM!!!
waaaa......


klik LINK nie kalau nak tahu lebey lanjut pasal NEGARA BRUNEI.....heheh

p/s:teringin nak wat pelamin mcm nie masa kawin!..adeh...verangan!

lihatlah MANGKOK TANDAS Sultan Brunei....
emas u ols...kau org mampoooooo nak berak atas jamban emas!!!....
waaaaaa....kalau adyva sure letak kat HALL wat perhiasan nun!
xde duit nie la dulu aku gadaikan!..hahahahahahXD

nie plak bab BILIK TIDUR plak.....wah!
kalau adyva nie dh siap dengan pimpinan orkestra yg iringi setiap malam!
siap ada penyanyi undangan tiap2 malam kala nak beradu!!!..kelas
sure mimpo sentiasa indah emas2 berkilauan kan u ols!..
kelassssssss.....macam cite raja MIDAS plak...sentuh apa jer semua jadi emas!
kuar2 dr perot mak jer tgk semua EMAS!!!!...waaaaaa

handphone EMAS!!!!...siap blink2 lagi~
mengerlip jer u ols kalau on call!!!!!!..makan hati member sebelah!..
kau mampoooooooooooo???/
tapi kalau HP nie pakai TOP UP x tahu la nak kata~
mmg KEJI u olssssss.....hahahahXD

kereta/ hiasan dlman kereta pon EMAS!
mmg kaya u ols.....lagi2 kalau ada driver!\fuhh malatop kan!
hari2 jalan2 pusing2 ngan keta nie siap lambai mcm ratu!
lalalalalala...feeling tetap kena over okeyyyyyy~...

body keta pon EMAS~...wow...
nie sure PARKING sebelah katil u olsssssss...
kalau x menangis la esok pagi bgn dh xde!
hahahahaXD

SINKI pon emas u ols...
kalau mcm nie xperlu product2 skin care yg mahal2
sure ELOK muka u ols tue cuci guna sinki emas nie!
bercahaya jer.....
waaaaaaaaa.....Adyva nak gak la~
hehehe...berapa RIBU ek agak2 nya!...
wah~...

so inilah dia antara KOLEKSI brg2 peribadi SULTAN BRUNEI u olsssss..
kita snagai rakyat biasa hanya mampu bermimpi~...
tapi lai dpt kawin ngan kerabat brunei pon UNTUNG kan!
fuhhhhh...ntah bila ek!
hahahahahXD

btw.....inilah die entry kali nie
nak cite pasal EMAS Sultan Hasanal Bolkiah~
salam.....

Jumaat, 25 Mac 2011

::Khutbah ADYVA::

salam JUMAAT u olsss.....
mcm GEMPAK jer tajuk entry kali nie....bukan apa u ols..
saja wat AMAL kan hari jumaat mcm nie~....

ok kali nie adyva nak cite pasal AURAT LELAKI dalam solat
mahupuh dalam keadan harian~

so dalam keadaan nak solat u ols MUST BE tutup aurat ok~>..
LIHAT gambaran di atas~...

so Adyva nak Komen ckit....kalau nak beribadah tue kalau boley pakai baju yg SOPAN, xde apa2 cartun ker, tulisan ker...kan nak NGADAP ALLAH s.w.t....

BATASAN AURAT LELAKI

Antara pusat hingga lutut : Bersama mahram, lelaki lain, dan wanita ajnabi. Melainkan dalam keadaan darurat.

Baiklah. Perkara di atas berlaku kepada orang yang sememangnya sedar dia membuka aurat. Kali ni pula saya nak bawa satu situasi di mana kita tak sedar sebenarnya kita,orang laki terbuka aurat yang mana perkara ni berlaku ketika kita solat. Sering kali saya melihat perkara ni bila nak berenti solat di surau R&R. Pasal memang orang pakai baju biasa-biasa. Kalau kat masjid tu lainlah, orang memang pakai baju nak sembahyang, cuma kadang-kadang ada la orang luar mai smayang.

Bagaimana terjadi?

Pekara ni berlaku ketika sujud. Kenapa? Pasal pakaian. Ya. Traveller yang selalu singgah sembahyang pakai baju t-shirt yang singkat. Bila sujud, baju dia mesti la terangkat ke atas dan hasilnya. Ternampaklah bahagian pinggang belakang orang tu. Pastinya terbuka aurat. pasal nampak boxer-boxer sekali. Perkara ni memang sering terjadi la..Di mana-manapun sama. Kita solat sebab nak ikut perintah Allah, alih-alih terbuka aurat. Maacam mana tu, Wallahu 'alam

Jadi saya cadangkan di sini, kepada traveller-traveller, sapa-sapa yang nak berjalan jauh tu, pakai la baju t-shirt yang labuh sikit. Bukannya suruh pakai baju muslimah yang labuh tu. Bukan apa, pasai singkat sangat la baju yang dipakai tu. Tak pun bawak kain pelikat. Lagi satu, bila nak semayang, bagi la seluar yang kita pakai tu lepas pada pusat. Insya-Allah semua boleh buat. Mau dengan tak mau ja. Akhir sekali.ingatlah, kita adalah hamba. Kepada siapa?

ALLAH s.w.t

Sama laa macam solat pakai baju ada jenama arak... dari segi hukum syarat sah solat memang tak salah tapi tak elok... samalah jugak dengan kes bila sujud nampak boxer... selagi ianya menutup aurat maka sahlah solatnya... cuma bila pikir2 balik... ada tak kita jumpa bos kita berpakaian menampakkan boxer... dengan bos tak buat apatah lagi ngan Allah... Senang citer kalau nak solat tuu biarlah lebih elok dan segak dari menghadap manusia... Itu apa yang saya tahu laa... kalau ada silap mana mintak maaf lah yee... Wallahuallam...


TERDAPAT TEGAHAN DARI RASULLULLAH S.A.W TENTANG
LELAKI MENDIRIKAN SOLAT TANPA MEMAKAI BAJU
.
لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء
.
"Janganlah sesiapa dari kamu mengerjakan solat dengan satu pakaian sahaja di mana tidak ada di atas bahunya satu pakaian pun"
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
.
Menurut mazhab Hanbali dan Hanafi; tegahan hadis di atas menunjukkan kepada pengharaman. Jadi menurut pandangan ini; wajib ketika mengerjakan solat kita menutup atas badan kita dengan sebarang kain sekalipun nipis sekadar tidak menampakkan warna kulit.
.
Namun mazhab Syafi’ie dan Malik berpandangan; larangan dalam hadis di atas hanyalah larangan makruh sahaja, tidak haram. Jadi, mengikut pandangan ini; kita disunatkan memakai baju atau menutup bahagian atas badan kita ketika solat dan jika kita tidak melakukannya tidaklah sampai berdosa atau sampai membatalkan solat asalkan kita telah menutup aurat yang wajib (iaitu dari pusat ke lutut).

BATASAN AURAT LELAKI DI DALAM SOLAT
.
Batasan aurat lelaki di dalam solat sama seperti di luar solat iaitu antara pusat dan lutut mengikut pandangan jumhur ulamak. Menutup aurat di dalam solat adalah wajib dengan ijmak ulamak. Tidak harus seseorang mengerjakan solat dalam keadaan telanjang sedangkan ia mempunyai pakaian untuk menutup aurat dan solatnya adalah batal.

sekian saja KHUTBAH Adyva buat kali ini~....jumpa lagi di masa akan dtg!...
salam~

Khamis, 24 Mac 2011

::Adyva & Notes Revision::BBRM3103

salam sayang semua!!!!....
kali nie Entry khas pasal STUDY!!!!.......adeh...
makin nakdekat exam semester nie makin nervous plak u ols....
4 April 2011 nie first paper adyva!
Room Division Management!.......BBRM3103
walaupon senang TETAPI banyak jugak nak kena re-call semula!...

ye la....bidang nie dah lama Adyva tinggalkan u ols....
inilah BIDANG memula sekali adyva jejakkan kaki ke ALAM PEKERJAAN
selepas Tamat Diploma Hospitality Management~...
Front Office....salah satu department yang adyva kerja!
so x mustahilah adyva target utk Subjek nie adyva boleh SCORE!!!!...

hopenya begitulah u ols.....ley naikkan adyva punya pointer!
fuhh.........AMIN~....
agak senang dan simple...
just recall dan baca berulang kali~

kalau u ols nak tahu.,...after magrib td gegeh la adyva kuarkan BUKU dan selai dua
A4 paper u ols...nak buat NOTEs kekdahnya!
yang hadooooooooooooooo....selak dari mula sampai akhir page
semua SENANG@ (amboi cakap besaQ)
hahahahah.....xper la.kan sesekali u ols~.......
yang penting mcm mana sekalipun adyva tetap kena baca dan MASUKKAN dalam kepala!

jom kita sama2 tengok...apakah TAJUK2 dalam setiap CHAPTER yang wajib adyva TAHU dan make sure masuk dlm kepala hotak nie!...hhahahaha

Course Topic
TOPIC 1 : INTRODUCTION TO DECISION MAKING
1.1 WHAT IS A ROOMS DIVISION?= gabungan antara Front Office dan jugak Housekeeping!
1.2 RELATIONSHIP BETWEEN THE ROOMS DIVISION AND OTHER DEPARTMENTS=senNG JE NIE!
1.3 ORGANISATION STRUCTURE OF ROOM DIVISION=
just imagine apa yg berlaku DULu masa kat tempat kerja, Hotel training dan masa Diploma!
1.4 THE ROLES AND FUNCTIONS OF THE DIFFERENT SECTIONS WITHIN THE ROOMS DIVISION
SUMMARY
..agak simple dan mudah di fahami u ols!....
yang penting kita kena tahu konsep!..apa itu Room division
apa itu Front Office & apa itu Housekeeping~
TOPIC 2 : PERSONNELS AND DUTIES-more to TUGAS2 dan tanggungjawab u ols dalam department tersebut!
2.1 INTRODUCTION TO JOB POSITIONS WITHIN THE ROOMS DIVISION
2.2 JOB DESCRIPTIONS AND JOB SPECIFICATIONS
2.3 GENERAL PROVISIONS FOR PERSONAL HYGIENE, GROOMING AND ATTITUDES
2.4 HANDLING TELEPHONE CALLS
SUMMARY
-ok nak cite sikit~..masa Adyva keja Receiptionist dulu di sebuah Hotel kat JB nie, adyva telah bekerja sebagai Night Auditor, Front Office Assistant, dan Leader!
-kdg2 kena ganti BOS kalau bos adyva cuti~....waaaaa...sangat feeling diva masa tu ok!....
then masa kat SALES pon adyva maseh menjalankan rutin kat FO nie...so xde la masalah u ols!
TOPIC 3 : RESERVATION PROCESS=salah satu TUGAS HARIAN adyva masa keja kaunter penyambut tetamu u ols ! (malay version plak dah)
3.1 PURPOSE OF TAKING RESERVATIONS=tujuan
3.2 SOURCES OF RESERVATION-sumber
3.3 METHODS OF RESERVATION-bahan2
3.4 RESERVATION PROCEDURES FOR INDIVIDUALS AND GROUPS
3.5 RESERVATION ENQUIRY
3.6 RESERVATION RECORD
3.7 RESERVATION REPORTS
3.8 FORECASTING METHODS
3.9 OVERBOOKING
SUMMARY
-kalau Hotel 5 star or 4 star..mereka ada departmnet khas reservation u ols.....masa adyva kerja kat 3 star hotel semua kena wat sendiri~
-so experience sebagai PENYAMBUT TETAMU di situ membolehkan adyva BUAT semua kerja!..so kerja2 reservation nie MUDAH jerks!
-hope dalam exam nnt byk la kuar pasal bab NIE~.....lalalalalallalala
TOPIC 4 : REGISTRATION PROCESS-pendaftaran di kaunter~
4.1 GENERAL STEPS IN REGISTRATION PROCES
4.2 HANDLING SPECIAL REQUEST
4.3 REGISTERING GUESTS WITH OR WITHOUT RESERVATION
4.4 SPECIAL GUEST AND GROUP REGISTRATION-nie kalau guest nak request extra bed, Non smoking room, baby court, sejadah dll~
4.5 CREATIVE REGISTRATION OPTIONS
4.5.1 Personalised Registration Process
4.5.2 Self-registered System
SUMMARY
-hah u ols....pengalaman adyva masa wat kerja2 pendaftaran nie kan!..mcm2 jenis manusia ada!..mcm2 jenis RAGAM dan peel~...
ada plak yang KEKWAT x tentu tempat!..ada yang berlagak DIVA~./...mampoooooooooo nak kalahkan adyva nie~???
hah jawab ler...ada yg x tahu nak guna CREDIT CARD!!!....pitammmmmmmmmmmmmmm nak explain!
janji adyva wat kerja2 nie ngan ikhlas u ols..melayan setiap permintaan dan kehendak pelanggan!
CUSTOMER ALWAYS RIGHT kekdahnya!...walauponnnnnnnnnnnnnnnnnnn kan!
TOPIC 5 : CASHIERING/GUEST CHECKOUT PROCESS=nie kalau keja pagi BANYAK la wat keja2 c/out~
5.1 GENERAL STEPS FOR CHECKOUT
5.2 CHECKOUT PROCEDURES
5.3 HANDLING LATE CHECKOUTS-charge half day until 6pm~...
5.4 GROUP CHECKOUT PROCESS
5.5 METHODS OF PAYMENT / SETTLEMENT DURING CHECKOUT PROCESS
5.6 OTHER CHECKOUT OPTIONS-express c/out-salah satu c/out prosess~
5.7 PROBLEMS DURING CHECKOUT PROCESS-nie kalau guest main balah jer!!..keji tau!
5.7.1 Late Charges-wajib la charges ~
5.7.2 Charges Denied by Guests
SUMMARY
-senang jer c/out nie u ols~..adyva mmg suka keja PAGI sebab nak keja ngan duit!..jadi cashier nie best tau!..hahahha
lagi2 kalau ada budak2 baru~..ley la buli kannnnnnn~..hahahahaah
TOPIC 6 : NIGHT AUDIT PROCESS-nie la kerja HARIAN adyva since 2006 until................ntah la..dah keja sales pon kena COVER staff malam!
6.1 FUNCTIONS AND OBJECTIVES OF NIGHT AUDIT-nak kena jaga satu BUILDING u ols...control satu HOTEL~...mampoooooooo
6.2 NIGHT AUDITOR’S JOB RESPONSIBILITIES.-besar tanggungjawabnya tau~
6.3 NIGHT AUDIT STEPS-dah semakin lama kerja dan memahami tugas Nite Audit nie...makin SIMPLE sebenanrnay!..kacang jer!
6.4 NIGHT AUDIT REPORTS-report2 BOS, GM, Account semua kita wat~
SUMMARY
-mcm2 kesah 1001 malam u ols nak cite pon x hbs~..HOW???..........tapi mmg mencabar gak la.....siang TIDUR...malam berjaga!
mcm burung hantu pon adooooooo...tapi adyva KUPU-KUPU malam pon ada gak!
lau nak cantik ckit...RAMA2 malam la u ols...hahahahahha (matiler..)
TOPIC 7 : TRAINING AND MOTIVATION OF FRONT OFFICE STAFF-salah satu benda wajib utk STAFF~...lagi2 kalau ada staff baru kan!
7.1 IMPORTANCE OF TRAINING-ye la..utk kekalkan dan beri yg terbaik!
7.2 STAFF MOTIVATION
7.3 STAFF SCHEDULING-ada shift2 tertentu~...dulu adyva kena wat jadual, print~..adeh
7.3.1 Alternative Scheduling-nie kena la berjaga2 u ols...tup2 tengah sedap cuti kena PANGGIL kerja~.....
SUMMARY
=selalu BOSS la yg bagi ceramah!..dulu zaman adyva ada FO Manager..MR KAMAL~..die selalu bg motivation, ceramah, dll la
utk kita buat yg ebey baik~..dulu KALAU kena marah jer nak protes!!!..tapi sebenarnya itulah yg terbaik!..skang nie rindu plak nak kena marah!!!hahaha
...miss YOU en Kamal!~
TOPIC 8 : HOUSEKEEPING MANAGEMENT-kawan adyva yg sama2 masuk FO nie pernah kena jaga HK 6bln~...
8.1 ORGANISATION OF HOUSEKEEPING DEPARTMENT....yg nie kena baca lebey ckit~
8.1.1 Housekeeping Department’s Organisational Structure
8.1.2 Responsibilities of Executive Housekeeper
8.1.3 Areas of Housekeeping Responsibilities...byk,,,,satu HOTEL nak kena jaga!
8.2 HOUSEKEEPING EQUIPMENT AND SUPPLIES
8.2.1 Furniture, Fixtures and Equipment (FF&E)
8.2.2 Cleaning Supplies
8.2.3 Guest Supplies
8.3 THE CLEANING FUNCTION
8.3.1 Guest Room Cleaning
8.3.2 Public Areas and Back-of-House Cleaning
8.3.3 Working with Contract Cleaners
SUMMARY
=hah...department nie adyva suka ngan MAID)mak cik2 yg kemas bilik tue)....mereka semua tamah ramah u ols!....
TOPIC 9 : LAUNDRY AND LINEN MANAGEMENT-dulu masa training ada benda nie...tapi masuk alam kerja sebenar dah xde!...semua laundry anto ke LUAR.......
9.1 LAUNDRY OPERATIONS
9.1.1 Managing on-premises Laundry
9.1.2 Equipping on-premises Laundry
9.1.3 Staffing the Laundry Room
9.2 MANAGING LINEN SUPPLY
9.2.1 Selecting Linens
9.2.2 Calculating Linen Needs
9.2.3 Linen Control
9.3 CONTRACT LAUNDRY SERVICE
9.3.1 Working with a Contract Laundry Service
9.3.2 Terms of Laundry Contracts
9.3.3 Guest Laundry
SUMMARY
TOPIC 10 : HOTEL SAFETY AND SECURITY-abg2 security wajin\b jaga elok2 okeyyyyyyy~....
10.1 PREVENTION FROM THEFT-pencuri dan kecurian!
10.1.1 Theft by Employees-pekerja pon ada menjadi pencuri!!!..harap muka jer!!!
10.1.2 Theft by Guests-guest yg hanjingggggggggggg u ols~..ingat harta mak bapak dia??kan!
10.1.3 Key Control Systems-key card~.....adyva cukup pening dan malas nak wat benda alah nie kalau BILIK x ley bukak!..masing2 ada pro dan contra u ols!
10.2 PREVENTING ACCIDENTS AND INJURIES
10.2.1 Staff Training
10.2.2 Working with Chemicals
10.2.3 Keeping Guests Safe
10.3 HANDLING EMERGENCY SITUATION
10.3.1 Fire
10.3.2 Natural Disasters
10.3.2 Natural Disasters
SUMMARY

sekian saja buat hari nie~...nak sambung baca lagi u ols!
semoga adyva dapat jawab dengan senang!...dan mencurahkan segala TEORI dan PRAKTIKAL dalam kertas jawapan nnt~....

wish me LUCK u olsssssss......