Jumaat, 5 November 2010

::RENUNGAN JUMAAT = SEDEKAH::


KEKUATAN SEDEKAH


Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad,
seperti berikut :
Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

GANJARAN BERSEDEKAH

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb:
Z Allah Ta ' ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah " .. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Z Allah Ta ' ala berfirman, "Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui" . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Z RasulAllah SAW bersabda, " Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah ". Yang satu lagi menyeru " musnahkanlah orang yang menahan hartanya " .


TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
Z " Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah " .

Z " Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah " .

Z "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah " .

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

SEDEKAH YG PAHALANYA TERUS MENGALIR

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo ' akannya " (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :
SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR

1. Berikan Al-Quran pada seseorang - setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.

2. Ajarkan seseorang sebuah doa - Pada setiap bacaan doa itu, anda mendapatkan kebaikan.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital - setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

4. Tanam sebuah pohon - Setiap makhluk berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid

8. Edarkan CD Quran atau Doa.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. " Dari Abdullah bin ' Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "

’Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ".
WASSALAM

::CAHAYA DIWALI::



hye semua.....
HAPPY DEEPAVALI semua....
waaaaa..meriah kan semua warna warni...
hehehe...adyva bukan apa..malas nak bercoleteh panjang..
adyva just nak berkongsi MAKNA dan FALSAFAH Deepavali itu jer..
hehehehe

selalunya masa perayaan DEEPAVALI nie, Selain kuih murukku dan gerak tari seiring serta hiasan yang berwarna-warni, Deepavali membawa maksud yang berpaksi pada soal kebebasan, keadilan dan kebenaran. Secara literal, ‘Diwali’ itu ertinya ‘barisan pelita’ dan seterusnya diangkat sebagai pesta cahaya. Menurut legenda Hindu, asal perayaan ini lahir dari peristiwa pertarungan Maha Krishnan yang telah berjaya mengalahkan Raja Naragasura, seorang devaraja yang kejam dan gemar memeras dan menindas rakyatnya. Perayaan kemenangan itu, disambut dengan hiasan pelbagai warna serta cahaya lampu yang cerah dan terang. Intipatinya adalah kebaikan mengatasi kejahatan.


hah...jangan x tahu u ols....
adyva telah mengambil semangat sempena DEEPAVALI kali nie..
adyva membuat lakaran INAI di tangan adyva tau!!~
hehehe
tapi sayang..dalam 4 hari jer inai tu dh PUDAR,,..
apa2pun itu pengalaman pertama adyva berinai CORAK!!
best~,..


JOM kita baca sedikit INFO di bawah~

FALSAFAH DI SEBALIK CAHAYA DEEPAVALI

Deepavali atau Diwali merupakan satu pesta tradisi India yang diraikan pada hari pertama bulan Kartika Kalendar lunar (sekitar bulan Oktober dan Ogos).Terdapat pelbagai kisah lagenda yang sering dikaitkan dengan perayaan ini, yang paling mashyur ialah kisah Ramayana dimana Putera Rama ( yang juga dianggap sebagai dewa Krisna oleh penganut agama Hindu aliran Vaisnawisme) yang menewaskan raksasa jadian Narakasura yang berkepala 10.

Diwali bukan sahaja disambut oleh orang Hindu, bahkan perayaan ini turut diraikan oleh penganut agama Sikh dan Jain, dan penganut agama Buddha Nepal (khasnya aliran Newar), walaubagaimanapun latar belakang mengapa perayaan ini disambut adalah berbeza-beza. Pada hari ini, festival ini lebih dikenali di seluruh dunia sebagai The Festival of Light, dimana cahaya melambangkan kemenangan kebaikan mengalahkan kejahatan dalam diri setiap individu.

Mengikut satu teori Diwali mungkin berasal daripada pesta tuai yang menandakan tuaian terakhir sebelum tibanya musim sejuk. Dalam masyarakat agreriria ini menyebabkan kapitalis-kapitalis… hehe maksud saya para peniaga menutup akaun kira-kira, dan memulakan akaun tahunan yang baru. Ini juga menjelaskan mengapa penganut agama Hindu juga menjalankan pemujaan dewi kekayaan Lakshmi pada hari tersebut (untuk tahun depan yang lebih makmur), turut menjelaskan ukuran Lakh yang digunakan di India (1 lakh rupees = $2564).

Berbalik kepada lagenda Ramayana, Putera Rama yang pulang selepas 14 tahun daripada hutan telah diraikan oleh rakyat Ayodhya (ibu kota kerajaanya) dengan menyalakan barisan lampu minyak yang diperbuat daripada tanahliat. Ini juga menjelaskan maksud perkataan Deepavali atau korupsinya Diwali yang bermaksud barisan lampu tanah didalam bahasa Sanskrit. Versi di selatan India pula, (yang dipercayai oleh rata-rata orang Tamil yang merupakan kaum India yang majoriti di Malaysia) menjelaskan bahawa hari Deepavali menandakan hari Dewa Krisna menewaskan raksasa jadian berkepala 10 Narakasura (ketua neraka/ raja neraka) (menjelaskan perkataan Neraka yang berasal daripada bahasa Sanskrit). Di barat India pula Deepavali juga menandakan hari Raja Bali menjelajah ke alam barzakh. Pesta Onam di Kerala Sri Lanka turut berkongsi lagenda yang sama.

Dalam agama Jain pula Deepavali menandakan pencapaian tahap nirvana Dewa Mahavira, yang berlaku pada 15 Oktober, 527 BC. Penganut agama Sikh pula menyambut Diwali bagi tujuan yang berbeza sama sekal, iaitu sempena memperingati pembebasan Guru Hargobind Ji daripada penjara bersama 52 orang Raja Hindu (tahanan politik ).. (yes just like the Malaysian ISA detainees). Setelah dibebaskan Guru Hargobind Ji, kembali ke Golden Temple Amritsar, dan disana beliau telah disambut oleh pengikutnya dengan menyalakan lampu minyak. Jadi untuk memperingati kemenangan dan kebebasan yang dicapai penganut agama Sikh menyalakan lilin pada malam hari Diwali.

Maksud disebalik perayaan ini adalah kesedaran cahaya dalaman. Dalam erti kata lain, pencerahan nilai-nilai manusiawi/kemanusiaan dalam diri sendiri.Falsafah yang menjadi asas kepada agama Hindu menerangkan bahawa terdapat sesuatu yang lebih jauh daripada tubuh fizikal, dan minda yang suci, infinit, dan kekaliaitu Atma (macam roh lah). Secara ringkasnya Deepavalli menandakan pembebasan duniawi, dan kesedaran pencerahan rohani yang membawa bersama nilai-nilai universal seperi kasih sayang, kemanusiaan, dan kesedaran pluralisme sejagat dan akhirnya Ananda atau ketenangan jiwa dicapai. Tuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua makkal Malaysia. Makkal Sakhti!!